Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara. Amal Jus Lemon Suam Madu

Share

Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara. Tak sangka umur Aishwarya Rai sudah 48 tahun ya, tetapi melihat penampilannya anggun, cantik dan langsing ternyata langsung tak makan dek umur.

Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara

Seperti yang diketahui peminat, sebelum ini pelakon jelita Bolyywod ini pernah dikritik kerana tubuh badannya yang agak berisi.

Namun kini Aishwarya tampil lebih langsing. Seperti mana perkongsian portal Times of India, Aishwarya memberitahu, dirinya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan. Selain itu dia juga mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.

Bekas ratu cantik dunia dan juga isteri kepada Abhishek Bachchan itu juga kelihatan semakin menawan.

Jus Lemon Suam Bercampur Madu Setiap Pagi

Mendedahkan antara rahsia kecantikan diri Aishwarya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan.

Dia juga  mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi. Walau tidak mampu meninggalkan menu kegemarannya iaitu masakan kari ikan dan ayam ala Mangalore dirinya terpaksa buat begitu untuk kekalkan kelangsingan badan.

Pada masa sama, Aishwarya juga rajin mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.

Amalan tersebut dikatakan banyak membantu beliau menurunkan berat badan selain aktif mengamalkan yoga.

Terima Kritikan Secara Terbuka

Kini hidup bahagia disamping keluarga tercinta suami dan anaknya  Aaradhya Aishwarya akui sukar menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.

Malah dirinya juga sebelum ini sering menerima kritikan namun dia tidak mudah melatah.

“Mungkin mereka yang berbuat demikian berasa bahagia dan punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain.

“Justeru, tidak perlu peduli tentang itu. Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri,” ujarnya.

 

Baca Disini : Preity Zinta & Suami Umum Kehadiran Anak Kembar, Menerusi Kaedah ‘Ibu Tumpang’

Mingguan Wanita: Jelita sungguh Aishwarya walau sudah semakin meningkat usia.

Sumber Foto : Instagram Aishwarya Rai Bachhan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh