Kelahiran cahaya mata bagaikan pelengkap bagi pasangan suami isteri di dalam rumahtangga. Alhamdulillah, pada usia 40 tahun, Ezza Yusof yang juga isteri kepada pelakon Remy Ishak telah selamat bersalin pada 27 Julai semalam pada jam 11.17 pagi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Remi memaklumkan, Ezza Yusof dan bayi mereka masing-masing berada dalam keadaan sihat.
Atas kelahiran bayi tersebut, Remy dan isteri kini telah bergelar seorang ayah dan ibu.Berita gembira tersebut dikongsikan di Instastory pelakon tersebut.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya.
Remy turut memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan yang sihat sekali gus berterima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,” ujarnya.
Sebelum ini, Remy sempat memuat naik keadaan isterinya sedang berada si atas katil hospital dan memaklumkan Ezza akan melahirkan pada bila-bila masa.
Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas 7 tahun menjalinkna hubungan.
Mesti Baca:Remy Ishak Akhirnya Selamat Bernikah Dengan Ezza “Mohon Mendoakan Kebaikan, Kesejahteraan Kami”
Baca Lagi Di Sini:Wanita Cina Ini Kongsi Resipi Jamu Asam Kunyit Herba & Rajin Amalkannya Dari Usia Muda Untuk Nampak Awet Muda
Artikel Menarik:Lisdawati Tepis Stigma Hamil Lewat Usia
Mingguan Wanita:Alhamdulillah tahniah buat Remi dan isteri atas kelahiran cahaya mata pertama. Semoga bayi membesar dengan sihat, dan menjadi anak yang soleh, solehah.
Sumber: Remy Ishak
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.