Untungnya Lahai Tuan Rumah Dapat Penyewa Macam Ni..

Kalaulah setiap penyewa rumah tu berjiwa besar macam Puan Khairunnisa Hamzah dan suami, alangkah beruntungnya pemilik kediaman. Tau sebab apa? Bila mana beliau dan keluarga mengambil keputusan menyewa sebuah rumah ‘tinggal’ dan akhirnya mengubah rumah sewanya itu menjadi rumahku syurgaku.

Rumah sewa yang siap diubah suai oleh pasangan suami isteri ini cantik sungguh hasilnya. Bak kediaman resort yang ringkas dan menenangkan mata yang memandang. Waktu mula-mula nak masuk rumah sewa ini, Khairunnisa sedikit sedih.

Macam mana saya nak tinggal di sini dengan rumah sebegini?” Tanya saya sedikit sedih dan minta belas kasihan. Ini kerana ketika itu saya sudah sarat 8 bulan mengandung. Setiap kali mengandung saya pasti muntah-muntah sehingga anak lahir.

Memang beginilah keadaan rumah. Kami tak pernah buat apa-apa dari kami beli lagi. Jika tidak mahu, tiada masalah sebab ada saja orang yang mencari nanti. Sini memang orang cari rumah untuk disewa.”

Jawapan jujur tuan rumah buatkan pasangan suami isteri ini tekad membuat keputusan.

Nampaknya kami tiada pilihan. Masa itu ini saja rumah yang kami jumpa. Kerana di Melaka tidak seperti di kuala lumpur. Tiada langsung papan tanda memaklumkan rumah untuk di sewa. Hanya bergantung pada makluman jiran-jiran di kawasan tersebut sahaja. Tiada iklan di luar rumah.

 

Ini Cerita Sebenar Tentang Rumah Sewa ‘Tinggal’

Rumah ini tidak pernah didiami oleh tuan rumah. Sudah banyak tahun ia silih berganti bertukar penyewa. Penyewa terakhir meninggalkan rumah dengan kosong tapi tidak membersihkan sebaiknya. Lalang pula sudah tinggi sampai kepala saya yang tinggi ngam-ngam 150cm ini.

IKLAN

Untuk orang yang alahan seperti saya, sangat meloyakan. Bertambah pening dengan keadaan rumah yang tiada kabinet dapur. Hanya ada sebuah sink asas yang diberikan oleh kontraktor dahulu.

Namun, mujur tuan rumah tidak berkira. Selepas berbincang, tuan rumah setuju untuk kami modalkan deposit 2 bulan menjadi modal bikin rumah bagi nampak selesa seperti cat dinding, kerja-kerja pembersihan, betulkan kecacatan, tukar lockset, betulkan pagar dan sebagainya.

 

Baiknya Hati Tuan Rumah

Dan bulan demi bulan, tuan rumah masih berkompromi membenarkan kami bikin kan dapur di ruang tambahan sebelah rumah.

IKLAN

Kata tuan rumah “Buat lah apa nak buat

Syukur kami dapat tuan rumah yang agak tegas tapi jauh di sudut hatinya, ada rasa belas kasihan.

Terima kasih pada tuan rumah kerana bagi kami menumpang setahun. Sebelum berangkat keluar, unifi juga sudah kami tarik kabel optiknya dari jalan masuk rumah. Kemudian kami hiaskan dinding dan perkakas rumah dengan barang yang elok.

Sudah prinsip kami setiap rumah ada bahasa dan jiwanya sendiri, kami tidak rasa mahu mengangkat atau mencabut segala barang apabila keluar dari rumah ini. Jika benar apa yang kami rasa, pasti orang lain turut merasa. Lalu kami menjemput tuan rumah untuk rasa suasana dalam rumah ini.

IKLAN

Lalu tuan rumah setuju untuk kekalkan semua di situ. “Saya bayar 3 kali lah ya. Jangan angkat barang-barang ni. Saya dah bincang dengan keluarga nak berpindah ke sini

Alhamdulillah. Syukur.

 

Moga Kisah Ini Jadi Motivasi

Sudah 9 kali kami berpindah. Seronok dapat selesakan rumah menjadi kediaman.

Saya sertakan gambar sebelum dan selepas buat motivasi mereka yang sedang menyewa rumah orang lain. Usah bataskan kehidupan. Semua orang berhak hidup dengan sebaik nya walau di rumah sewa.

Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah , khairunnisahamzahara.blogspot.my

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI