
Isi Kandungan
ToggleSetiap individu pasti akan melalui fasa penuaan apabila tiba waktunya. Namun perkara tersebut tidak sama dilalui oleh wanita ini, yang kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar.
Tak terbayang perasaan apabila menghadapi keadaan sebegini. Walaupun usia masih muda, tapi keadaan fizikal tua, mengalami kulit kendur, berminyak dan sendi otot lemah.
Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS)
Seorang model kelihatan lebih tua daripada usianya apabila kulitnya kendur akibat menghidapi penyakit Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS).
Meskipun terkejut dengan perubahan drastik kulitnya, Sara Geurts, 28, tidak menjadikan penyakitnya halangan untuk menjadi seorang model dua tahun lalu.Gadis dari Minneapolis, Minnesota memiliki kulit yang lembut, kendur, berminyak selain sendi ototnya lemah akibat penyakit itu.
Memulakan kerjayanya pada 2017, Sara memberitahu, dia sentiasa positif dan sering memuat naik gambarnya di media sosial hingga mendapat perhatian netizen.
Kesihatan Merosot
Sara kini memiliki peminatnya tersendiri dan hampir 80,000 pengikut di Instagram miliknya. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, kesihatannya Sara semakin merosot.
“Saya tidak lalu makan hingga hilang berat badan kira-kira enam kilogram. Ramai kenalan mengambil berat tentang saya. Mereka risau melihat saya kurus,” katanya mengetahui penyakit itu ketika usia 17 tahun.
Katanya, ketika berada di sekolah, dia sedaya upaya menyembunyikan perubahan drastik anggota badannya dan mengelakkan dari menjadi mangsa buli.
“Saya tidak mahu rakan tahu penyakit saya dan tidak berminat untuk memberitahunya.

“Namun ketika usia 22 tahun, saya mula sedar sampai bila saya perlu sembunyikan penyakit ini, hinggalah pada tahun 2015, saya memuat naik gambar di ‘Tumblr Page’ ‘Love Your Lines’.
“Maklum balas sangat luar biasa dan lebih 25,000 individu menyukainya,” katanya.
MW: Kasihannya, namun kagum dengan semangat wanita ini.Tetap yakin dan positif dalam menghadapi kekurangan diri.
Sumber: Sinar Harian, Sara Geurts
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mulianya Hati Lan Solo & Isteri, Bantu Penduduk Kg Sri Aman “Kepuasan, Amanah Dipertanggungjawabkan Dapat Diselesaikan”

Isi Kandungan
ToggleMulianya hati Lan Solo & isteri, bantu penduduk Kg Sri Aman, Puchong. Begitulah prihatinnya penyanyi Lan Solo dan isteri Nur Sheila Hassim yang mengambil inisiatif untuk membantu jiran-jirannya yang juga penduduk Kg Sri Aman.
Seperti yang diketahui umum, penyanyi dan usahawan, Lan Solo antara selebriti tanah air yang turut terjejas akibat banjir apabila kediamannya turut dinaiki air dek kerana musibah banjir yang melanda baru-baru ini.
Mulianya Hati Lan Solo & Isteri, Bantu Penduduk Kg Sri Aman
Seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian di akaun sosialnya, Lan bersyukur kerana bantuan dari luar tidak henti-henti disalurkan kepada mereka yang terkesan di Kg Sri Aman. Malah dia juga berasa puas apabila amanah yang dipertanggungjawab kepadanya dapat diselesaikan sebaik mungkin.
“Penat..? Mesti la.. Berkhidmat guna tenaga manusia kan.
“Kerenah & ragam tu biasa. Memang takkan mampu nak puaskan semua orang. Tapi tetap ada kepuasan bila mana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dapat diselesaikan.
“Alhamdulillah tiga hari berturut-turut tanpa henti bantuan dari luar masuk untuk membantu mereka yang terkesan di Kg.Sri Aman dan kampung-kampung yang berjiran dengan kami di Puchong ni.
“Hanya Allah yg dapat membalasnya.
“Terima kasih team Kasih Solo Borneo. Sanak saudara jiran tetangga sahabat handai yg turut membantu sebagai sukarelawan bagi memudahkan segala urusan bantuan!
“InsyaAllah ada ruang, ada peluang kami bantu lagi ya.
“Moga kita semua senantiasa dalam rahmatNya,” luah Lan.
“Dapat Rasa Kepayahan Orang Sekeliling” – Sheila
Manakala menerusi perkongsian di Facebook isteri Lan pula, dia berasa bersyukur kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.
“3 hari yg menggembirakan. Betul kata pepatah. “Tak Kenal Maka Tak Cinta”
“Niat utama nak bantu org terdekat je dulu utk dptkan keperluan pasca banjir, sebab semua sedia maklum kan, banjir datang sebelum hari gaji dan kebanyakkan di antara kita adalah B40.
“Kami juga golongan B40 yang terkesan.
“BUKAN SOAL DUIT. Tapi KY dapatt rasa kepayahan orang sekeliling juga.
“Bila air surut je, KY & LS mula pusing-pusing kampung dan takt ahu nak gambarkan perasaan bila tengok keadaan rumah mereka yang jauh lebih teruk daripada rumah kami.
Allah Sebaik-Baik Pengemudi Segala Perancangan
“YES! Kuasa viral sangat membantu dan sejak hari pertama kami mula buat agihan, tak henti-henti sumbangan masuk. its not a one man show.
“Dengan inisiatif sendiri, habis orang keliling KY whatsapp, DM minta bantuan untuk orang kampung KY, alhamdulillah, Allah sebaik-sebaik pengemudi segala perancangan. Kredit untuk semua volunteer & orang persoarangan yang menyumbang. Kalian hebat!
“Untuk warga Kg Sri Aman & sekitar, gunakan lah bantuan dengan sebaik-baiknya. Tak rugi berbuat baik pada sesiapa sahaja. Percaya rezeki setiap antara kita tetap ada tapi perlu USAHA.
“Sekali lagi.. TERIMA KASIH SUAMI sebab izinkan dan redha dengan idea KY yang pada mulanya nampak macam tak nak berhasil. Alhamdulillah. Allah itu maha kaya. Kita berjaya, syukur. InsyaAllah, bantuan mangsa banjir akan diteruskan,” kongsi Shiela.
Baca Disini Juga:
Idea Bernas Projek RUMAH RAKIT Atas Darat, Waktu Banjir Terapung Elok!

Mingguan Wanita : Semoga Allah membalas jasa pasangan suami isteri ini, walaupun mereka juga mangsa banjir namun mereka punya inisiatif untuk membantu jiran-jiran yang turut terkesan.
Sumber / Sumber Foto: Facebook Lan Solo & Sheila Razlan
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peguam Tawar Khidmat Nasihat Pro Bono Pada Netizen Jika Kena Saman Dengan Abang Bas, “Bukan Ini Caranya Nak Tutup Mulut Masyarakat…

Peguam tawar khidmat nasihat pro bono pada netizen jika kena saman dengan abang bas, “bukan ini caranya nak tutup mulut masyarakat. Keluarga Abang Bas nak saman mana-mana netizen atau selebriti yang mengecam adik mereka di media sosial berikutan tiga pertuduhan dihadapinya iaitu melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal serta memuat naik hantaran jelik selepas penahanan pemandu bas ini kerana konten di media sosialnya.
Menurut peguam yang menjaminnya, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, pihak mereka sudah sudah mengenal pasti mereka. Ramai, keluarga mengarahkan mereka (warganet) disaman.
“Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam tanpa belas ihsan,” katanya pada hari abang bas diikat jamin.
Peguam Tawar Khidmat Nasihat Pro Bono Pada Netizen Jika Kena Saman Dengan Abang Bas
Dalam pada isu soal saman ini mewarnai dunia maya, seorang peguam Fatihah Jamhari dari Tetuan Farah & Co menawarkan khidmat nasihat percuma (pro bono) pada mana-mana netizen atau selebriti yang bakal disaman oleh keluarga abang bas.
“Bukan ini caranya nak menutup mulut masyarakat yang prihatin dengan isu child grooming ini. Mungkin hari ini hal (seksual) belum berlaku tetapi ia bermula dari hal yang sekecil-kecilnya dan boleh menjadi besar jika tidak dikawal dari awal.

Menurut Fatihah, penawaran khidmat nasihat secara percuma darinya bukan baru bermula tetapi sudah banyak dilakukannya sebelum ini pada mana-mana individu yang disaman.
“Bagi saya, masyarakat hari ini sudah celik ilmu. Maksudnya terdedah dengan banyak ilmu dan info. Bila kita suarakan hal ini (maksudnya dalam isu child grooming ini), itu tandanya kita prihatin dan tidak mahu hal begini terus terjadi dalam masyarakat.
“Saya sendiri membaca kes setiap hari baik laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis dan lain lagi. Ia bermula dari hal kecil tetapi ada bapa yang merogol anak, pak sedara yang buat pengliwatan dan lain lagi.
“Jadi bila kita bertindak mengecam perlakuan ini kerana tidak setuju dengan video disiarkannya, jadi menyaman untuk menutup mulutnya adalah tindakan tidak tepat. Kanak-kanak berhak dilindungi dan ada akta mengenai mereka,” katanya ketika dihubungi.
Jelas Fatihah lagi, menyaman mana-mana individu yang memberi komen di media sosial khususnya dalam mendidik masyarakat adalah satu bentuk ugutan yang tidak seharusnya terjadi.
“Boleh saman netizen kalau komen itu berbentuk jelik atau menyentuh hal-hal peribadi tapi kalau sengaja nak saman sebab mahu mendiamkan orang memberi kritikan, ulasan dari masyarakat akan isu sosial yang dibangkitkan bagi saya ia harus dibantu pada mereka yang disaman.
“Pertamanya, jangan ingat hanya dirinya atau keluarga mampu melantik peguam dan orang lain ditakutkan dengan komen sebegini.
“Setiap saman boleh dibalas dan ada pembelaannya. Ada ramai lagi peguam yang akan bersama-sama dalam hal ini kalau netizen atau selebriti disaman dalam isu ini bukan hanya saya saja.
“Secara jujurnya saya sendiri melihat video-video dikongsikan oleh pemandu bas ini menjurus kepada perlakuan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang pakcik atau pekerjaan dilakukannya.

“Isu ini sudah menjadi isu masyarakat. Sebagai content creator kita bertanggungjawab atas apa kita siarkan dan kita juga harus memahami implikasi undang-undang di sebalik semua video kita siarkan.
“Saya tak melihat komen masyarakat menjurus kepada fitnah tetapi seperti saya katakan, kalau keluarga mereka mahu saman, saya akan tampil memberi khidmat nasihat percuma kepada mana-mana individu disaman berkaitan hal ini,” katanya ketika dihubungi.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah, Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai”
16 Tahun Berlalu Iktibar Pemergiaan Tragik Nurin Jazlin, Elak Anak Jadi Mangsa Pedofilia!
Perbicaraan Gangguan Seksual Ebit Lew, “Saya Rasa Berdosa Pada Suami, Layan Ustaz
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Erra Fazira Dikaitkan Perceraian Engku Emran – Nabila, “Jangan Persendakan Takdir Rumahtangga Orang…”

Isi Kandungan
ToggleErra Fazira dikaitkan perceraian Engku Emran – Nabila, jangan persendakan takdir rumahtangga orang. Tak semena-mena, nama Erra Fazira terpalit dengan perceraian Engku Emran dan Noor Nabila semalam. Dirinya dikaitkan seolah tahu kenapa pasangan ini melafazkan talak semalam.
Erra Fazira Dikaitkan Perceraian Engku Emran – Nabila
Marah dengan fitnah yang sengaja direka, primadona ini bingkas meluahkan isi hatinya berkaitan hal yang tidak ada kaitan dengannya langsung di Instagram storynya semalam.
“Jangan macam ini… Nak sensasi pun, jangan buat fitnah!
“Saya tak pernah memberi sebarang komen sebegini. Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” tegasnya.
Dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Insta Story miliknya, terdahulu, menerusi perkongsian sebuah akaun Facebook, pengendalinya sengaja meletakkan ‘clickbait’ atau umpan kononnya primadona filem Melayu itu mendedahkan sikap sebenarnya Engku Emran.
“Masalah itu tidak dapat dibendung lagi”. Baru sahaja Engku Emran cerai, Erra dedah ini sebenarnya berlaku sebelum itu,” demikian tulisan yang berunsur fitnah itu.
“Jangan Persendakan Takdir Rumahtangga Orang…”
Berikutan hal ini, Erra Fazira memberikan nasihat agar netizen tidak mempersendakan takdir perjalanan kehidupan seseorang khususnya mereka yang bercerai.
Pada perkongsian sama, aktres berusia 49 tahun itu turut mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah menghukum pasangan yang bercerai.
“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kelak,” katanya.
Semalam, Engku Emran, 48, melafazkan talak satu terhadap Noor Nabila, 39, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seminggu selepas kisah rumah tangga menjadi perhatian umum apabila Nabila mendedahkan suaminya menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan rumah tangga mereka.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dakwaan Status Janda Tak Dibenar Bergambar Dengan Tetamu Kehormat, Bekas Abang Ipar Fail Saman Fitnah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI