Benarlah kata orang, jika kita sentiasa berbuat baik pada orang tua, perjalanan hidup sentiasa diberkati. Ibu bapalah orang yang paling berjasa untuk anak-anak dan tidak mungkin anak-anak mampu membalasnya.

Begitulah yang diceritakan kali ini. Nazim, seorang anak kampung yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang, mendapat pekerjaan yang hebat dan tinggal di bandar raya yang besar.

Balas Jasa

Bak kata orang, bila sudah berjaya dan dikelilingi oleh orang yang kaya raya tentu akan timbul rasa malu bila bertanyakan tentang orang tua. Kadang-kadang, ada anak yang sanggup mengatakan ibu bapanya sudah meninggal dunia, semata-mata tidak mahu kawan-kawan tahu tentang latar belakangnya.

Berbalik pada Nazim, walaupun sudah mempunyai kerjaya tetap dan kawan-kawan yang boleh dikatakan berpangkat tetapi Nazim tidak sedikit pun malu untuk menceritakan latar belakang dirinya yang berasal dari keluarga miskin.

IKLAN

Pernah satu masa, dia berkenalan dengan seorang gadis bernama Ayu. Dalam tempoh mengenal hati budi itu, Nazim tidak malu untuk memberitahu tentang keluarganya di kampung. Dia juga pernah membawa Ayu untuk berkenalan dengan orang tuanya dan hidup cara di kampung.

Malangnya, Ayu tidak dapat menerima semua itu. Selepas pertemuan dengan orang tua Nazim, Ayu terus berdiam diri dan tidak bertanya khabar. Mungkin tidak sanggup untuk hidup di kampung.

Bagi Nazim, ia langsung tidak membuatkan dia sedih kerana apa yang dia fikirkan adalah kebahagiaan untuk orang tuanya.

IKLAN

Boleh dikatakan Nazim seorang anak yang sangat baik, sentiasa bertanya khabar tentang orang tuanya, setiap bulan pasti akan dihantarnya duit perbelanjaan untuk mereka di kampung.

Umur Tidak Panjang

Benarlah kata orang, anak yang baik Allah akan jaga supaya dia tidak bergelumang dengan dosa. Usia Nazim tidak panjang. Pada usia 30 tahun, dia memiliki segalanya dan kehidupan yang dia ada itu didambakan untuk orang tuanya.

IKLAN

Suatu hari, semasa pulang ke rumah selepas habis kerja, dia dilanggar oleh sebuah lori. Akibatnya dia meninggal di tempat kejadian. Orang yang paling bersedih adalah orang tuanya. Masakan tidak, dialah menjadi harapan dan banyak membantu keluarga di kampung.

Jenazahnya di bawa ke kampung untuk disemadikan di situ. Dalam menguruskan jasad Nazim, segalanya berjalan dengan lancar dan mudah. Lebih mengharukan apabila mayatnya kelihatan tersenyum dan bercahaya. Sungguh dicemburui oleh tetamu yang datang.

Permulaan yang baik dan pengakhiran yang baik. Itulah yang boleh dikatakan apabila berbuat baik pada orang tua. Malah, orang tua Nazim tidak menafikan bahawa sepanjang hidup Nazim, dia seorang anak yang cukup baik, tidak pernah sekali meninggikan suara mahu pun mengeluh dengan apa yang ada. Wallahu A’lam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI