Usia 36 Tahun, Ayu Raudhah Umum Hamil Anak Kelima. “Alhamdulillah Rezeki Allah” Zaquan

Share

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular Zaquan Adha dan Ayu Raudhah yang bakal menimang cahaya mata kelima. Ayu dan Zaquan yang bernikah pada bulan Januari 2011 kini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Ternyata pasangan ini bertuah kerana memiliki keluarga yang cukup bahagia dan harmoni apatah lagi dengan kehadiran permata hati, Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, setahun.

Ayu Raudhah, #Yesimpregnantagain

Bersempena dengan sambutan hari kelahirannya yang ke 36, ibu jelita ini turut memaklumkan dia kini sedang hamil anak kelima.

“MY ENDLESS LOVE.. ️ @zaqone_08
“#yesimpregnantagain
“#ifeelloved
“#ifeelspecial
“#happy36thbirthdayayuraudhah” tulisnya di kapsyen entri di Instagram.

Teka Teki Jantina Cahaya Mata Bakal Dilahirkan

Suaminya, Zaquan juga membuat hantaran di entri akaun Instagramnya yang berbunyi;

“Mambo number 5
“#alhamdulillahrezekiallah
“#” tulis Zaquan yang turut meletakkan teka teki jantina cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti.

Ayu Raudhah Bersyukur Dikelilingi Orang Yang Baik

Malah menerusi perkongsian yang lain Ayu turut meletakkan gambar-gambar sepanjang sambutan hari lahirnya.

Ayu juga turut berterima kasih kepada mereka yang sudi mengadakan parti kejutan hari lahirnya.

“Alhamdulillah Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua kawan-kawan yang perah otak berfikir, luang kan masa, tenaga, dan duit utk plan buatkan Surprise Birthday Party untuk Ayu ni, baik yg bagi tema ,mencari tempat, buatkn deco, belanja makan.. serta semua kawan2 yang hadir… tiada perkataan lain yang terlintas..

“Bersyukur dan berterima kasih dikurniakan orang disekeliling yang BAIK untuk Ayu. Alhamdulillah Terima Kasih semua” ungkap Ayu.

Baca Disini Juga:

Rasa Macam Nak Mati, Ayu Raudhah Syukur Dapat Peluang Kedua Dari Tuhan Boleh Jaga Anak-Anak

Amalan Ayu Raudhah Masa Hamil, Telan Sarang Burung Hampir Nak Muntah Pun Salah Satu!

Sebelum ini wartawan MW pernah menemubual Ayu Raudhah dan wanita ini pernah berkongsi dirinya sewaktu mengandungkan anak ketiga Laura Zuleykha yang mempraktikkan amalan yang diberi oleh orang tua-tua.

Amalkan Pengambilan Sarang Burung

“Waktu disahkan hamil, saya mula mengambil sarang burung sebagai makanan tambahan. Ketika itu, saya belum tahu lagi bayi kami perempuan atau lelaki. Saya amalkan makan sarang burung setiap hari. Ada kalanya rasa macam hendak muntah tetapi bila fikirkan khasiatnya, saya telan juga.

“Suami pula sudah seperti jururawat di rumah. Asyik tanya sahaja sama ada saya sudah makan atau belum sarang burung. Pada masa yang sama, saya amalkan bacaan surah al-Fatihah apabila teringatkan anak-anak.

“Alhamdulillah, setakat ini saya rasa perubahan yang positif. Lasak dan aktif, itu dah memang sifat anak-anak tetapi bonding antara kami sangat kuat. Garang? Rasanya bukan saya garang kot tetapi lebih kepada tegas kerana saya mahu mendidik dan mendisiplinkan anak-anak.

“Suami pula jenis yang fleksibel, sebab itulah anak-anak sangat rapat dengan dia. Tetapi bila sampai masa tidur, dengan sayalah mereka akan datang menghimpit. Saya dan zaquan memang tidak boleh berenggang dengan anak-anak, mereka harta kami yang paling berharga,” katanya.

Cinta Semakin Kuat

Malah pada waktu itu juga Ayu turut berkongsi tentang keluarganya. Melihat ahli keluarga yang semakin ramai, ayu raudah tidak nafikan kehidupannya dan suami begitu sibuk sehinggakan masa untuk berdua-duaan menjadi amat terhad

“Ada juga yang bertanya, bila sudah ada anak ramai ni macam mana dengan waktu privasi saya dan suami. Terjejas atau tidak. Sebenarnya, saya tidak suka guna perkataan terjejas sebab anak-anak bukanlah gangguan tetapi anugerah yang sangat berharga buat kami berdua.

“Ketika bersama dengan anak-anak, kami akan gunakan waktu sebaiknya. Bermain, bercerita, melukis dan sebagainya. Saya isi waktu terluang dengan aktiviti yang anak-anak suka, momen ini sangat indah.

Tak Timbul Perasaan Jemu, Jatuh Cinta Dengan Zaquan Setiap Hari

“Istilah privasi itu pula biasanya kami praktikkan saat berdua, tidak kiralah di mana-mana sahaja. Pada saya, selagi kuatnya rasa kasih dan sayang, takkan timbul perasaan jemu atau penat untuk bercinta.

“”Tempoh bulan madu bukan di awal perkahwinan tetapi setiap saat yang kita lalui bersama. Sekalipun suami lebih muda usianya tetapi fikirannya matang. Sikap family man, penyayang dan romantik benar-benar membuatkan saya jatuh cinta setiap hari.

Sumber / Sumber Foto: Instagram ayuraudhah_7 & zaqone_08
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh