Usia 2 Tahun Ada Kanser Darah,Jadi Mangsa Termuda Positif COVID-19 Pula

Share

Allahu beratnya ujian yang ditanggung oleh anak kecil ini. Mempunyai penyakit kanser darah, pada masa yang sama disahkan menjadi mangsa termuda positif COVID-19 di Kelantan.Ternyata virus COVID-19 ini menyerang tanpa mengenal usia. Bukan sahaja orang dewasa yang dijangkiti wabak maut ini, bahkan kanak-kanak turut menerima nasib sama.

Tak dapat bayangkan bagaimana anak kecil yang baru berusia 2 tahun ini tidur dan tinggal berseorangan di hospital tanpa mak ayah yang dapat menemani. Pastinya menangis kepenatan dan tertidur sendiri. Mungkin mak ayah hanya dapat menemani di sebalik pintu kaca, menahan sebak dan sayu melihat anak sendiri kesakitan.

Tangguh Rawatan Kimoterapi

Adik Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee ini yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkannya selepas ujian darah yang dilakukan mendapati kanak-kanak itu positif COVID-19.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA)

menerusi Facebook, semalam.Menerusi Facebook berkenaan, PESONA memohon orang ramai mendoakan kanak-kanak itu berusia dua tahun empat bulan yang disahkan positif COVID-19. Kisah adik Fateh berkenaan tular di Facebook sejak kelmarin dan mengundang simpati masyarakat.

Sementara itu, sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak berkenaan positif COVID-19.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Kanak-kanak itu dijangkiti COVID-19 melalui keluarga,” katanya.

Baca Lagi Di Sini:
Dalam Wad Isolasi, Pesakit Covid-19 Terasing Sunyi, Tiada Pelawat Tiada Penjaga

MW: Sama-sama kita doakan semoga anak kecil ini diberi kekuatan dan kesembuhan agar berjaya melawan virus bahaya ini. Buat mak ayah, sempena perintah kawalan pergerakan ini, jagalah anak-anak kita, pastikan mereka kekal duduk di rumah. Semoga kita berjaya memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Sumber: Bharian, Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser – Pesona

Published by
Suhaidah Abd Wahab