Usia bukanlah halangan untuk mengejar ilmu! Itulah yang dibuktikan oleh pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Desy Ratnasari, 50 tahun yang berjaya menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Kedoktoran (PhD) daripada Universitas Atma Jaya, Jakarta baru-baru ini.

Usia 50 Tahun, Pelantun ‘Tenda Biru’ Bergelar Doktor Falsafah. Bidang Ilmu Psikologi Jadi Pilihan

Kejayaannya dalam bidang akademik sekaligus menyaksikan dia kini membawa galaran doktor falsafah sebagai Dr Desy Ratnasari. Popular dengan lagu Tenda Biru, selebriti berusia 50 tahun ini berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ilmu Psikologi dengan memilih isu yang dekat dengan dirinya yang kini aktif dalam dunia politik.

Pilih Tajuk Kajian Berkaitan Wanita

Kajianya yang bertajuk ‘Kajian Self-Efficacy, Intensi, Persepsi Kesetaraan Gender dan Motivasi Sosial Perempuan Politisi Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia Periode Tahun 2019-2024’ disifatkan sebagai satu pemahaman terhadap kesaksamaan gender dalam kalangan anggota pewakilan.

Usia 50 Tahun, Pelantun ‘Tenda Biru’ Bergelar Doktor Falsafah. Bidang Ilmu Psikologi Jadi Pilihan

Dr Desy Ratnasari berkongsi momen menamatkan pengajiannya diabadikan dalam satu hantaran di Instaram miliknya yang menyaksikan dia sedang melakukan sesi pembentangan terbuka di hadapan ahli akademik penilai dan tetamu.

Meskipun  berasa sedikit berdebar dan gementar, namun segalanya berjalan lancar dan akhirnya pada penghujung sesi dia telah diberikan sijil yang menandakan penerimaan gelaran sebagai doktor falsafah.

“Alhamdulilah, selesai sudah sidang terbukanya. Tadi sudah diberi gelar sebagai seorang doktor psikologi. MasyaAlla Allah permudahkan, Alhamdulillah,”  -Dr Desy Ratnasari

Kini, setelah selesai sesi pembentangan, pelakon watak Ummi Safiyah dalam filem Buya Hamka ini hanya menantikan hari untuk majlis konvokesyen rasmi yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Usia 50 Tahun, Pelantun ‘Tenda Biru’ Bergelar Doktor Falsafah. Bidang Ilmu Psikologi Jadi Pilihan

Imbas kembali, ibu kepada seorang cahaya mata ini memulakan kerjayanya dalam dunia seni pada tahun 1988 ketika berusia 15 tahun apabila dia memenangi tempat kedua dalam pertandingan Gadis Sampul.

Selepas itu rezekinya melimpah ruah apabila dia menjadi antara selebriti papan atas sebagai pelakon dan juga penyanyi dengan beberapa lagu hits.

Usia 50 Tahun, Pelantun ‘Tenda Biru’ Bergelar Doktor Falsafah. Bidang Ilmu Psikologi Jadi Pilihan

Desy Ratnasari bukan sekadar ikon hiburan, tetapi kini juga diiktiraf sebagai seorang intelektual dengan gelaran Doktor Falsafah. Pencapaian ini menambahkan lagi kebanggaan kepada peminat dan masyarakat Indonesia yang melihat beliau sebagai teladan.

Kejayaan Desy Ratnasari ini mengingatkan kita bahawa ilmu pengetahuan adalah harta yang tidak ternilai, dan ia mampu memberikan lebih banyak peluang dan sumbangan bermakna kepada kehidupan dan masyarakat.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI