Usia 50, Mas Idayu akui masih subur. Meskipun umur sudah mencapai usia emas, ada individu mampu hamil dan melahirkan anak.
Namun, bagi wanita yang sudah berusia 50 tahun dan ke atas pastikan anda mendapatkan konsultasi doktor pakar mengenai perancangan kehamilan. Seperti yang umum ketahui risiko agak tinggi apabila hamil pada lewat usia.
Penyanyi popular Mas Idayu yang menamatkan zaman jandanya pada 16 September lalu dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, menerangkan walaupun berpeluang untuk hamil namun dirinya cuba untuk mengelak memandangkan usianya sudah mencecah 50 tahun.
Seperti mana dipetik menerusi laporan Harian Metro, Mas Idayu enggan mengambil sebarang risiko yang boleh membahayakan kesihatannya.
“Dari dulu lagi saya nak anak lelaki dan saya sukakan kanak-kanak.
“Namun, di usia sekarang ini saya perlu elakkan daripada terdedah dengan risiko yang boleh membahayakan diri.
“Bukan peluang (hamil) itu tiada, tapi saya sedikit menghalang supaya saya kekal sihat. Lagipun saya kahwin ini untuk gembira, bahagia serta saling menjaga antara satu sama lain.
“Bukan kahwin untuk sakit.
“Alhamdulillah suami pun faham dan dia sendiri mengaku jika saya hamil akan membahayakan diri saya,” sambungnya.
Tidak menolak rezeki dari Yang Maha Esa, Mas Idayu jika perkara itu boleh dirancang dia sebolehnya enggan hamil.
“Bayangkan kalau saya dikurniakan anak, dengan usia yang semakin bertambah dan tua serta risiko lain yang perlu saya hadap.
“Macam mana saya nak jaga anak. Kalau saya tiada macam mana?
“Banyak faktor yang kami berdua fikir, tapi kami tak pernah menolak rezeki Allah,” ungkap Mas Idayu.
Baca Disini : “Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh
“Rasa Seolah-Olah Berkahwin Buat Kali Pertama” Rezeki Mas Idayu Majlis Kahwin Dapat Tajaan RM7 Juta
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Mas Idayu
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’