Umur 73 Tahun, Wanita India Selamat Lahirkan Bayi Kembar Perempuan!

Share

Siapa sangka pada umur 73 tahun, seorang wanita dari India selamat melahirkan cahayamata pertamanya baru-baru ini. Meskipun telah memasuki usia warga emas, hasrat dan impian untuk bergelar ibu tak pernah padam mahupun putus asa. Usaha dan kegigihan pasangan suami isteri ini untuk menjadi mak dan ayah, akhirnya menjadi kenyataan.

Lahir Bayi Kembar

Seorang wanita berumur 73 tahun di negeri Andhra Pradesh, selatan India selamat melahirkan sepasang bayi kembar perempuan kelmarin, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).Menurut wanita tersebut, bergelar seorang ibu merupakan saat yang paling membahagiakan dalam hidupnya.

“Kedua-dua kembar perempuan itu masing-masing seberat 1kg lahir menerusi kaedah pembedahan ceaserean. Ibu dan kedua-dua bayinya berada dalam keadaan sihat,” kata pakar yang merawat wanita berkenaan, Dr. Umar Shankar kepada BBC.

Bayi kembar perempuan yang sihat dan selamat dilahirkan.
Kredit foto: India Photo Agency/SWNS

Buat Rawatan IVF

Wanita itu, Mangayamma Yaramati berkata, dia dan suaminya yang berusia 82 tahun sentiasa inginkan anak. Bagaimanapun, Mangayamma gagal hamil sehinggalah dia menjalani rawatan persenyawaan in-vitro IVF.

“Kami berasa sungguh gembira,” kata suaminya, Sitarama Rajarao. Menurut Sitarama, isterinya hamil selepas dua bulan menjalani rawatan IVF.

“Kami sudah banyak kali mencuba dan berjumpa ramai doktor dan ini adalah detik paling gembira dalam hidup saya,”

kata Mangayamma.

Wanita itu menambah, dia berasa dipinggirkan oleh masyarakat setempat dan kerap kali tidak diundang dalam majlis sosial kerana tidak berstatus ibu.

“Mereka menggelar saya wanita mandul,” katanya.

Mangayamma Yaramati dan suaminya Sitarama Rajarao ketika mengadakan majlis ‘baby shower’ .
Kredit foto: India Photo Agency/SWNS

Keadaan Kesihatan Dipantau Setiap Hari

Dr Shankar berkata, pesakit ini telah dijaga dengan ‘cara saintifik’

“Semasa wanita ini menjalani rawatan, kami mempunyai tiga kumpulan doktor.Ada yang menjaga kesihatannya, ada yang menjaga status pemakanannya dan ada yang menjaga keadaan kehamilannya.Ketiga-tiga bahagian ini dipantau setiap hari,” ujarnya.

Mangayamma telah mengalami menopause 25 tahun yang lalu. Telurnya telah diambil daripada penderma dan disuburkan dengan sperma Rajarao menerusi IVF.

“Nasib wanita ini bertuah kerana dia hamil dalam percubaan kali pertama, Januari awal tahun ini,”

ujar Dr Shankar

Mangayamma mungkin wanita tertua yang hamil di dunia.Berdasarkan sijil kelahiran dia lahir pada tahun 1946.

Kredit foto: India Photo Agency/SWNS

MW: Dengan kuasa tuhan dan kecanggihan teknologi perubatan sekarang, tiada yang mustahil untuk mendapat cahaya mata, paling penting tidak berputus asa. Tahniah buat wanita ini, akhirnya berjaya bergelar ibu walaupun telah lanjut usia.

Sumber: Kosmo, The Guardian

Published by
Suhaidah Abd Wahab