‘Umur Baru 13 Dah Ada Kencing Manis’ Awasi Apa Anak Makan

Share

Jangan tak tahu, kencing manis boleh jadi pada anak-anak dalam usia muda. Seperti mana yang dikongsikan Klinik Dr Muhaimin ini, berdepan pesakit perempuan usia 11 tahun deman tak kebah walau sudah makan ubat.

Ayah tiri pesakitnya itu pula bertambah bimbang, takut-takut anak tirinya mengalami sakit yang sama seperti abangnya. Baru 13 tahun tapi sudah ada penyakit kencing manis. Padahal mak ayah tak ada sejarah penyakit kencing manis.

Demam 4 Hari, Makan Ubat Tapi Tak Kebah

Pesakit perempuan berumur 11 tahun masuk dengan terhuyung-hayang.
Fizikalnya seperti pelajar sekolah menengah.
Duduk dengan penuh keletihan.
Pernafasannya cukup laju.
Masalah apa ni

?”
Demam doktor. Dah 4 hari. Bagi ubat tapi tak kebah.”
Jawab ayah tiri pesakit.
Takut jadi macam abang dia baru-baru ni.”
Abang dia sakit apa?”
Kencing manis. Tinggi sampai tak boleh baca. Umur baru 13 tahun.”
Abang dia masuk ICU hari tu.”
Suhu badan saya periksa. Normal.
Oksigen dalam darah 98%. Tapi pernafasan pesakit cukup laju.
Ada muntah-muntah?”
Ada.”
Gula pun diperiksa.
Hi.
Itu yang keluar di skrin. Tinggi yang tidak mampu dibaca.
Mak ayah dia ada kencing manis
?”
Soal saya.
Tak ada“.
Macam mana boleh kena kencing manis ni. Muda lagi ni.”
Kuat makan meggi.”
Air kotak? Air tin?.”
Ada juga doktor. Puas larang dah. Dia beli senyap-senyap. Bila periksa dalam bilik jumpa la makan yang disorok.”

Baca sini : Perkongsian Dr Hamid Arshat mengenai penyakit kencing manis, makanan yang disyorkan dan patut elak.

Punca Dapat Kencing Manis Usia Muda

Pesakit ini berkemungkinan mengalami “diabetic ketoacidosis”.
Ia adalah keadaan kecemasan di mana pesakit mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
Kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kematian.

Pemakanan dan gaya hidup kita menentukan tahap kesihatan kita pada masa hadapan.
Obesiti, pemakanan kurang sihat dan gaya hidup tidak aktif merupakan isu besar dalam masyarakat kita.

Peningkatan kes penyakit kronik di kalangan kanak-kanak dan remaja sekarang sangat membimbangkan.

Kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita makan sekarang.
Kerana itu ada kalam hukama’ berbunyi ; “perut itu ibu segala penyakit.”

PS : Abaikan tarikh pada skrin. Sebab saya malas nak tukar setting.

MW : Jadi mak ayah, kenalah tengok balik apa anak-anak kita makan ya. Biar lebih sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian mereka serta minum air kosong.

Sumber/Foto : Klinik Dr Muhaimin

Published by
NETTY AH HIYER