Murninya hati pelakon dan usahawan, Syifa Melvin membantu seorang gadis OKU pekak dan bisu. Gadis tersebut yang dikenali sebagai Nabila merupakan salah seorang daripada stokis produk kecantikan yang diusahakan Syifa bersama adik beradiknya, Kekasih By The Melvins.
Menerusi perkongsian di akaun laman Instagramnya, Syifa yang juga seorang Instafamous berjaya membantu Nabila untuk memakai alat pendengaran.
Syifa Dedah Niat ‘Kekasih’ Bantu Golongan Yang Memerlukan
Kongsi Syifa, dia dan adik beradik yang lain sudah lama berazam untuk membantu mereka yang memerlukan dengan perniagaan tersebut.
Sememangnya usaha Syifa dan adik beradiknya yang lain iaitu Syatila, Syafiqah dan Syida berniaga sambil membantu orang yang memerlukan adalah sangat mulia dan harus diberi pujian.
“Memang kami berempat (adik beradik) berazam wujudnya Kekasih ni niat kami adalah untuk bantu mereka yang memerlukan.. Bukan ini dari kami,tapi hadiah ni daripada Allah SWT kami hanya perantaraan sahaja.
“Terima Kasih yang selalu support business kami,Terima Kasih pelanggan setia hampa juga menyumbang kepada pemberian hadiah istimewa ini..
“Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat walaupun diherdik dihina tetapi takde yang lebih manis bila kita mengetahui bahawa itu juga hadiah dari Allah SWT, hadiah tak semestinya dibalut rapi dan cantik ,ia juga di selitkan hikmah yang sangat besar.
“Semoga hampa semua diberi peluang utk membantu,percayalah takkan miskin harta bila memberi,” kongsi Syifa.
Menerusi entri tersebut juga Syifa memuat naik rakaman video Tiktok (credit video @khairul_ikhwan96 ) menunjukkan Nabilah sebak dan tidak dapat menahan air mata apabila buat kali pertama selepas 20 tahun usianya dia boleh mendengar namanya dipanggil setelah memakai alat bantuan pendengaran berkenaan.
Gadis bertuah Nabila yang berasal dari Baling, Kedah telah dibawa oleh Syifa dan adik beradiknya untuk memakai alat pendengaran.
Menerusi perkongsian entri Syifa di Instagramnya juga, dia turut berkongsi perasaan Nabila yang menangis selepas dapat mendengar.
Ads
“Kalau sifat Maani kita ada 7, dia ada 5 ja. Tapi dia cemburu dengan kita yang boleh dengar dan bercakap Tapi sebenarnya kita yang patut cemburu dengan dia sebab tak perlu dengar benda yang tak elok dan cakap benda yang sia-sia.
Bantu Hidup Nabila Lebih Berkualiti
“Harini kami berjaya bawa Nabila pergi buat alat pendengaran yg insya Allah boleh membantu dia untuk dapat hidup yang berkualiti.
“Sebak teriak tadi bila dia pakai hearing aid tadi, panggil nama dia terus dia respond Allahuuu. Nabila anak istimewa betul.
“Walaupun pendengaran dan tak boleh bercakap, tapi dia setia bersama kekasih dari January dan Total restock terkumpul RM35K. Apa alasan kita yg sempurna ni? Tak pernah meminta minta tapi guna segala yg diberi Allah swt utk bantu keluarga, Masya Allah Sayang @kekasih_nabila,” tulis Syifa.
Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu, letak timbang statik pada 35 kg. Ermm, memang akal panjang menipu. Boleh balik Rohingya pergi hari begini kalau ikut cara begini.
Dalam kita cuba berbaik sangka, ramai yang cuba mengambil kesempatan dengan menipu cara begini. Menipu cara timbangan sedangkan setiap sen menipu itu, hukumnya haram.
Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu
Dikongsi dari fb Achik Iqbal, dirinya berkongsi bagaimana sekumpulan Rohingya yang berniaga membeli besi buruk menipu dengan meletakkan timbangan pada angka statik walau beratnya lebih dari sepatutnya.
Bila dia cuba menimbang dirinya sendiri, jelas angka berat badannya hanya 35 kg, seolah berat seorang kanak-kanak sekolah rendah saja.
Alkisahnya petang tadi. Lori besi buruk datang minta beli besi dekat bengkel. Aku pun keluarkan semua besi-besi sisa dan aluminium yang ada. Ada dua geng Rohingya dari Sijangkang katanya.
Lepas besi dan aluminium dah timbang dan dicampak masuk lori, aku pun naiklah atas timbang untuk saja-saja. Hah, tu dia. 35 kilo jee.
Eh eh eh. Mana lagi 40 kilo. Tuhan dah ampun ke. Naik pulak seorang lagi hmm sama 35 kilo. Patut semua yang dia timbang 35 kilo ke bawah je. Pagar second berat-berat tu.
Letak Timbang Statik Pada 35 Kg
Semua tak smpai 35 kilo. Muka soleh & solehah dua orang ni pun dah lain macam. Lepas kena ceramah depa bagi tambahan lagi 20 kilo. Patutlah boleh ada lori. Meniaga kencang puak ni.
Menyesai pulak aku naik atas timbang tu. Sebenarnya tak kisah sangat berapa nak dapat. Sebab besi buruk pun bukan boleh jadi besi baru. Simpan lama-lama bersepah je. Tapi tulah tak menipu tak kaya bro. Perkongsian : Achik Iqbal
Meninggal dalam kemalangan. Malang tidak berbau dan kalau itu dah ketentuan, tiada siapa yang mampu untuk melawan takdirNya. Peristiwa yang cukup menyayat hati bila ahli keluarga terdekat pergi buat selamanya dan bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
.
Peristiwa yang cukup menyedihkan apabila seorang ayah menjadi saksi melihat anak, isteri dan mentua meninggal di depan mata akibat kemalangan jalan raya. Tak mampu untuk terima hakikat bila 4 ahli keluarga pergi buat selamanya.
Lebih menyayat hati apabila satu rakaman yang dikongsikan semasa kemalangan yang meragut 4 beranak itu. Video tangisan sang ayah bila melihat sekujur badan anak, isteri dan mentua yang meninggal dalam kemalangan tersebut.
.
“Ayah minta maaf nak..” kata-kata ayah yang meraung sambil merangkul badan anaknya yang telah meninggal.
.
Kemalangan maut itu berlaku di simpang tiga Jalan Kampung Asli Machap Umboo pada awal pagi. Dikatakan kenderaan jenis MPV yang dinaiki oleh 6 beranak dalam perjalanan menuju ke Langkawi untuk meraikan ulangtahun kelahiran si datuk. Paling menyedihkan, arwah turut meninggal pada hari tarikh yang sama harijadinya
Kereta MPV yang dinaiki oleh 6 beranak telah bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain sehingga mengakibatkan 4 daripada ahli keluarga itu iaitu anak, isteri dan mentua dan pemandu tidak dapat diselamatkan.
Kelihatan si ayah meraung-raung meminta maaf sambil memegang tubuh salah seorang cahaya matanya yang telah pergi. Si ayah dikatakan tidak mengalami kecederaan.
Kesemua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh dan Pondok Batang pada hari yang sama.
Daripada maklumat yang diperolehi, 4 beranak yang meninggal dalam kemalangan itu ialah Ibrahim Daud, Latifah Dorahim, Syazana Tahrin dan Yusuff Daniel Muhammad Izwan.
.
.
.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga mereka ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
Penyanyi tersohor Dato Seri Siti Nurhaliza dianugerahkan sebagai Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya hari ini.
Khabar yang dinanti-nanti ramai itu dimaklumkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak dalam satu hantaran dalam Instagram yang memaparkan poster ucapan tahniah daripada pihak Siti Nurhaliza Legacy dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.
“Sekalung tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza atas penganugerahan sebagai Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024,” katanya.
Sementara, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah termasuk daripada rakan selebriti yang menyifatkan Siti layak menggalas gelaran tersebut.
Malah peminat dari Indonesia turut menyokong penganugerahan tersebut diberikan kepada pelantun lagu Percayalah itu.
Sebelum ini, gelaran Biduan dan Biduanita Negara adalah penganugerahan kepada anak seni oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Terdahulu, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin turut melancarkan sebuah lagu baharu yang berjudul Sejarah.
Siti Nurhaliza dalam kenyataan kepada pihak media menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024. Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas anugerah tersebut.
“Dari hati yang luhur, saya melihat anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerjaya seni saya, namun merupakan lambang penghargaan kepada semua insan seni yang sentiasa memperjuangkan keindahan budaya dan muzik tanahair.
Amanah dan kepercayaan ini juga merupakan satu tanggungjawab buat saya secara peribadi untuk terus memartabatkan seni dan budaya terutama dalam bidang muzik untuk terus cemerlang dan subur mewarnai zaman,”ujarnya.
Siti juga berikrar untuk terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijaga, dihargai kerana inilah warisan yang perlu dipelihara.
Sehingga kini, hanya tiga anak seni legenda yang pernah menerima gelaran tersebut antaranya Allahyarham Saloma yang dianugerahkan pada tahun 1978, Allahyarham Sharifah Aini (2006), dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).
Penyampaian anugerah itu disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia.
Sempena gelaran Biduan Negara itu, Siti membawa pulang wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.