Sempena musim cuti sekolah ni, banyak belanja dicatu untuk persiapan anak-anak tahun depan. Tapi tak seronok pula kalau tak bawa mereka berjalan ke mana-mana, walaupun mak ayah sebenarnya risau duit minyak mengalir laju macam air.
Tapi semalam termenung kejap bila dengar cerita si Ema (nama samaran), dia mampu jimat banyak untuk belanja minyak kereta selepas gunakan cashback yang dapatkan dari ShopBack.
Isi Minyak, Dapat Duit
Lagi pun, katanya bukan saja boleh tukar cashback tu kepada Petron Miles untuk isi minyak, sekarang ganjaran semata PMiles pun boleh tukar kepada cashback, jadi duit dalam bank akaun. Uisy, shiok sangat tu!
Ema kata syaratnya kena register di ShopBack dulu lah. Selepas itu senang nak tukar cashback kepada mata PMiles, atau tukar mata PMiles kepada cashback yang boleh dipindahkan ke bank akaun.
Ads
ShopBack ini benda bukan baru, mula diperkenalkan pada tahun 2014 dan sudah ramai yang berpuas hati sebab kita dapat jimat banyak. Servis ni tolong ramai yang membeli-belah secara online dapat cashback, dan sebanyak RM25 juta sudah dijimatkan oleh pengguna tempatan.
Macam Mana Nak Buat?
Cara untuk dapat cashback senang jer. Cuma buka ShopBack App sebelum membeli apa-apa dalam talian, lepas tu klik mana-mana laman-laman web seperti Lazada, ZALORA, Shopee, Malaysia Airlines, 11street, Booking.com, Expedia, Foodpanda dan banyak lagi. Setiap rakan-rakan edagang ShopBack akan memberi pulangan tunai yang sehingga 30 peratus selain daripada diskaun yang dibagikan oleh e-dagang.
Perrghh… untung sangat ni! Kumpul sikit-sikit, lama-lama banyak lah yang kita boleh dapat.
Ads
Cerita Ema, tak susah pun dia nak tebus mata PMiles. Untuk setiap RM10 cashback, pengguna boleh menukarnya kepada 600 mata PMiles. Hanya perlu log masuk ke laman ShopBack melalui web, aplikasi atau web mudah alih, pilih pengeluaran – penebusan mata dan kemudian isi maklumat yang diperlukan. Patutlah Ema boleh berjalan sakan musim cuti sekolah ini!
Ads
Yelah sebelum ini, selepas dapat cashback daripada pembelian online, kita cuma boleh pilih sama ada nak pindahkan tunai ke akaun bank atau jelaskan bil telefon Maxis.
Kelebihan Ahli PMiles
Bagi ahli PMiles, setiap 1000 mata PMiles pun boleh ditukarkan kepada RM10 Cashback dan akan dikreditkan ke dalam akaun ShopBack. Ahli PMiles boleh tebus mata di 620 stesen Petron perkhidmatan di negara ini atau muat turun borang dari Laman Web PMiles.
Kalau macam ini lah gayanya, esok-esok nanti nak ikut cara Ema juga lah. Tak payah keluar duit minyak banyak sangat. Lepas itu, nak daftar ke ShopBack pun PERCUMA je. Memang tak peliklah sampai 1 juta rakyat Malaysia pun menggunakan ShopBack sekarang ni. Maknanya berbaloi sangat kalau kita tiru cara Ema ni.
Haaaa… apa lagi, kalau anda pun jenis berkira sangat nak keluar duit minyak tetapi nak berjalan sakan, bolehlah daftar (klik sini) https://app.shopback.com/karangkraf, siap dapat RM10 cashback percuma tau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap tempat mahupun budaya mempunyai adat dan budaya yang perlu dipatuhi dalam menentukan calon yang sesuai sebelum mendirikan rumahtangga.Tak sangka, bermain alat muzik dianggap mempunyai status yang rendah dan reputasi yang teruk di sesetangah tempat di Arab Saudi sehingga dihalang hak untuk berkahwin.
Inilah yang dirasai seorang wanita Arab Saudi apabila mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan berkahwin selepas hakim menetapkan lelaki yang mahu mengahwininya tidak memenuhi ciri-ciri mengikut agama kerana bermain alat muzik, lapor akhbar, hari ini.
Di negara itu, sudah menjadi syarat bahawa wanita perlukan kebenaran daripada penjaga mereka sama ada bapa, suami atau saudara lelaki lain untuk melancong, berkahwin dan lain-lain.
Status Lebih Rendah
Di sesetengah tempat di Arab Saudi, seorang lelaki yang bermain alat muzik dianggap mempunyai status lebih rendah dan dianggap teruk reputasinya.
