‘Umur 12 Tahun Dr Puteri Julia Dah Khatam Al Quran 3 Kali’, Bertuah Ziela Jalil Punya Anak Membahagiakan

Share

Sejuk perut Datuk Ziela Jalil yang melahirkan puteri sulungnya, Dr Hajjah Puteri Julia Nabilah Binti Tan Sri Megat Junid. Bukan saja cemerlang dalam pelajaran, anak sulungnya itu juga dididik dengan ilmu akhirat yang cukup baik.

Selepas arwah suami Datuk Ziela meninggal dunia pada tahun 2008, beliau membesarkan dua orang anak, Puteri Julia dan Megat Jufri Nasrullah sendirian, sebelum mengambil anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah. Perit yang dilalui akhirnya terbalas juga di wajah masa depan anak-anaknya.

 

 

ibu kental ini ketika umur puteri sulungnya 12 tahun, dia sudah pun khatam 3 kali membaca Al-Quran. Lebih istimewa, Dr Julia menyempurnakan lagi bacaan khatam Al Quran sewaktu di Masjidil Haram, kota Makkah Al Mukarramah.

Sewaktu berkongsi video khatam Al Quran anaknya ketika umur 12 tahun inilah, penerbit terkenal ini berkongsi rasa hati. “Video ketika Julia Junid berumur 12 tahun. Ketika ini anak Mama dah 3 kali habis baca Quran.

Dah ulang 3 kali baca barulah Mama bawa waktu Umrah. Ya (Julia) baca khatam Quran di dalam Masjidil Haram, dan kita ke rumah keluarga Abang Z. Ya (Julia) baca lagi di rumah Abang Zack di Makkah di depan mak Abang Zack, seorang Hafazan.

 

Abah Kata ‘Macamlah Abah Tak Dapat Tengok Ya Kahwin’

Sambung Datuk Ziela lagi sekembali daripada umrah itu dan tiba di Kuala Lumpur, beliau membuat satu majlis khatam Al Quran untuk anak sulungnya secara besar-besaran.

Abah kata, “Apalah Mama buat besar-besar. Macamlah nanti Abah tak dapat tengok Ya Kahwin.” Itulah tutur suaminya sewaktu arwah melihat pelamin khatam Al Quran untuk anak sulungnya pada tahun 2004.

Mama kata, “Sebab Ya (Julia) dah 3 kali habis baca Quran dan kita tak pernah buat apa-apa.” Nasib juga Mama buat macam itu. Sekurang-kurangnya abah tengok Ya (Julia) di atas pelamin.

Mama abadikan dalam video khatam sempena majlis perkahwinan Ya agar kita dapat rasakan yang Abah turut ada bersama kita meraikannya.

Semoga Allahyarham Abah berbahagia di dalam syurga Firdaus Allah. Allahummagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.

Malah kata ibunya lagi sewaktu selesai khatam Al Quran baru-baru ini, Julia menitiskan air mata terkenangkan Abahnya.

 

Klik Sini Untuk Lihat Dr Puteri Julia Nabilah Mengaji

Wahai Anakku Puteri Julia Yang Solehah

Baaarokalloohu Laka Wa Baaroka ‘Alaika Wa Jama’a Bainakumaa Fiii Khoirin.” “Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.

Saya kongsi kan dengan my dear followers video yang ditayangkan sewaktu majlis reception anak saya, agar kalian juga dapat berkongsi bersama dengan saya.” Luah Datuk Ziela Jalil di laman instagram miliknya.

Ternyata ramai di kalangan followers Datuk Ziela yang memuji kebijaksanaan ibu ini membesarkan anak-anaknya dengan didikan yang baik. Malah ada yang berasa kagum dan terpanggil untuk mencontohi wanita berjiwa kental ini.

Sumber/Foto : Instagram Ziela Jalil

Published by
Netty Ah Hiyer