Kekeluargaan

Urutan Cakar Harimau, Rapatkan Hubungan Suami Isteri, Boleh Ikut Teknik Yang Pernah Dikongsi Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah

Share

Urutan cakar harimau mampu merapatkan hubunga suami isteri. Bila urutan dilakukan dengan penuh kasih sayang oleh suami/isteri tersayang tentulah ia lebih berkesan. Urutan pada bahagian-bahagian tertentu dapat memberikan kelegaan, ketenangan sekaligus mampu meredakan keletihan pada tubuh badan.

Dalam satu sesi ceramah oleh pendakwah bebas dan penceramah motivasi Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood,  beliau pernah berkongsi teknik urutan untuk kebahagiaan suami isteri.

Urutan Cakar Harimau, Rapatkan Hubungan Suami Isteri

Menurut beliau terdapat TUJUH teknik urutan ‘cakaran harimau’ yang disusuli dengan ‘urutan labah-labah’ boleh diamalkan oleh para isteri agar sentiasa dicintai dan menjadi ‘bidadari’ kepada suami.

Berikut merupakan 7 langkah Teknik Urutan Cakar Harimau yang dikongsikan oleh Dato’Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood;

Boleh Ikut Teknik Yang Pernah Dikongsi Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah

Langkah Pertama (Bahagian Tengkuk): 

*Isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah Kedua (Bahagian Bahu):

*Langkah kedua pula ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan.

Langkah Ketiga (Bahagian Tulang Belikat)

*Langkah ketika dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.

Langkah Keempat & Kelima

*Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’, menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

*Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.

Langkah Keenam

Seterusnya, menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Kredit foto: Freepik

Langkah Ketujuh

*Langkah ke tujuh ini sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’.

Apa yang menarik urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing. Menurutnya lagi, kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan terbabit sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.

Gunakan Minyak Aroma Terapi

Ustazah turut mengingatkan ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi. Kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.

Kredit foto: Freepik

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkata, beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran ALLAH ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik’.

“INI BERMAKNA SENTUHAN DAN BELAIAN MANJA DAN KASIH SAYANG TERNYATA MAMPU MERAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI KERANA `A’SYIR,’ (BERGAUL) DI DALAM AYAT TERSEBUT BERMAKNA BERSENTUH-SENTUHAN. JADI KAEDAH URUTAN DAN SENTUHAN SEUMPAMA ITU AMAT BAIK UNTUK DIAMALKAN,” UJARNYA.

Tambah Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.

“URUTAN INI BUKAN SAHAJA BOLEH DIAMALKAN OLEH ISTERI SEBALIKNYA OLEH SUAMI SEBAGAI MENGHARGAI PENGORBANAN ISTERI DAN DENGAN ITU TERBENTUKLAH SLOGAN `RUMAHKU SYURGAKU,’ KERANA MASING-MASING MENDAPAT LAYANAN TERBAIK,” KATANYA.

Jadi buat para isteri, boleh mencuba teknik urutan cakar harimau yang diajar oleh Dato Ustazah Siti Nor Bahyah ini pada suami tersayang.Bukan sahaja dapat pahala eksta dapat hilangkan keletihan diri suami sekaligus mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Sumber: Utusan Online via Rahsia Perkahwinan

Kredit foto (top image): Freepik

Published by
Has