Wanita dengan emas memang tak dapat dipisahkan. Jenis orang yang suka kumpul mesti akan beli emas bila ada saja rekaan terbaru. Seronoknya bukan main lagi bila bercakap tentang emas.
Murah atau mahal semasa beli emas itu, ‘belakang kira’. Paling penting harga emas sentiasa ikut pasaran semasa. Sebab itu, mak-mak tak perlu risau, barang kemas yang dipakai itu lama atau baru pun.
Mungkin ada mak-mak yang tak berasa minat dengan barang kemas. Langsung tidak beli dan lebih suka menyimpan. Mungkin itu cara masing-masing dalam menabung.
Dalam perkongsian Wan Rosni, ada duit lebihan, menabung dan bila dah cukup beli emas. Tak minat untuk pakai boleh simpan. Malah, kalau pakai sekalipun, bila jual, harga tetap ikut semasa. Tak rugi pun.
Kenapa Mama suka sangat kalau anak-anak downline Mama gunakan duit komisyen untuk beli emas?
Ads
Ok ini sebabnya :
Cuba imagine sebagai contoh, kalau kita mampu buat simpanan tunai RM500 sebulan.
RM500 X 12 bulan = RM6000 kan?
Kalau 2 tahun dah ada RM12,000.
Katalah selepas 2 tahun kita gunakan duit simpanan tersebut untuk beli seutas gelang emas bernilai RM12,000 dengan harga RM165 segram masa tu. Jadi, kita dapat emas seberat 72 gram. Ni contoh ye.
Lepas tu kita teruskan menabung cash RM500 sebulan macam biasa. Selepas 2 tahun, kita ada semula cash RM12,000 dengan seutas gelang emas.
Rasa-rasa lepas 2 tahun gelang tu dah bernilai berapa RM? Adakah sama dengan nilai masa kita beli 2 tahun lepas? Sudah tentu tidak, bukan? Jom kita kira. Katalah lepas 2 tahun, emas dah naik macam harga sekarang, RM240 segram.
Dengan berat gelang yang kita beli tadi 72 gram x RM240 = RM17,280. Nampak tak berapa kali ganda nilai duit kita naik dalam masa 2 tahun dengan cara menyimpan emas? Berbanding dengan kita menyimpan tunai?
Ads
RM17,280 -12,000= RM5280/12,000 =44% peningkatan nilai dalam masa 2 tahun! Sapa nak bagi kan?
Beza Simpan Tunai
Kalau kita simpan cash, habis-habis dapatla dividen 7% @ 8% setahun. 2 tahun anggaran 15%. Itupun kalau duit kita tak usik. Tapi kalau emas, solid dan tiada susut nilai.
Buruk macamana pun rupa dia sebab kita pakai dengan lasak sekalipun, nilai dia tetap sama. Tetap ikut nilai emas semasa. Best kan?
Sebab tulah kalau Mama nak beli emas banyak mana pun, Papa tak pernah marah, malah galakkan lagi. Sebab dia tahu, sesak-sesak esok, emas tu akan berguna buat kami untuk rolling modal atau bayar hutang atau bayar deposit apa-apa aset yang kami nak beli.
Selalunya, kalau nak trade in emas lama dan beli emas baru, biasanya kedai emas akan ambik murah. Baik kita pergi jual pada buyer yang memang akan beli emas kita ikut harga semasa.
Ads
Mingguan Wanita : Betul sangat. Mak-mak pakai lasak macam mana sekali pun, kalau nak jual tetap ikut harga semasa. Untung sangat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mila Syukur Allah Tak Bolak-Balikkan Hati Untuk Kekal Berhijab
Menerusi perkongsian sebuah video di akaun rasmi Instagramnya, selebriti dan juga bergelar usahawan wanita berjaya, Mila Jirin mengulas tentang isu buka tudung kerana dia sendiri akui sebelum ini niatnya mengenakan hijab adalah “tak betul”.
Sebagai insan biasa, dirinya juga tidak lari dari sebarang ujian Allah. Walaupun sebagai orang Islam kita tahu menutup aurat itu wajib, namun ada saja halangan melintang.
Mila juga menerangkan dek kerana rambut rosak teruk dia terdetik untuk memakai tudung.
“Saya masih ingat ketika itu rambut saya rosak teruk disebabkan kerakusan diri saya sendiri nak gayakan macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, sekejap straight dan akhirnya padan muka rambut rosak.
“Namun saya bersyukur pada Allah ia menjadi asbab saya bertudung, dan Dia tak bolak-balikkan hati saya.
“Walaupun niat pada awalnya tak betul, alhamdulillah Allah sudah betulkan niat itu dan saya dapat bertudung, dapat tutup aurat sekarang,” kongsi Mila.
Sahabat Diuji Allah
Mila menyambung bila mengetahui ada sahabat yang diuji Allah dengan membuka hijab, sebagai rakan dirinya mendoakan yang terbaik agar Allah berikan hidayah buat sahabat tersebut.
“Jadi bila hari ini bila dapat tahu ada sahabat kita diuji Allah, mungkin Allah sedang bolak-balikkan hatinya.
“Jadi kita yang membaca dan tahu akan cerita ini sebaiknya kita doakan dia, agar Allah memberi dia hidayah dan membimbing dirinya ke arah kebaikan.
“Sebab kita semua tak sempurna, kita sendiri pun banyak dosa. Tapi itulah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur dan harapnya sudah dilaksanakan.
