Walau pun hakikatnya, terasa sangat pedih pilu bila mana diri terasa bagai ‘kain buruk’ yang hanya digunakan bila pasangan perlukan.
Pesan Zul Ariff, tidak perlu menjerut diri dalam emosi sebegitu. Kerana, bagai ‘kain buruk’ inilah sebenarnya gambaran sikap seorang pasangan yang setia dan sangat bermanfaat.
Rasanya dah lama saya tak tulis posting di fb. Atas faktor lockdown tanpa henti ibarat idea juga terhenti begitu sahaja.
Hari ini saya ingin menulis sedikit di laman buku, nak asah kembali skill yang dah lama ditinggalkan. Maklumlah nak menulis semasa tempoh pkp ni kena berhati hati, tak semua emosi manusia stabil bila berkurung dalam tempoh yang lama.
Macam macam kes viral terjadi sepanjang lockdown, berkaitan politik, social media influencer, selebriti dan juga kematian rakan, saudara dan teman hidup akibat covid 19.
Tempoh PKP kali ini sangat menguji kita tentang kehidupan. Kita adalah apa yang kita fikirkan, dalam kata mudah, kita adalah cermin diri kita.
Ada yang merasa diri tidak dihargai oleh pasangan, ada yang fikir pasangan tidak toleransi bila duduk terlalu lama bersama. Lebih teruk ada yang bergaduh tanpa sebab munasabah.
Sebagai contoh, ada yang merasa diri seolah “KAIN BURUK” diguna hanya bila perlu. Rasa diri diperalat oleh pasangan, rasa diri tidak di peduli. Ini tanda tanda anda berada dalam tahap stress yang tidak dibendung.
Jika kita merasa pasangan membuat kita seperti kain buruk, kenapa kita tidak berfikir kita sangat bermanfaat pada pasangan? Kain buruk adalah teman baik untuk setiap pasangan.
Kenapa saya berkata begitu? Kenapa istilah kain buruk saya gunakan dalam posting saya kali ini? Cuba anda fikirkan, kain buruk sikap nya amat patuh dan setia. Walau diguna untuk mengelap kotoran, tapi kain buruk tetap menjadi pilihan utama.
Bila kain buruk kotor kena kotoran, tentulah si pemakai akan basuh dan bersih kan semula. Begitulah resmi nya si kain buruk. Walau dipijak untuk mengelap kaki tetap setia berada di sisi.
Baca sini : Isteri penat dalam rumah tangga, bukan nak rehat, sebenarnya mahu suami faham dan hargai
Jika anda sayang pasangan anda, biarlah jadi kain buruk sentiasa ada dan sedia untuk digunakan. Sebab kain buruk itu lebih kenal tuan nya dan tuan nya lebih tahu menggunakan nya.
Hargai pasangan, jika anda rasa pasangan anda terasa dengan perbuatan anda, cuba cari jalan menambat hati semula. Jika anda curiga dengan pasangan duduk lah berbincang secara baik.
Kita sudah cukup tertekan dengan keadaan semasa, oleh itu elakan untuk menekan atau merasa tertekan dengan pasangan anda. Berbincang adalah kunci utama penyelesaian masalah.
Jika rasa pahit, cuba kenangkan detik manis bersama! InshaAllah tiada sengketa, tiada hati yang akan terluka. Ingat detik pertama berjumpa, imbas kembali perasaan anda kali pertama disatukan.
Ibarat perasaan korang excited nak menikah! Haa itu lah jalan terbaik yang ada, nak pergi holiday pon tak boleh lagi, cuba lah ” berhoneymoon ” di dalam rumah anda.
Ingat pesan saya, ingat saat manis mula kenali pasangan dan detik pertama hari pernikahan, ingat debaran dan degup nadi bila menerima lafaz dan tanggungjawab dari wali pasangan anda!
” Nadiku Selaju Tengkujuh
Sesak Nafas Aku Menunggu “
” Akulah Yang Paling Bertuah
Bila Kau Mengucapkan Iya “
Mingguan Wanita : Melihat diri bagai kain buruk.. Kadangkala bila terlalu melihat sesuatu itu dalam bentuk negatif, ianya akan sedikit demi sedikit memakan diri sendiri. Belajarlah untuk terus kekal positif, walaupun ianya tidak mudah.
Sumber/Foto : Zul Ariff
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW