Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng akhirnya dedah cerita sebenar, kenapa dia seorang bukan muslim menyediakan van jenazah untuk orang Islam.
Segala yang berlaku bersebab, Uncle Kentang cukup sinonim dengan kerja-keja amal dan tak pernah penat membantu orang tanpa mengira warna kulit atau agama. Dan sesungguhnya setiap pertolongan yang dia sampaikan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Apakah cerita di sebalik mengapa Uncle Kentang meneydiakan van jenazah kepada orang Islam? Ikuti perkongsian Uncle Kentang atau Kuan Chee Heng ini:
Mengapa kita bantu mereka yang meninggal? Kerana masa itu kami semua tak mampu belikan ayah keranda….
Mengapa saya orang Cina tapi saya sediakan van jenazah? Kerana semasa ayah saya mati, kami tak mampu beli keranda.
Jam 3.00 pagi saya melihat wajah ayah kaku di atas bangku panjang…. bangku kayu. Ditutup oleh tikar mengkuang, kami tak mampu urus beliau.
Masa itu saya baru lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), nasib baik abang dapat pinjam wang daripada majikan dia, tauke Jaya Watch Seapark. Arwah Mr Fong pinjamkan RM 2500.
Tak Mahu Kisah Sedih, Sediakan Van Jenazah
Tak kiralah siapa susah… Mereka boleh pakai van jenazah, mengapa pula saya tak beli van mayat untuk bukan Islam?
Tak perlu kerana saya tak akan boros kerana banyak group Cina buat bisnes mayat dan India pun ramai buat van mayat…
Dari Mercedes, Velfire hinggalah ke van mewah… Siap nombor cantik 8888… 6868… 118.. 668….
Jadi kita leverage dekat mereka ini… Call Bee Chai, dia akan urus A ke Z. Call Rajoo dia akan bawa sami dan urus AtoZ dan murah….
The Non Muslim can leverage on the funeral parlours dan yang penting kita hanya jadi driver van jenazah…
Urusan mandi dan pegembumian kita serahkan kepada team kebajikan urus jenazah. Episod sedih ayah saya, tidak mahu diulangi lagilah….
Kita permudahkan semua mereka yang pulang sebelum kita. Lagi pun orang Cina dan India banyak amalan dalam upacara pengebumian. Kita serah balik pada mereka yang pakar agar mendiang dapat dikebumikan dengan sempurna mengikut adat masing masing…..
Rupa-rupanya apa yang berlaku ini adalah semata-mata Uncle Kentang tidak mahu apa yang berlaku pada keluarga suatu masa dahulu berulang.
Van Jenazah Uncle Kentang Sentiasa Membantu
Dalam entri yang lain, Uncle Kentang turut menawarkan bantuan bagi meraka yang memerlukan bantuannya:
Jangan menangis di bilik mayat, kami ada bersama mu… Kami tak akan lari lintang pukang, kami tampil ke hadapan…
Bila ayah aku mati 40 tahun lalu… Ramai lari lintang pukang kerana takut kami nak berhutang kerana kami memang miskin masa itu…
Maka itu saya bubuh (letak) nombor telefon saya di bilik mayat hospital. Tiada mampu urus ayah kamu… Call aku saja 01155052148/ 018 2683999.
Kita akan samun dan curi kalau terpaksa untuk urus ayah kamu kerana perasaan saya ketika itu tak boleh saya ceritakan di sini…
Mak lagilah seperti ayam kena potong kepala. Tak tahu apa nak buat, nak pinjam ah long…. Masa itu tak ada Ah Long…
Ramai Tak Hadir, Takut Minta Duit
Upacara pengebumian ayah, ramai absent.
Masa ayah saya nak dikebumikan ramai tak hadir sebabnya takut kami mintak duit…
Hari ini anak dia Ah Kuan akan tampil ke hadapan ketika kamu tiada duit… I fikir ayah aku akan tersenyum kerana anak dia faham akan situasi seperti itu…
Ramai yang lari, yang hilang entah ke mana dan hari ini kita tampil membantu kerana kita pernah laluinya…
MW: Semoga urusan Uncle Kentang dalam membantu orang ramai dipermudahkan. Jiwa yang luhur seperti Uncle Kentang mungkin 1 dalam sejuta.
Sumber: Uncle Kentang atau Kuan Chee Heng