Usia 47 Tahun Ustazah Norhafizah Dapat Cucu Pertama, Namakan ‘Sara El Latheefa’

Share

Usia 47 Tahun Ustazah Norhafizah Dapat Cucu Pertama, Namakan ‘Sara El Latheefa’. Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa,47 personaliti dakwah terkenal berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cucu perempuan baru-baru ini. Lebih istimewa, bayi comel tersebut diberi nama, disempurnakan akikah dan telah ditahnik pada hari ketujuh kelahiran mengikut sunnah.

Nama Cucu Sara El Latheefa

Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah SWT. Solawat dan salam untuk junjungan Rasulullah SAW.

Hari ini hari ketujuh kelahiran cucunda kami yang tersayang. Alhamdulillah dapat kami sempurnakan Akikah nya, tahniknya dan memberi nama kepada bayi solehah ini pada hari yang ketujuh.

Kami namakan si comel ini dengan nama SARA EL LATHEEFA.

Semoga Jadi Wanita Solehah

Menurut Ustazah Norhafizah juga, maksud di sebalik nama ‘Sara El Latheefa’ memberi makna yang besar, dengan harapan memiliki segala sikap terpuji dan peribadi mulia.

Mudah-mudahan beliau menjadi wanita solehah, cekal, beriman, rupawan, ilmuan, cantik budi pekerti dan dihiasi kelembutan hati nurani dan tutur kata peribadi mulia. Kata Tokwan nya ( @drazahar.yaakub ) makna el- Latheefa itu ialah kelembutan yang memberi impak positif yang besar. Aamiin.

Seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak @aropothman @alifah.ismail @drazahar.yaakub merafa’kan kesyukuran kepada Allah SWT. Kami mendoakan agar @asyrafmurtadhaa & @sazafieraa dapat menjadi ayah dan ibu yang mithali untuk anak-anak kalian, dididik dengan acuan agama penuh hikmah bijaksana.

Semoga sahabat-sahabat semua sudi mendoakan kebaikan buat keluarga kami dan dijauhkan dari segala kemudaratan. MashaaAllah. La quwwata illa billah.

Ramai yang mengucapkan tahniah di atas kelahiran cucu serta mendoakan semoga bayi tersebut membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah.

 

Mesti Baca: 6 Amalan Pemakanan Ustazah Norhafizah Musa, Rahsia Kekal Cergas, Sihat & Cantik Berseri!

Baca Lagi Di Sini:Bab Jodoh: Ini Pegangan Datuk Ustazah Norhafizah Musa & Mengapa Suaminya Dikatakan Pilihan Istimewa Dari Allah

Artikel Menarik:‘Hari Bahagia Umi..’ Anak Kelima Ustazah Norhafizah Musa Sempurnakan Hafazan 30 Juzuk

Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah buat Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa di atas kelahiran cucu pertama. Semoga bayi tersebut membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Sumber: Instagram Ustazah Norhafizah Musa

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab