Usah SINDIR Suami Jika Hanya Baca 3 Qul Sahaja Masa Solat Tarawih

Share

Bulan Ramadan sangatlah digalakkan untuk menunaikan solat Terawih kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Rezeki kita tahun ini bulan Ramadan dalam tempoh PKP, berpeluang berpuasa sekaligus merebut manfaat solat terawih secara berjemaah bersama keluarga di rumah sendiri.

Bagi suami sebagai ketua keluarga pastinya diberi tanggungjawab untuk memimpin Solat Terawih. Walaupun suami hanya lancar surah-surah 3 Qul sahaja, sebagai isteri usah sindir suami, sebaliknya tetap berikan galakan atas usahanya untuk mendirikan solat terawih secara berjemaah ini.

Hadam pesanan perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh ini.

Usah menyindir suami kita jika dia hanya baca 3 Qul sahaja masa solat tarawih ini.

Lepas solat, salam, cium tangan dia dan ucap terima kasih padanya yang sudi imamkan solat tarawih. Itu yang sebaiknya.

Bahkan jika ada suami yang suruh isteri solat tarawih sendiri-sendiri kerana segan tidak hafal banyak surah, cakaplah pada suami dengan penuh hikmah,

“Abang. Saya tak kisah abang ulang baca ‘Qulhuallahu ahad’ pun dalam setiap rakaat. Saya tahu saya tidak berkahwin dengan Al Hafiz yang hafal semua surah.

Saya terima abang seadanya sepertimana abang terima saya. Cuma saya teringin sangat nak solat berjemaah dengan abang. Jangan risau bang, bacaan surah apa pun sah asalkan ada Al Fatihah.”

Bisik begitu pada suami sebelum tidur, peluk dia dengan erat, InsyaAllah malam esok boleh solat berjemaah bersama.

Rahsia Suami Isteri Tak Perlu Canang

Rahsia kita laki bini, aib suami, aib isteri tak perlu canang pada media sosial. Tak perlu lah tag suami pada gambar kartun menunjukkan suami tidak tahu baca surah panjang.

Pada kita ianya gurauan. Namun dalam tak sedar orang yang memerhati memandang rendah pada suami kita bahkan memandang rendah pada kita yang tidak tahu menjaga aib suami.

Sokonglah suami sendiri. Walau macamana pun dia, dia tetap suami kalian yang melafazkan akad suatu ketika dahulu menerima kalian menjadi sebahagian bebanannya.

Muliakan suamimu. Muliakan suamimu. Muliakan suamimu.

Nescaya syurga menantimu di alam sana.

Salam ingatan. Salam Ramadan.
#TarawihAtHome
#MFS

Baca Lagi Di Sini: Cara Solat Terawih Paling RINGKAS Bagi Imam Amatur, Rugi Tak Buat

MW: Semoga pesanan ini menjadi peringatan buat kita. Surah panjang atau pendek bukanlah faktor utama. Paling penting usaha suami menunaikan solat terawih secara berjemaah sekaligus menjadi imam keluarga di rumah sendiri.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Published by
Suhaidah Abd Wahab