Dua tahun lalu, lelaki terbabit yang juga seorang guru memohon kebenaran berkahwin dengan wanita itu, seorang pengurus bank berusia 38 tahun di wilayah Qassim, utara ibu negara Riyadh, lapor Okaz.
Tetapi, keluarga wanita itu membantah atas alasan tidak mempunyai persamaan dari segi agama dengannya kerana dia bermain ‘oud’, alat muzik seperti biola yang popular di dunia Arab.
Tak Sesuai Dari Sudut Agama
Wanita itu yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka kemudian mengemukakan kes di mahkamah.Hakim mahkamah rendah memihak kepada pendirian keluarga wanita itu dan tidak meluluskan permohonannya.
“Oleh kerana pihak lelaki bermain alat muzik, dia tidak sesuai dengan wanita itu dari sudut agama,” kata hakim yang dipetik Okaz.
Hakim mahkamah rayuan mengesahkan keputusan itu, menjadikannya pendirian muktamad, kata akhbar itu lagi.
Wanita itu, bagaimanapun, enggan berputus asa dan memberitahu bahawa dia akan memohon campur tangan pihak berkuasa tertinggi negara iaitu mahkamah diraja. – AFP
Ingat tak masa anak kecil, mak ayah boleh tengok dan suka lihat gelagat anak-anak. Kadang-kadang apa yang anak buat masa kecil dibiarkan sahaja. Kononnya, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Sedangkan masa anak kecil inilah mak ayah kena main peranan dan tunjuk contoh yang baik supaya kelakuan anak-anak tidak terbawa-bawa bila dewasa nanti.
Perkongsian daripada Fariza Nurbaya ini ada benarnya. Anak umpama kain putih dan mak ayahlah yang kena mencoraknya, sama ada kain itu cantik, contang canting dan sebagainya.
1. Kenapa seorang anak boleh memukul ibunya? Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
2. Kenapa anak remaja sekarang begitu gemar mencarut dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dan sebagainya? Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya. Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!
3. Kenapa anak-anak remaja berani keluar pada waktu malam? Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam. Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.
1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain hp. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.
4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.
5. Tiada hp adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki hp apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan hp dengan baik.
6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
7. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.
8. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
MW: Amat bagus untuk dijadikan panduan mak ayah. Moga bermanfaat.
Sebaik selesai makan di kedai makan atau restoran, rajin-rajinkanlah untuk kemas pinggan mangkuk atas meja itu. Bukan suruh basuh sampai ke sinki kedai, cuma susun bagi kemas, mudah untuk pekerja membersihkan dan kemas meja makan kita itu kelak.
Dan amalan sebegini sudah menjadi rutin buat keluarga Rohayah Ropa. Katanya inilah yang selalu dilakukan apabila menikmati hidangan di mana-mana kedai makan atau restoran bersama keluarga.
Kongsinya,
“Ini bukan masak tak jadi. Sebaliknya, ini amalan yang selalu kami lakukan bila makan mana-mana kedai atau restoran. Kasihan pekerja penat bekerja,
Walaupun itu tanggungjawab mereka, tapi kita permudahkan kerja mereka.
Katanya lagi,
“Dalam rezeki kita, ada rezeki mereka. Dan dalam rezeki mereka, ada rezeki kita. Sebaik-baik SYUKUR adalah dari sekecil pemberian. Syukur Alhamdulillah.”
MW : Selain berkait soal rezeki, sebenarnya sikap kemas meja makan ini boleh dididik dari rumah lagi. Jika boleh dididik anak-anak agar berdisiplin dengan mengemas meja selepas makan, tentunya itu satu amalan yang bagus untuk diterapkan.
Jadi, terbiasa. Bila selesai saja makan di kedai, terus automatik tak suka nampak bersepah-sepah. Rasa nak susun dan kemas bagi teratur.
Mudah nanti pekerja nak ambil dan asingkan terus sisa makanan ke tong sampah.
Haa.. dekat IKEA pun diterapkan konsep sebegini. Asing siap-siap sisa makanan anda, kemas meja, letak pinggan mangkuk kotor di tempat yang disediakan.
Cara yang diperkenalkan ini tujuannya untuk meminimumkan harga makanan. Dengan itu, tak perlu dah nak bayar pekerja untuk kemas meja makan.
Kita sendiri dah buat semua itu. Mudahkan konsepnya.
Jadi, marilah terapkan amalan murni sebegini. Mudah saja, kemas, susun, asingkan siap sisa makanan kita sebaik selesai makan di kedai. Lagi-lagi kalau makan ramai-ramai tu.
Semoga selain amalan kita jaga kita, kita juga belajar untuk jaga kebersihan sama.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...