Menjelang usia 40-an, isteri selalunya lebih serius, suami terlebih manja. Sebab itulah krisis rumah tangga selalu jadi. Lelaki dalam usia 40-an ingin lebihkan perhatian daripada seorang isteri tetapi isteri pula terlalu banyak bebanan dalam fikiran, jadi mereka mudah beremosi.
Ikuti perkongsian pengamal undang-undang, Kheyr Hameed dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan.
Hujan rintik-rintik pagi ni. Cuaca sejuk. Saya ajak suami cari breakfast di luar. Konon nak makan roti kitab tepi tasik, malangnya meja penuh sebab hujan. Nak makan di bahagian tak berbumbung, jadi menu roti kitab bah pula nanti.
Dalam perjalanan ke tasik, suami saja bergurau. Dia biarkan tingkap bahagian saya terbuka besar. Mula-mula saya buat tak endah, tapi lama-lama hujan semakin agak lebat.
Saya cuba naikkan cermin. Tapi rupanya dia lock. Saya pandang dia, dia gelak-gelak. Saya cakap, “tak lucu la bang.” Sambil gelak dan tampar manja bahu dia.
Tiba-tiba teringat yang tak hensem tapi kaya tu. Dipuji sebagai seorang yang lucu dan penyayang. Hahaha.
Baru perasan, kadang-kadang krisis umur 40-an ini sebab tolakan dan tarikan. Isteri bila umur menjelang 40-an, banyak yang mereka rasa serious sehingga jadi sensitif atau jadi malas nak layan.
Sebab? Usia macam ni dah nak tenang-tenang je. Mungkin juga dah penat gelak dengan karenah anak-anak atau penat otak dengan karenah orang di pejabat.
Orang perempuan ni lain. Emosi kami bercampur baur. Kadang-kadang boleh switch emosi sebab nak kawal keadaan. Kadang-kadang terus tak terkawal emosinya bila terlalu berkecamuk.
Tapi untuk gadis muda 20an, bila diusik dengan insiden tingkap terbuka kalau hujan, mesti respond mereka berbeza.
“Youu youu..alaa youu ni, saje dengki i tawww.”
“Hahahaa you ni kelakar laa, saje taww nak bagi i basah.”
(Sila baca dengan intonasi gedik bimbo)
Orang lelaki pula masuk umur 40-an, nak manja lebih, nak perhatian lebih. Sebab tu dia saja usik-usik pasangan dia walaupun kadang-kadang timing tu tak kena.
Solusinya? Isteri, kadang-kadang kena layan juga gurau senda usik mengusik suami walaupun kau dah hadap lawak yang sama 20 tahun lamanya.
Suami pula, korang jangan bergurau masa dia tengah moody betul-betul. Contoh masa dia tengah marahkan anak. Mungkin tujuan kau nak kendurkan keadaan, tapi seeloknya kau sediakan perisai.
Kau jadi back up dia, join dia marah anak tapi dengan nada low tone.
“Along kena dengar tau cakap mama. Mama bukan marah saja2. Mama sayang along tu.” Agitchuu. Time dia penat tu, memang dia kuat bebel atau dia diam je terus.
Cuba ajak jalan-jalan, tidur hotel, makan-makan. Insyallah pulih semangat dia dengan mantera “jom jalan-jalan cari makan kat penang.”
Jadi, kita orang perempuan jangan banyak sangat buat faktor “tolakan” sebab faktor “tarikan” kat luar sangat banyak. Orang lelaki pula, kena faham kenapa berlaku penolakan. Korang kena come up dengan idea atau joke yang lagi fresh ok!
Kesimpulannya, menjelang usia 40-an, tidak kiralah suami atau isteri ambil masa untuk fahami antara satu sama lain. Ada masanya kita perlu serius dan masanya perlu kelakar.
Sumber: Kheyr Hameed
Baca artikel lain juga: Krisis Rumah Tangga Inilah Yang Akan Rosakkan Hubungan Laki Bini, Sila Berubah!
Demi Rumahtangga, ‘Maaf’ Mampu Rendahkan Ego Suami Isteri Tapi Belum Tentu Dapat Dilupakan
Isteri Berharta, Rasa Suami Bergantung Hidup Dengan Dirinya, Dominan Dalam Rumah Tangga
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.