“Insyallah kita doakan yang baik-baik,” ungkap Mila.
“Semoga Allah Menjaga Hati & Pelihara Iman Kita Semua”
Ramai yang memuji dan mendoakan Mila terus istiqamah.
Mingguan Wanita : Semoga Allah tak bolak-balikkan hati kita untuk kekal berhijab.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Adakalanya kesilapan yang dilakukan oleh anak, mak ayah juga akan terpalit sama dihukum tanpa bicara. Dikatakan gagal dalam mendidik dan membesarkan anak.
Susulan kontroversi video tersebar yang melibatkan peserta dewi remaja baru-baru ini, Pihak Nu ideaktiv selaku penganjur Pertandingan Pencarian Dewi Remaja telah sebulat suara menarik semula gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 yang pernah dinobatkan kepada Haneesya Hanee, 18. Sekaligus membatalkan wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi yang telah dimenangi sebelum ini.
Manakala dua peserta Dewi Top 12 lain yang terlibat dalam video kontroversi ini, Ernisha,23 dan Faz,20 juga secara rasminya tidak layak dan tidak boleh menggunakan jenama Dewi Remaja. Keputusan tersebut diambil kerana mereka telah melanggar peraturan yang digariskan oleh Dewi Remaja.
Tiada Pemenang Juara Dewi Remaja 2018/2019
Selain itu, setelah penarikan gelaran juara tersebut, TIADA pemenang lain Juara Dewi Remaja 2018/2019 untuk edisi kali ini. Tia Sarah kekal menyandang tempat kedua, Sherin di tempat ketiga, diikuti Anna Jobling tempat keempat dan Rania tempat kelima.
“Walaupun menarik balik gelaran tersebut (Dewi Remaja 2018/2019) tetapi Tia Sarah masih kekal di tempat kedua, Sherin Amiri di tempat ketiga. Sementara Aween Ismail sebagai Dewi Inspirasi dan Arena Iman pula Dewi Favorite.”
Perkara ini diumumkan didalam sidang media oleh Editor Majalah Remaja, Faiz Aiman sebentar tadi. Sekaligus menjawab teka teki dan persoalan ramai pihak.
Mohon Jangan Salahkan Ibu
Sementara itu, Haneesya Hanee yang turut hadir dalam sidang media yang diadakan memohon maaf pada para penyokongnya serta meminta diberikan ruang untuk berubah menjadi lebih baik. Hanee turut meminta orang ramai agar berhenti dalam menyalahkan ibunya yang dikatakan tidak tahu menjaga dan mendidiknya. Menurut Hanee kesalahan dan perbuatan yang dilakukan adalah berpunca dari dirinya sendiri dan kalau boleh jangan menyalahkan dan menganggu ibunya.
“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.
“Hani minta orang henti salahkan ibu Hanee.Bukan salah ibu kerana tidak pandai menjaga saya. Ibu tiada kena mengena kerana ia adalah pilihan saya.Semuanya salah saya. Kalau boleh, berikan ruang padanya. Itu sahaja,” jelas Hanee
Harap Beri Peluang Kedua
Hanee juga mengakui sebagai manusia dirinya tidak lari dari membuat salah dan berharap diberikan peluang kedua untuk bangkit, memperbaiki diri dan meneruskan kehidupan.
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan. Apa yang penting mengakuinya, tidak mengulangi dan berubah ke arah yang lebih baik. Peringatan juga buat kita, jangan mudah menghukum dan membuka aib orang lain.
Untuk makluman, pencarian Dewi Remaja edisi terbaru ini bermula pada November lalu, membabitkan 12 peserta. Selama tujuh minggu, mereka diuji dengan pelbagai cabaran fizikal, catwalk, keusahawanan, pengacaraan vlog, lakonan dan kempen kesedaran.
EKSKLUSIF: Sidang Media Khas Dewi Remaja 2018/19#majalahremaja#remaja#dewiremaja#dewi1819
Tak dinafikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai yang bermurah hati memberi sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dengan tujuan golongan yang memerlukan dapat dibantu demi menampung keperluan dapur dan belanja harian mereka.
Memang terbaik dan wajar diberikan pujian atas usaha murni penduduk di Kampung Pogunon, Penampang, Sabah ini. Mereka bersikap prihatin berkongsi rezeki memberikan sayur-sayuran dan buahan-buahan secara percuma kepada individu atau keluarga setempat yang memerlukan.
Lebih-lebih lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila pergerakan orang ramai yang agak terbatas untuk mendapatkan sayur-sayuran mahupun buah-buahan.
Sumbangan Diletakkan Di Hadapan Kediaman Masing-Masing
Menerusi gambar yang dimuat naik oleh laman sosial Facebook ‘Bosku Urang Kita Sabah’ menunjukkan pemilik beberapa rumah di kampung itu menggantungkan sumbangan pada pagar atau diletakkan atas meja khas di hadapan kediaman masing-masing.
Semua barangan mentah terbabit turut disertakan nota yang memaklumkan keperluan asas tersebut adalah percuma dan setiap rumah hanya boleh mengambil satu plastik bagi setiap jenis barang.
MW: Usaha murni penduduk kampung ini berkongsi rezeki ini wajar dipuji.Semoga rezeki penduduk kampung ini berlipat ganda kerana membantu mereka yang memerlukan.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...