Untungnya Lisa Surihani, Yusry sentiasa disisi beri inspirasi. Berkahwin dan hidup bahagia selamanya merupakan satu harapan setiap pasangan sewaktu terlafaznya akad ikatan yang suci sebagai suami isteri.
Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang sarat dengan ketenangan, ketenteraman, kasih sayang dan persahabatan.
Begitulah beruntungnya empunya diri selebriti jelita, Datin Lisa Surihani kerana suami tercinta Datuk Yusry Abdul Halim sentiasa disisi menjadi penyokong utama dalam setiap langkahnya. Sama ada dalam bidang seni mahupun apa jua bidang yang mahu diceburi.
Sentiasa yakin dengan aturan Allah SWT, ibu kepada tiga cahaya mata ini baru-baru ini telah mengambil keputusan untuk terjun ke dunia perniagaan.
Lisa kini muncul dengan produk penjagaan rambut di bawah jenamanya sendiri yang diberi nama Suri.
Sementara itu bercakap mengenai penglibatan suaminya, Lisa tidak menolak banyak keputusan yang dibuat juga berdasarkan pandangan Yusry.
“Bila saya beritahu niat untuk memulakan perniagaan, suami menjadi penyokong pertama.
“Malah bukan soal perniagaan sahaja, Yusry memang akan memberi saya semangat dalam apa juga yang saya lakukan sejak awal perkahwinan lagi.
“Bercakap mengenai Suri, memang dia suka akan bau produk ini selain turut bertanya sama ada dia juga boleh guna.
“Sebagai seorang pengarah, tambahan idea khususnya dalam sudut yang lebih kreatif dia akan kongsikan bersama.
“Jujurnya perjalanan saya sebagai seorang usahawan ini cukup indah sebab sokongan tidak berbelah bahagi daripada suami,” katanya mulai bicara.
Memilih nama Suri sebagai pengenalan buat perniagaannya, jelas Lisa selain lebih dekat dengan namanya, dia juga yakin Suri mudah diingati.
Akur agak lambat berbanding rakan-rakan yang lain menceburi bidang perniagaan Lisa punya alasan tersendiri.
“Saya tidak rasa lambat untuk baru belajar selok belok dunia perniagaan, sebab saya yakin ini masa yang sesuai.
“Selain sokongan keluarga, bantuan yang diberikan Nori Malaysia juga membuatkan saya lebih berani membuat keputusan.
“Melalui perbincangan dan pertukaran pandangan kita tahu banyak yang perlu saya mahir, walaupun sekecil-kecil perkara tetapi pertimbangan yang baik perlu dalam memastikan keputusan yang dibuat itu tepat.
“Selain itu saya sentiasa mengambil maklum balas pengguna dalam memastikan produk Suri menepati keperluan mereka, Insya-Allah Suri juga akan mempunyai produk berbeza pada masa hadapan,” ungkapnya.
Berkongsi kisah dirinya, wanita berhijab yang mempunyai masalah keguguran rambut terutama selepas bersalin anak ketiga.
“Produk ini bukan sahaja sesuai untuk semua golongan malah lebih penting bagaimana Suri juga memberi fokus untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat. Sebagai salah seorang yang turut mengalami masalah rambut gugur, saya bertemu dengan seorang pakar rambut C Michael of London.
“Perbincangan dengan beliau membawa kepada kewujudan Suri. Lebih penting saya mahu produk ini juga menepati keperluan pengguna.
“Ternyata pengalaman menjadi model iklan sejak berumur 11 tahun tidak memberi banyak kelebihan.
“Membawa jenama sendiri memerlukan lebih banyak proses, bermula dari pemilihan bahan dalam produk malah bungkusan juga memerlukan keputusan sendiri.
“Jadi melalui Suri merupakan langkah awal saya dalam bidang perniagaan sebenarnya,” luahnya yang akui tidak mahu mencari keuntungan dalam perniagaan, prinsip Lisa untuk memastikan setiap produknya memberi manfaat buat pengguna.
Menarik Lagi : Rezeki Lisa Surihani Kali Pertama Tunai Umrah & Raikan Aidilfitri Di Tanah Suci
Mengakui suami dan anak sebagai keutamaan, jawab Lisa walaupun sibuk dengan tugas sebagai isteri dan ibu ketika ini namun dia tidak pernah melupakan status sebagai anak seni.
“Cinta saya terhadap bidang ini tidak pernah bernoktah.
“Bagi saya, seorang anak seni akan terus bergelar anak seni selamanya.
“Melihat keadaan semasa terutamanya selepas negara makin pulih dalam tempoh pandemik saya juga turut menerima tawaran.
“Buat masa ini lakonan memang ada cumanya kalau ikutkan saya lebih suka dunia pengacaraan.
“Saya yakin dengan rezeki Allah dalam bidang ini dan akan terus berada di sini selagi diperlukan,” jelasnya.
Mingguan Wanita : Suka dengan penampilan Lisa Surihani dari awal kemunculan dalam bidang seni. Wanita yang cantik, cerdik dan serba serbi sempurna. Aura wanita yang lengkap ada pada diri selebri ini.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura