Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara. Tak sangka umur Aishwarya Rai sudah 48 tahun ya, tetapi melihat penampilannya anggun, cantik dan langsing ternyata langsung tak makan dek umur.
Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara
Seperti yang diketahui peminat, sebelum ini pelakon jelita Bolyywod ini pernah dikritik kerana tubuh badannya yang agak berisi.
Namun kini Aishwarya tampil lebih langsing. Seperti mana perkongsian portal Times of India, Aishwarya memberitahu, dirinya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan. Selain itu dia juga mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.
Bekas ratu cantik dunia dan juga isteri kepada Abhishek Bachchan itu juga kelihatan semakin menawan.
Jus Lemon Suam Bercampur Madu Setiap Pagi
Mendedahkan antara rahsia kecantikan diri Aishwarya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan.
Dia juga mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi. Walau tidak mampu meninggalkan menu kegemarannya iaitu masakan kari ikan dan ayam ala Mangalore dirinya terpaksa buat begitu untuk kekalkan kelangsingan badan.
Pada masa sama, Aishwarya juga rajin mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.
Ads
Amalan tersebut dikatakan banyak membantu beliau menurunkan berat badan selain aktif mengamalkan yoga.
Terima Kritikan Secara Terbuka
Kini hidup bahagia disamping keluarga tercinta suami dan anaknya Aaradhya Aishwarya akui sukar menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.
Malah dirinya juga sebelum ini sering menerima kritikan namun dia tidak mudah melatah.
“Mungkin mereka yang berbuat demikian berasa bahagia dan punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain.
“Justeru, tidak perlu peduli tentang itu. Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri,” ujarnya.
Awal pagi semalam, isteri pertama baru bersembang dengan suaminya yang dia mahu pergi. Suami turut tinggalkan madu yang sedang berpantang. Sedih rasa hati bila mengenangkan pemergian yang berlaku sekelip mata.
“Luluh hati saya apabila terpandang kasut (arwah) suami ketika bomba mengeluarkan dia daripada dalam kereta,” luah Norazalinawati Yunus, 41, isteri pertama Zabidi Muhi, 40, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 33 Sitiawan-Teluk Intan dekat Sitiawan, Perak.
Kemalangan itu turut mengorbankan Mohd Raimi Rustam Mohamad Rozi, 34. Menurut Norazalinawati, arwah suaminya pulang ke rumah malam tadi dan sempat membaiki lampu di bilik tidur sebelum keluar semula.
“Ketika itu kami sempat bersembang tetapi dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, sebaliknya berkata mahu keluar sekejap sebelum pulang semula pada 6 pagi untuk mengambil kunci kereta.
“Kami berjumpa di luar rumah sahaja dan itulah kali terakhir saya melihat dia sebelum dimaklumkan kemalangan ini oleh biras,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), Manjung.
Turut Tinggalkan Isteri Yang Masih Pantang
Arwah Zabidi turut meninggalkan seorang lagi isteri, Norjeiha Abidin, 37, yang masih dalam pantang dan lima anak berusia antara 17 hari hingga 10 tahun.
Jelas Norazalinawati, dia sempat ke lokasi kemalangan itu dan sedih apabila melihat anggota bomba mengeluarkan mayat suaminya.
“Suami bekerja di sebuah kilang di Changkat Jong, Teluk Intan dan jika diikutkan, dia masih bercuti kerana madu bersalin,” katanya.
Sementara itu, Norjeiha berkata, sebelum ini arwah Zabidi ada memberitahu dia mahu ‘pergi’ ketika mereka bersembang awal pagi semalam, yang menimbulkan kegusaran hatinya.
Bagaimanapun, wanita itu reda dengan pemergian suaminya.
“Arwah sangat teruja dengan kelahiran bayi lelaki ini dan cakap anak seperti muka dia serta beriya-iya mahu menamakan Umar Rizky,” katanya.
Arwah Zabidi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kayan, Sitiawan.
MW: Semoga arwah memberi ketabahan kepada kedua-dua isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
Memang ada benarnya tak ternilai perasaannya bila kita dapat sesuatu perkara atau benda itu hasil usaha kita sendiri. Walaupun tak besar mahupun tak banyak nilainya, tapi puas bila guna duit sendiri.Hidup juga satu pilihan sama ada mahu jalan mudah bergantung pada orang lain atau berusaha sendiri.
Itu antara pendirian yang dikongsikan oleh Pelakon dan Pengacara Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 27 atau lebih dikenali dengan nama panggilan Uyaina Arshad dalam Intagramnya baru-baru ini.
“Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya.”
“Kalau dari kecik dah dididik nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan?”
Pengikis Tak Kenal Jantina
Ujar gadis cantik berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan pemilik Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya ini lagi, perempuan sering dilabel sebagai ‘pengikis’. Hakikatnya menjadi seorang pengikis tak mengenal jantina baik lelaki mahupun perempuan.
“Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi.”
Perempuan Kena Ada Duit Poket Sendiri
Anak bongsu daripada empat beradik ini juga menitipkan pesan agar perempuan perlu bersikap realistik dan harus ada duit poket serta sumber pendapatan sendiri walaupun tak banyak.
“Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita tak nak anak-anak kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu.”
“Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau-kalau kita ada teringin apa-apa, boleh beli sendiri. Kan?”
“Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita-wanita hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua “
Perkembangan terkini, Uyaina merupakan Pengacara bagai rancangan realiti Ratu Hijabista bergandingan bersama pelakon Fikry Ibrahim, yang mula bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
MW: Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Uyaina ini. Pengikis tak mengira jantina, baik perempuan mahupun lelaki. Prinsip hidup adalah pilihan sama ada mahu jalan mudah atau berusaha sendiri. Paling penting orang perempuan kena ada duit poket dan sumber pendapatan sendiri, tak bergantung harap pada orang lain.
Nufail makin bijak, membesar sihat walau tidak merasai pelukan ibu yang dibelasah hingga koma. Pasti ada di antara kita masih segar dalam ingatan, kes seorang isteri yang dibelasah suami hingga koma.
Akibat dibelasah membabi buta, Jahidah Nordin yang baru mendirikan rumahtangga ketika itu mengalami kecederaan parah terutama di bahagian kepala, tengkorak selain rahang, tulang belakang serta rusuk yang retak kekal dan masih koma dari hari kejadian.
Lebih menyayat hati, di hari dirinya dibelasah itu, di dalam rahimnya telah tumbuh janin berusia 4 minggu. Menambah sebak, dalam dirinya bertarung nyawa dan terus koma, janinnya terus dijaga Allah SWT dan dirinya selamat bersalin melalui pembedahan pada Disember tahun lalu.
Jika anak-anak lain merasai pelukan kasih seorang ibu tapi nasib Nufail berbeza sama sekali kerana dirinya hanya mampu menerima kasih sayang dari ibu saudara, Fauziah Nordin.
Hari ini, anak yang bakal membela nasib ibunya yang menjadi mangsa belasahan seorang suami, Nufail membesar sihat tanpa sebarang masalah. Bahkan dapat dilihat Nufail semakin bijak pada usianya kini 10 bulan.
Dari video dikongsikan, anak kecil ini sudah mampu mengolekkan badannya ke sana ke mari sementara ibunya masih kekal koma dan hanya mampu membuka mata dan sesekali mengerdipkannya.
Mungkin Jahidah mahu bersuara namun tiada daya upayanya. Mungkin dia mahu memeluk tapi kudratnya tiada. Atau mungkin barangkali dirinya terus kuat bertahan sehingga ke hari ini semata untuk Nufail tahu bahawa dirinya masih ada ibu walau tidak berdaya, walallahualam.
Dalam pada itu, Fauziah menjelaskan sangat mudah menjaga Nufail bahkan anak ini bagaikan memahami kesukaran ibunya dan tiada sebarang masalah dari dalam rahim walau ibunya hanya mampu terlantar dan diuruskan 24 jam oleh mereka. Untuk seorang anak merasai “bau badan” ibunya, Nufail akan diletakkan di sebelah Jahidah walau ibunya tiada kudrat berbuat apa pun. Ini bagi memaklumkan Nufail bahawa dirinya masih ada seorang ibu namun takdir meragut segalanya kerana sikap seorang lelaki kejam.
Dari video dimuat turun di Tik Toknya @ziahzara_15, pada pertengahan September lalu, kes kakaknya mula dibicarakan di mahkamah Johor Bharu.
Tulis Fauziah yang ditujukan buat lelaki dayus yang memukul kakaknya itu, “ kau boleh hidup bebas sementara kes masih berjalan. Kau boleh cakap apa pun, buat apa pun sebab kau masih boleh bercakap. Masih ada otak yang tak rosak. Kau nak bela diri, kau cakap dan buat macam-macam untuk kau bebas dan bela diri kau.
“Kau bawalah sebanyak mana pun kawan kau ke mahkamah, kau buatlah apa pun untuk lepaskan diri kau. Kalau carilah banyak mana orang nak back-up kau tapi kau kena ingat, kau akan mati juga satu hari nanti. Kalau kehidupan di dunia ini kau bebas, dekat akhirat kau tak akan bebas. Kami semua akan tuntut dengan kau.Kau ingat tu Rosmaini bin Abdul Raof.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...