Ketika ini ramai yang diuji dengan kehilangan pekerjaan, dibuang kerja serta hilang sumber pendapatan. Memang rungsing memikirkannya apatah lagi jika hanya seorang diri yang bekerja untuk menyara keluarga.Namun demikian,apa jua keadaan hidup kita ketika susah atau pun senang,jangan sesekali kita lupakan Allah. Carilah Allah setiap masa, disamping terus berusaha serahkan segala pergantungan hanya padaNya melebihi segalanya. Percayalah urusan hidup akan jadi mudah bila hati kita dekat dengan Allah.
“I’m sorry to say this, but this might be your last working month…”
Macam mana bila bos panggil, pastu cakap benda ni kat kita? Apa yang kita rasa?
Saya alami perkara ni pada penghujung 2017. Dalam bulan November macam tu, dah ada rumours yang kilang bakal bagi VSS.VSS ni ialah Voluntary Separation Scheme yang bermaksud skim pemisahan sukarela. Majikan ada tawarkan pampasan, dan kita akan diberhentikan keje secara persetujuan bersama.
Baru 9 bulan je masuk kilang tu.Tiba-tiba dah dengar orang kata kilang nak buang orang. Rasa macam mana? Takut, risau, serabut dan macam-macam lagi dah. Yer la, kita sorang ja yang bekerja,isteri tak kerje, takde pendapatan. Anak-anak masih lagi kecik, macam-macam bermain dalam fikiran.
Macam mana nak survive lepas ni. Nak kerja apa, nak kerja dekat mana, macam mana nak cari duit untuk sara keluarga, bagi keluarga makan.
Masuk ja bulan December, dah bukan rumours lagi dah, dah jadi official. Kilang dah buat official statement yang majoriti pekerja, up to 90% bakal diberhentikan keje. Berapa pampasan dapat, bila akan dapat, bila tarikh akhir kerja, semua tu akan disampaikan manager masing-masing.
Saya masuk jumpa manager, saya tanya, “Sir, be honest with me, is my name in the layoff list? I have wife and kids to feed and i need to know about this asap so that I can plan my next move…”
Dia tengok saya dengan rasa serba salah sebab dia yang interview saya, hired saya, yakinkan saya untuk join kilang tu and after 9 month, dia “buang” saya.Dia kata, “I’m sorry Firdaus, I’m really sorry”.
Saya keluar dari bilik dia, 1st step yang saya buat ialah, saya update resume. Saya masuk Jobstreet, saya masuk LinkedIn. Edit profile, upload resume, saya start apply kerja-kerja yang ada, yang bersesuaian.Dah tak fikir dah bab jawatan apa, just apply ja apa ja jawatan yang ada.
Saya apply sampai dapat notification, “You have exceeded the maximum number of allowed application”
Balik rumah, saya bagitau dekat isteri, “Doa abang dapat kerja lain..”
Dia hairan, dia tanya kenapa. Saya kata kena VSS, ada sebulan ja nak kerja ni. Dia jadi risau terus, pastu dia kata, duit simpanan dia cukup la untuk 2,3 bulan nak survive.
Cut it short, dalam sebulan tu, saya memang betul-betul meminta dekat Allah, saya memang betul-betul berusaha, saya memang betul-betul berserah dan bertawakal.
Masuk ja January 2018, HR tunjuk nilai pampasan dan tarikh akhir keje. Dapat 3 bulan gaji dan hari tu jugak adalah hari terakhir bekerja. Keluar dari bilik HR, bagi uniform, bagi kunci loker, angkat barang-barang masuk kereta. Balik dengan kepala melayang, “hang”.
Seminggu duduk rumah, dah macam-macam panggilan dapat. Allah Maha Pemurah, Allah Maha Penyayang, Allah takkan menguji lebih dari kemampuan. Dipanggil interview pagi, ditawarkan pekerjaan di sebelah petang. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.
Kalau anda ditempat dan situasi yang sama, maka nasihat saya, cari Allah dan jangan sesekali tinggalkan Allah. Urusan hidup akan jadi mudah bila hati kita dekat dengan Allah s.w.t.
Baca Lagi Di Sini:
Suami Isteri Berhenti Kerja Serentak, Tapi Akhirnya Pasangan Ini Berjaya Ada Syarikat Sendiri
Ujian Bertimpa, Makin Berusaha Makin Susah, Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca
Sujud terakhir amalkan baca surah At-Taubah ayat 128-129, rezeki masuk tak putus
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, apabila dibuang kerja dan hilang sumber pendapatan anggaplah ia satu ujian hidup.Jangan jadikan ujian ini membuatkan kita semakin ‘menjauh’ denganNya. Yang penting jangan berputus asa dan dekatkanlah hati kita dengan Allah.Percayalah segala urusan kita akan dipermudahkan. Insya Allah.
Sumber: Firdaus Shakirin