Urusan PUSAKA, Selesaikan Dahulu Harta Sepencarian Bukan Terus Sahaja Nak FARAID!

Share

Selepas berlakunya kematian pasangan, kena uruskan bab harta pusaka ini sebaik mungkin. Perlu patuhi dan utamakan hirarki yang betul dalam menguruskan harta yang ditinggalkan. Bukan apa, bab harta ni menantu mentua boleh bermasam muka, adik beradik ipar duai tak bertegur sapa.

Menurut perkongsian Peguam Syarie Syazmee Sapian dalam urusan harta pusaka perlu selesaikan dahulu harta sepencarian sebelum bab faraid bagi menjamin keadilan.

Berikut perkongsian beliau sebagai rujukan;

Kebelakangan ini menguruskan beberapa kes berkaitan pusaka diantara Menantu Vs Mertua.

Kesemuanya sama, mertua nak terus faraid tetapi menantu mahukan harta sepencarian terlebih dahulu.

Apa yang dapat dilihat ada 2 kategori:

Dia tiada pengetahuan tentang harta sepencarian tapi dia nak tahu dan bertanya pada yang tahu.

Dia tiada pengetahuan. Tapi bila dah diberitahu, dia cuba untuk menafikannya.

Hirarki Pusaka

Untuk urusan pusaka ada hirarki yang kita perlu patuhi supaya kita tidak berlaku zalim dan termakan hak orang lain.

1. Urusan jenazah simati
2. Harta sepencarian simati dan pasangan
3. Hutang simati
4. Laksanakan wasiat hibah simati sekiranya ada
5. Faraid

Ini 5 step yang perlu dituruti atau diperhalusi terlebih dahulu apabila menguruskan pusaka simati.Kita tak boleh mudah-mudah lompat step tanpa selesaikan mana-mana step yang boleh dilunaskan.

Harta Sepencarian

Berkaitan harta sepencarian.Saya percaya dikalangan yang muda sudah ramai yang tahu. Tapi agak kurang pada yang berusia.

Harta sepencarian ini adalah apa-apa harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan dan juga apa-apa harta yang diperoleh oleh salah satu pihak sebelum daripada perkahwinan tetapi dimajukan oleh pihak satu lagi dalam tempoh perkahwinan.

Kenapa perlu selesaikan dahulu harta sepencarian ini?

Sebab tak semua harta simati yang sudah berkahwin itu total haknya milik simati. Pasti ada harta-harta tertentu atau boleh jadi semua harta peninggalan simati itu ada hak pasangannya.

Bila sudah berkahwin, pasanganlah yang lebih mengetahui segala butir penting harta-harta dalam perkahwinan.

Ada harta yang nama bersama.
Ada harta satu nama tapi join loan.
Ada harta simati bayar bulan-bulan tapi duit deposit, duit renovasi rumah dan lain-lain adalah duit dari pasangannya.
Ada juga pasangan yang nama rumah nama bersama. Tapi pasangan dia yang bayar semua.

Jadi tidak adil kepada pasangan simati andai kata berlaku sahaja kematian, terus sahaja nak faraid.

Kita wajib untuk keluarkan dahulu bahagian pasangan simati. Berikan dahulu hak mereka.Selepas ditolak harta sepencarian, barulah boleh diteruskan kepada step seterusnya kerana baki harta tersebut bersih daripada bahagian pasangan simati.

Ambillah sekadar hak yang telah ditetapkan hukum dan undang-undang. Hidup akan berkat.

Syazmee Sapian
Ei ei ei
Neh neh neh
Keluarlah mencari rezeki
Keluarlah dengan muka yang maneh

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Mesti Baca:“Mak Pesan Bila Meninggal, Bahagikan Harta Pada Adik,” TIDAK SAH, Tetap Ikut Faraid


Baca Lagi Di Sini:“Sekiranya Si Mati, Hanya Meninggalkan Hutang Maka Hutang Tidak Wajib Difaraidkan” Amirul Akmal
Artikel Menarik:Wanita Terkejut Bekas Suami Tuntut Harta Sepencarian Rumah RM1.3 Juta Miliknya, Selepas 3 Tahun Bercerai!

Mingguan Wanita: Jadi sila ambil perhatian, apabila berlakunya kematian utamakan mengikut hirarki pusaka terlebih dahulu. Selesaikan harta sepencarian, hutang, wasiat hibah dan akhir sekali barulah faraid.

Sumber:Syazmee Sapian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab