Usaha Murni Syifa Melvin Bantu Gadis Pekak, “Percayalah Takkan Miskin Harta Bila Memberi”

Share

Murninya hati pelakon dan usahawan, Syifa Melvin membantu seorang gadis OKU pekak dan bisu. Gadis tersebut yang dikenali sebagai Nabila merupakan salah seorang daripada stokis produk kecantikan yang diusahakan Syifa bersama adik beradiknya, Kekasih By The Melvins.

Menerusi perkongsian di akaun laman Instagramnya, Syifa yang juga seorang Instafamous berjaya membantu Nabila untuk memakai alat pendengaran.

Syifa Dedah Niat ‘Kekasih’ Bantu Golongan Yang Memerlukan

Syifa bersama gadis istimewa, Nabila.

Kongsi Syifa, dia dan adik beradik yang lain sudah lama berazam untuk membantu mereka yang memerlukan dengan perniagaan tersebut.

Sememangnya usaha Syifa dan adik beradiknya yang lain iaitu Syatila, Syafiqah dan Syida berniaga sambil membantu orang yang memerlukan adalah sangat mulia dan harus diberi pujian.

“Memang kami berempat (adik beradik) berazam wujudnya Kekasih ni niat kami adalah untuk bantu mereka yang memerlukan.. Bukan ini dari kami,tapi hadiah ni daripada Allah SWT kami hanya perantaraan sahaja.

“Terima Kasih yang selalu support business kami,Terima Kasih pelanggan setia hampa juga menyumbang kepada pemberian hadiah istimewa ini..

“Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat walaupun diherdik dihina tetapi takde yang lebih manis bila kita mengetahui bahawa itu juga hadiah dari Allah SWT, hadiah  tak semestinya dibalut rapi dan cantik ,ia juga di selitkan hikmah yang sangat besar.

“Semoga hampa semua diberi peluang utk membantu,percayalah takkan miskin harta bila memberi,” kongsi Syifa.

Baca Disini Juga:

Mujurlah Syatilla Pilih Bersalin Cara Bedah, Kalau Tidak Pasti Muncul Perkara Tak Diduga…

Ceritera 4 Beradik Melvin Dari Layar Seni Ke Dunia Bisnes

‘Tak Pernah Minta Duit ‘Dia’ Sara Hidup’ Syifa Melvin Dedah Cerita

Nabila Gadis Bertuah

Menerusi entri tersebut juga Syifa memuat naik rakaman video Tiktok (credit video @khairul_ikhwan96 ) menunjukkan Nabilah sebak dan tidak dapat menahan air mata apabila buat kali pertama selepas 20 tahun usianya dia boleh mendengar namanya dipanggil setelah memakai alat bantuan pendengaran berkenaan.

Gadis bertuah Nabila yang berasal dari Baling, Kedah telah dibawa oleh Syifa dan adik beradiknya untuk memakai alat pendengaran.

Menerusi perkongsian entri Syifa di Instagramnya juga, dia turut berkongsi perasaan Nabila yang menangis selepas dapat mendengar.

“Kalau sifat Maani kita ada 7, dia ada 5 ja. Tapi dia cemburu dengan kita yang boleh dengar dan bercakap Tapi sebenarnya kita yang patut cemburu dengan dia sebab tak perlu dengar benda yang tak elok dan cakap benda yang sia-sia.

Bantu Hidup Nabila Lebih Berkualiti

“Harini kami berjaya bawa Nabila pergi buat alat pendengaran yg insya Allah boleh membantu dia untuk dapat hidup yang berkualiti.

“Sebak teriak tadi bila dia pakai hearing aid tadi, panggil nama dia terus dia respond Allahuuu. Nabila anak istimewa betul.

“Walaupun pendengaran dan tak boleh bercakap, tapi dia setia bersama kekasih dari January dan Total restock terkumpul RM35K. Apa alasan kita yg sempurna ni? Tak pernah meminta minta tapi guna segala yg diberi Allah swt utk bantu keluarga, Masya Allah Sayang @kekasih_nabila,” tulis Syifa.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Syifa Melvin

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh