Usia 51 Tahun, Keutamaan Eja Kini Adalah Keluarga Terutama Anak, Nur Eishal

Share

Meniti usia 50an, pelakon drama dan filem terkenal sekitar tahun 2000-an, Eja kini lebih menumpukan perhatian kepada keluarga, terutamanya anak tunggal kesayangan, Nur Eishal.

Beri Peluang Bakat Baru

Eja yang cukup dikenali sebagai gadis pembuka kotak huruf dalam program kuiz popular Roda Impian satu ketika dahulu menjelaskan bahawa dirinya bukan merajuk membawa diri, sebaliknya berlapang dada dengan peluang terbuka kepada bakat-bakat baharu yang mewarnai dunia hiburan tanah air sepanjang tempoh rehatnya selama ini.

Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifuddin, 51 sedar populariti dan kemasyhuran bukan bersifat selama-lamanya dan akan sampai waktu, dia perlu meletakkan noktah daripada terus berlakon.

“Masih lagi ada tawaran berlakon filem dan drama tetapi keutamaan saya sekarang adalah keluarga terutama anak, Nur Eishal.

“Berilah peluang kepada orang-orang baharu. Kita dah tua. Berilah ruang kepada generasi sekarang mewarnai dunia hiburan kita dengan idea-idea yang lebih baik.

“Kita ni dah nak reput (ketawa). Anak saya sekarang pun dah 13 tahun. Anak saya ada bakat lakonan tapi dia sendiri tak berminat nak ceburkan diri (dalam bidang lakonan),” katanya.

Pendidikan Anak Jadi Keutamaan

Eja yang ditemui usai sidang akhbar Kamya Fest di Bukit Jalil baru-baru ini berkata, pendidikan adalah perihal utama yang akan diberikan kepada satu-satunya anaknya itu.

“Kita tahu tahu qada dan qadar seseorang. Saya tak nak kata tidak (untuk anak berkecimpung dalam dunia lakonan).

“Tapi, keutamaan saya untuk lepaskan Eishal belajar setinggi yang mungkin. Belajar dahulu dan selepas itu nanti, mana jalan yang Allah kurniakan, dia pilih sendiri dan saya beri restu.

“Umur sekarang, anak dah tahu apa dia nak jadi. Tetapi saya perlu, kita hanya perlu merancang, Allah menentukan. Sebagai ibu, saya nak dia berjaya dunia akhirat sebab dialah satu-satunya anak saya,” ujarnya kini seronok berniaga produk sambal, eishals_by_eja.

Terdahulu, sekitar 2017, Eja mendedahkan sudah 10 tahun bergelar isteri kepada tokoh korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin.

Sejak itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu mengambil pendekatan memperlahankan karier selepas melahirkan anak tunggalnya, Nur Eishal.

Mesti Baca:“Tahniah Anak Mama,” Sari Yanti Syukur Anak Raih Anugerah Kecemerlangan Akedemik
Baca Lagi Di Sini:Arni Nazira Syukur Anak Sulung Tamat Pengajian Cemerlang Raih ‘Anugerah Akademik’
Artikel Menarik:“Berbaloi La Mak Hang Berkepak Caqi Duit..” Che Ta Syukur Anak Raih ‘Double Degree’

Mingguan Wanita: Rindu lakonan penuh berkarakter oleh pelakon berbakat besar ini. Apa pun semoga berjaya dalam bidang baru yang diceburi.

Sumber: Kosmo

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

Published by
Suhaidah Abd Wahab