‘Urus Keluarga Hingga Jatuh Sakit’ Sesekali Isteri Tariklah Hand Brake Layani Diri Sendiri

Share

Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab urus keluarga, wahai isteri sesekali cubalah untuk melayani diri sendiri. Minta lah ‘me time’ itu daripada suami.

Ikutlah apa bentuk pun ‘me time’, janji ianya selesa dan memberi ketenangan kepada diri isteri itu sendiri.

Sedih membaca perkongsian kisah seorang isteri ini. Terlalu sibuk menguruskan keluarga waima menjaga mentua, sehingga akhirnya isteri jatuh sakit. Dan selepas pemergian isteri, bagaikan tiada apa-apa.. suami mampu pula menggajikan orang lain untuk menguruskan keluarga.

Melaksanakan apa yang pernah isterinya lakukan dahulu. Lalu apa yang isteri itu dapat? Hadamkan perkongsian Suzy Sharif yang begitu menginsafkan ini.

Isteri Terlalu Sibuk Urus Keluarga Hingga Jatuh Sakit

Hal ini serius tapi saya nak sampaikan sehabis ringkas untuk bacaan semua kawan-kawan Facebook saya.

Pagi tadi adalah sahabat saya share satu perkongsian ni kat group Whatsapp kami.
Gigihlah saya baca dari awal sehingga akhir.

Dan akhirnya saya setuju dengan si penulis.

Kisah dia pasal seorang isteri yang terlalu sibuk menguruskan hal ehwal keluarga sehinggalah dia jatuh sakit dan kemudiannya menemui ajal.

Setelah dua bulan pemergian wanita tersebut, penulis ni sahabat si isteri pun bertanya khabarlah dengan sang suami tu.

So dia expect si suami ini masih berdukacita dan asyiklah terkenangkan budi baik si isteri dan susahnya hidup dia tanpa isteri di sisi.

Ya lah semasa hayat sahabatnya tu, tak habis-habislah dia memikirkan tentang hal rumah tangga, pelajaran anak-anaklah, menjaga mentua yang sudah tua dan kurang sihatlah, melayan saudara maralah.

Pokok pangkalnya semua dialah.

Amat Diperlukan Keluarga, Tapi Tidak Pernah Dihargai

Seringlah dia mengadu dan merasakan yang keluarga dia sangat memerlukan dia.
Tapi sayang dia tidak pernah dapat sebarang pernyataan terima kasih atau penghargaan atas apa yang dia buat selama ini untuk keluarga.

Haaa jangan cakap pasal ikhlas ya.
Come on kita manusia sesekali perlu jugak sentuhan dan kata-kata yang indah sebagai pembakar semangat untuk terus hidup.

Plot twist.

Rupa-rupanya suami sahabatnya itu sedang menikmati hidup dia.
Dia dah upah maid untuk uruskan rumah tangga dan anak-anak dia.
Dan sempat jugak hire seorang caretaker untuk jaga parents dia yang dah tua.

Jadi apa makna kesetiaan yang tak berbelah bahagi daripada isteri dia dulu?
Pandai pulak dia cari jalan keluar untuk membantu diri sendiri.

Baca sini : Pentingnya Me Time-We Time Untuk Suami Isteri, Sebulan Sekalipun Dah Cukup

Sesekali Isteri Tariklah Hand Brake

Dan apa je yang sahabat dia yang dah mati tu ketinggalan?

Ketinggalan untuk berjumpa kawan-kawan lama kerana menguruskan mentua yang tua dan sakit.

Dan ketinggalan untuk bertemu dengan siblings sendiri di majlis keluarga kerana perlu menunggu orang datang repair kerosakan rumah.

Ketinggalan untuk bersendiri dan buat apa yang dia suka kerana perlu membantu anak-anaknya belajar untuk exam.

Ketinggalan untuk membelai diri sendiri kerana perlu memasak macam-macam di dapur untuk kepuasan tekak orang lain.

Jadi kesimpulannya.

Tak ada maknanya di dunia ini yang kita ini diperlukan sangat-sangat oleh orang lain.
Jika dirindui sekalipun, sifatnya sementara sahaja.

Yang hidup pasti akan cari jalan bagaimana hendak meneruskan hidup.

Jadi pastikan diri kita ini yang pertama untuk difahami dan disayangi.
Jangan ajar orang lain yang perasaan kita harus ada di tempat kedua.

Saya tak cakap yang kita orang perempuan kena abaikan semua tanggung jawab.

Cuma, sesekali dalam hidup kita kena tarik hand brake dan berhenti sebentar untuk melayan diri sendiri.

Find your own me time.

Buat apa yang kita suka dan ingat stop ambil pusing dengan kata-kata manusia sekeliling kalau kita nak hidup tenang.

Selagi apa yang kita buat tidak melanggar hukum agama dan nampak canggung di sisi dunia, kita buat je.

Okey kawan-kawan?

Live your life to the fullest!

#findyourinnerpeace

Mingguan Wanita : Dalam melaksanakan tanggungjawab urus keluarga itu, sesekali usahakanlah untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan diri sendiri wahai isteri.

Sumber/Foto : Suzy Sharif

Published by
Netty Ah Hiyer