Selalunya, bila membuat air teh, uncangnya akan terus di buang. Maklumlah sudah tidak boleh digunakan dan sudah hilang kepekatannya.
Walau bagaimanapun, ada juga yang tahu serbuk teh terpakai ini boleh digunakan untuk suburkan tanaman. Kalau dahulu, ada juga yang guna untuk lembutkan tangan dengan menggunakan hampas teh. Betul tak?
Sebenarnya, ada beberapa faedah lain yang boleh digunapakai dengan bahan ini. Mungkin ramai yang tidak tahu. Inilah yang dikongsikan oleh No Or tentang petua menggunakan bahan terpakai ini.
Lepas buat teh, jangan terus buang uncang. Ada tip kecantikan yang hanya menggunakan teh uncang saja. Senang sangat caranya.
1. Petua lembut dan haluskan tangan Keluarkan serbuk teh dari uncang. Lumurkan ke seluruh tangan dan tapak tangan. Gosok perlahan-lahan selama 3-5 minit.
2. Petua cerahkan kulit muka, hilangkan pori terbuka & hilangkan jerawat : Uncang yang sudah diguna itu, buka dan keluarkan serbuk teh tu. Lumurkan ke seluruh muka dan leher. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas bersih. Boleh buat setiap hari, sampai dapat result yang anda inginkan.
3. Petua hilangkan mata panda (lebam di bawah mata) : Untuk petua ni perlukan 2 uncang teh. Sejukkan di dalam peti sejuk seketika. Lekapkan pada kelopak mata. Tunggu sampai hilang sejuk uncang tu
Selamat mencuba.
Ads
Mingguan Wanita : Mungkin untuk petua kecantikan boleh guna cara ini. Untuk tanaman pula ada caranya tersendiri. Boleh cuba dan amalkan untuk kecantikan semulajadi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Air liur basi. Biasanya muda terjadi pada anak-anak bila tidur, kan. Kadang-kadang boleh juga terjadi pada orang dewasa, secara tak sengaja. Lepas itu, satu hal melekat pada bantal dan mulalah nampak kesan kuning.
Geli pun ada tapi itulah hakikatnya. Nak hilangkan bukanlah mudah, takut-takut tinggal kesan sepanjang masa, satu lagi, mulalah bakteria melekat. Jadinya, ada cara nak pastikan bantal kembali bersih dan segar.
Air Liur Basi Melakat Pada Bantal, Ini Cara Bersihnya!
Tak perlu nak buang bantal yang ada kesan air liur basi anak mahupun peluh, minyak, bakteria atai hama yang melekat. Ada cara untuk bersihkan seperti yang dikongsikan oleh pakar ini.
Dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam industri hiasan dalaman, Carl Walsh berkongsi cara terbaik untuk bersihkan bantal termasuklah yang ada kesan kecil seperti air liur basi pada bantal.
Caranya:
Tanggalkan sarung bantal dan campurkan detergen. Pastikan ia berbuh dan barulah digosok perlahan dengan menggunakan span.
Taburkan sedikit baking soda dan jemur di bawah cahaya matahari selama dua hingga tiga jam.
Ada sesetengah mak lebih suka membersih menggunakan mesin basuh. Tapi, tidak semua bantal sesuai menggunakan mesin basuh kerana ia boleh merosakkan bantal itu sendiri.
Jadi, cara terbaik adalah dengan gunakan air suam dan detergen di dalam baldi dan rendam dengan tenggelamkan bantal. Gosok dan picit supaya sambun masuk ke dalam bantal.
Bilas bantal sehingga tiada lagi buaih-buih sabun yang melekat. Jangan bilas bantal dengan kuat, pastikan ia kering di bawah cahaya matahari.
Kesan Kuning Dari Rambut & Kulit
Selain itu, minyak dari rambut dan kulit yang dipanggil sebum, boleh menghasilkan warna kuning yang mengakibatkan ada kesan pada bantal.
Caranya, guna shampoo dan sapukan pada noda, rendam dengan air suam. Gosok dan bersihkan seperti biasa.
Cara Bersih Dari Peluh & Air Liur
Bagi jenis kotoran ini, Cuma gunakan campuran air dan cuka putih. Pastikan sarung bantal atau bantal direndam selama ½ jam dan bersihkan seperti biasa.
“Anda juga boleh membantu mengelakkan jenis kotoran ini pada masa hadapan dengan mandi sebelum tidur.” Sebab lain kotoran pada bantal adalah disebabkan oleh peluh dan air liur.
Jenis kotoran ini boleh diperbaiki dengan menggunakan campuran air dan cuka putih buatan sendiri. Pakar pembersihan berkata: “Biarkan sarung bantal anda berendam selama kira-kira setengah jam, sebelum menambah cucian anda seperti biasa.
Tip:
Disarankan untuk membersih atau cuci bantal setiap tiga bulan sekali bagi mengelakkan kehadiran kuman dan bakteri. Malah, kerap menukar sarung bantal untuk menncegah jerawat.
Mingguan Wanita : Memang rasa geli tapi itulah yang tak boleh dielakkan lebih-lebih lagi kalau anak-anak tidur beralaskan bantal.
Mata rabun, bukan hanya disebabkan faktor usia tapi disebabkan terlalu banyak terdedah pada radiasi. Jangan terkejut, anak-anak kecil pun tidak terlepas dari menghadapi masalah ini.
Apatah lagi dengan keadaan sekarang, 24 jam menghadap hp dah tentu boleh menjadi masalah mata rabun. Paling takut bil berlaku pada anak-anak, bukan setakat rabun tapi boleh jadi ‘juling’.
Kalau dah ada masalah mata rabun, agak susah untuk kembali kepada penglihatan asal. Tapi masih belum terlambat kalau anda cuba minuman yang boleh membantu. Sekadar untuk mencuba ubat semulajadi ini.
Dikongsi dari Healthy Food Team, seorang doctor mata terkenal di Rusia telah menyarankan ubat semualajadi ini untuk rawatan mata gangguan penglihatan dan masalah penglihatan lain.
Ubat semulajadi ini sanga mudah untuk disiapkan. Hanya perlu beberapa bahan sahaja iaitu:
100gm lidah buaya
500gm walnut dihancurkan
300ml madu
3-4 biji lemon
Caranya:
Campurkan semua bahan ini dan minum 1 sudu makan sebanyak 3 kali sehari. Minum sebelum makan.
.
.
Simpan bahan ini dalam peti ais dan ia bertahan selama 10 hari.
Tip: Paling penting, gunakan lidah buaya yang sudah berusia lebih 3 tahun.
Mingguan Wanita : Boleh amalkan. Bahan yang nak digunakan pun mudah nak dapat.
Bila masuk bulan Mac kebanyakan daripada kita kan mula memikirkan untuk mengisi borang bagi cukai pendapatan. Terdapat kriteria tertentu bagi melayakkan kita untuk membayar cukai menerusi LHDN. Malah terdapat juga beberapa perkara yang kita perlu ambil tahu untuk tuntut pelepasan cukai.
Baca perkongsian daripada Puan Faizah Salleh ini sebagai rujukan;
Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai
LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.
Sekiranya pendapatan tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund.
Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :
1. Borang EA / EC / CP58
Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.
Orang kerja swasta, sediakan borang EA.
Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.
Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun.
Sila take note kalau makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.
2. No Kad Pengenalan Ibu dan / atau Ayah Kandung/Angkat
Err…Hafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM3,000.
“Tapi mak ayah duduk kampung? “
Rileks, masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.
Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.
Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.
3. Penyata Takaful / Insuran
Sila minta statement tahun 2021 dekat ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Dekat statement tu biasa ada tulis. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.
Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.
Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.
Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.
4. Resit Gaya Hidup
Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2021) ada beli dan bayar;
smartphone/komputer/laptop/tablet
buku/ subscription news online
bil langganan internet
Pembelian alat sukan / yuran gym
Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.
Ingat, tipu dosa.
5. Resit Alatan Penyusuan
Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).
Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.
Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:
(i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
(ii) bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection
and storage equipment); serta
(iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).
6. Resit Pra-Sekolah
Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-sekolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?
Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun depan (tahun 2023) masa isi borang untuk taksiran 2022 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.
Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Penyata SSPN-i
Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.
Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun.
(Jumlah simpanan dalam tahun 2021 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2021).
Contoh: Dalam tahun 2021,
Baki Bawa Hadapan: RM4,500;
Simpanan : RM2,000; dan
Pengeluaran : RM1,500.
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500).
Untuk taksiran tahun 2021, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000.
LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.
8. Resit Bayaran Zakat
Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.
Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).
Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.
Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.
Ingat, tipu dosa.
Bersamalah kita membangunkan negara yang tercinta.
Mingguan Wanita: Jadi sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan memenuhi kriteria untuk membayar cukai, tunaikanlah kewajipan tersebut. Jangan lupa simpan dokumen/maklmat diatas untuk menuntut pelepasan cukai bagi mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.