Uniknya Kek Jantung Pisang Tak Perlu Guna Oven, Goreng Dalam Kuali!

Share

Kek Jantung Pisang merupakan kek warisan asli dari Negeri Sarawak. Namun jangan salah faham, kek ini sama sekali tidak menggunakan jantung pisang.Tapi hanya rupanya yang berlapis seakan bentuk jantung pisang.

Uniknya dan cantiknya rupa kek ini, ia tidak dibakar didalam oven seperti kebanyakan kek biasa. Sebaliknya perlu digoreng, ditindan satu persatu dalam kuali bagi mendapatkan bentuk lapisan yang cantik. Untuk membuatnya agak renyah, tapi berbaloi dengan rasa dan hasilnya nanti.

Mak-mak boleh cuba resipi Kek Jantung Pisang yang dikongsikan oleh Puan Ummi Lynn ini sebagai rujukan.

Bahan-Bahan:

5 biji telur
3/4 cawan gula
1/2 cawan marjerin
1/2 cawan tepung kek bluekey
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu cair
sedikit esen vanila

Cara Membuat:

1.Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
2.Kemudian, masukkan telur putar sehingga betul-betul kembang.
3.Akhir sekali, masukkan semua bahan-bahan yang lain.
4.Putar sampai sebati.
5. Ambil satu senduk kecil, masukkan dalam kuali, ratakan nipis dan goreng sampai masak.
6. Angkat dan keluarkan, kemudian buat lapisan kedua. Apabila lapisan kedua hampir masak, lapiskan dengan lapisan pertama tadi.
7.Buat berulang-ulang langkah ini, sehingga habis bancuhan tepung.


8. Biarkan sejuk seketika, dan bolehlah dipotong.

Siap!

Kek ni tak menggunakan oven tau..goreng guna kuali kecik yang dalam, Barulah ia cantik berbentuk bujur jantung pisang.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Disini: Ini Caranya Mak-Mak Tetap Boleh Bakar Kek Atau Biskut Dengan Mudah Walaupun TANPA Guna Oven!

MW: Mak-mak yang tiada oven di rumah dan nak cuba kelainan buat kek jantung pisang warisan Sarawak ni, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan.

Sumber: Ummi Lynn

Published by
Suhaidah Abd Wahab