Berita yang dinantikan oleh semua mak, ayah adalah tarikh sebenar peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini. Keputusan KPM membatalkan UPSR dan PT3 adalah satu langkah yang dipuji berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setakat ini menurut Kementerian Pendidikan, satu kaedah yang baharu akan diperkenalkan untuk menentukan kemasukan pelajar ke sekolah khusus. Kaedah baharu ini dikatakan tidak bersandar kepada keputusan peperiksaan semata-mata.
Peperiksaan Dibatalkan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid, sama juga PT3.
“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata,” katanya pada sidang media, hari ini.
Beliau berkata, satu kaedah baharu untuk PT3 akan diperkenalkan.
“Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya.
Sumber: Berita Harian
INFO:
Rumusan ringkas sidang media bersama YBM KPM :
✅KPM akan umumkan pembukaan sesi persekolahan dua minggu lebih awal.
✅Spm dan sijil vokasional ditunda ke suku pertama tahun hadapan.
✅Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 STPM diubah kepada Ogos 2020 dan suku pertama 2021.
✅Tarikh masuk IPT bagi program diploma dan matrikulasi adalah pada Julai 2021 dan program ijazah pada September 2021.
✅UPSR dan PT3 dibatalkan
✅Pembatalan UPSR dan PT3 tidak jejaskan penilaian murid. Penilaian kaedah baru akan dibuat.
✅KPM akan pastikan akses murid kepada PDPc diutamakan.
✅Pembelajaran dirumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran.
✅Perubahan tertakluk kepada hasil perbincangan (mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid).
✅Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan.
✅Penjarakan sosial tetap akan dilaksanakan di sekolah.
MW: Pengumuman ini membuatkan mak, ayah berasa lega kerana sesi persekolahan yang terganggu akibat arahan PKP. Harapnya selepas ini tarikh peperiksaan yang telah dirancang dapat berjalan lancar.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI