Untungnya Jadi Isteri Rizman, Setiap Hari Gayakan Busana Indah Rekaan Suami Tercinta

Share

Pada tanggal 1 September lalu isteri kepada pereka fesyen terkenal Rizman, Nurida Suraya telah selamat melahirkan puteri sulung yang diberi nama Rizqaa Rizman. Untungnya wanita ini menjadi isteri kepada Rizman kerana sepanjang proses berpantang dia ditemani suami tercinta.

“Disebabkan situasi Pandemik Covid-19 saya memilih menjalani tempoh berpantang di rumah sendiri bertemankan suami, pembantu rumah dan seorang juruterapi perbidanan. Selama 44 hari daripada sesi urutan, mandian hingga memasak lauk berpantang semuanya dikendalikan juruterapi perbidanan,” jelas Nurida membuka bicara.

Berkongsi kisah kehidupannya wanita bertuah ini seperti mana dipetik menerusi SinarPlus, menjelaskan suaminya merupakan seorang yang ringan tulang membantu menguruskan anak dan memberikan sokongan sepanjang Nurida menjalani sesi berpantang.

Untungnya Jadi Isteri Pereka Fesyen Terkenal, Gaya & Penampilan Ditetapkan Suami

Rizman bersama puteri sulungnya yang kini berusia 3 bulan.

Selepas bergelar isteri kepada pereka fesyen terkenal, wanita jelita ini menerima banyak kelebihan terutamanya dari segi fesyen dan tata rias.

“Sejujurnya, saya seorang yang ringkas berfesyen dan kurang gemar bersolek, namun hari ini situasi berbeza. Percaya atau tidak, selepas berkahwin pemilihan pakaian, aksesori, tas tangan, gaya rambut dan konsep solekan semuanya ditetapkan oleh Rizman.

“Pendek kata dari hujung rambut hingga hujung kaki adalah pilihan suami. Tugas saya hanya menyarungkan sahaja. Mudah bukan?

“Saya sedikitpun tidak rasa terbeban dan terkongkong, malah gembira. Sebelum ini suami dan rakan bisnesnya, Ruzaini sering bereksperimentasi menghasilkan busana indah buat para wanita di luar sana, tetapi kini saya menikmati peluang itu saban hari,“ ujarnya.

Sarung Koleksi Busana Karya Suami Tercinta

Penampilan wanita ini dari hujung rambut hingga hujung kaki termasuk aksesori dan sepatu disediakan suami tercinta, Rizman.

Dia juga tidak pernah canggung menyarungkan koleksi busana karya suami tercinta. Bahkan, sentiasa teruja dengan rekaan Rizman Ruzaini yang mengikut trend fesyen semasa.

Baca Juga Disini:

Ruzaini Jamil Sempat Jahit Bantal Akhir, Doakan Mak Mentua Tenang Di Alam Sana

Sejuk Perut Ibu Mengandung, Pakaian Harian Cik Ani Pun Chef Wan Guna Khidmat Pereka Fesyen

Untungnya Jadi Isteri Rizman, Setiap Hari Gayakan Busana Indah Rekaan Suami Tercinta

Beruntungnya Si Kecil Rizqaa

Betapa beruntungnya si kecil Rizman, Puterinya berpeluang menggayakan persalinan label, Rizman Ruzaini.

Koleksi foto yang paling mendapat perhatian ramai apabila Rizqaa dirias memakai gaun persis puteri Disney hasil kreativiti Rizman Ruzaini.

“Benar, boleh dikatakan kebanyakan gaun Rizqaa direka khas oleh Rizman kecuali baju tidur.

“Kadangkala, suami yang akan menyiapkan anak sebelum kami keluar bersama, ulasnya yang bersyukur memiliki suami gigih bekerja dan cahaya mata yang mudah diuruskan,” kongsi Nurida.

Sumber: SinarPlus
Sumber Foto: Instagram Nurida Suraya & Rizman Ruzaini

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh