Sejuk perut Datuk Ziela Jalilyang melahirkan puteri sulungnya, Dr Hajjah Puteri Julia Nabilah Binti Tan Sri Megat Junid. Bukan saja cemerlang dalam pelajaran, anak sulungnya itu juga dididik dengan ilmu akhirat yang cukup baik.
Selepas arwah suami Datuk Ziela meninggal dunia pada tahun 2008, beliau membesarkan dua orang anak, Puteri Julia dan Megat Jufri Nasrullah sendirian, sebelum mengambil anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah. Perit yang dilalui akhirnya terbalas juga di wajah masa depan anak-anaknya.
ibu kental ini ketika umur puteri sulungnya 12 tahun, dia sudah pun khatam 3 kali membaca Al-Quran. Lebih istimewa, Dr Julia menyempurnakan lagi bacaan khatam Al Quran sewaktu di Masjidil Haram, kota Makkah Al Mukarramah.
Sewaktu berkongsi video khatam Al Quran anaknya ketika umur 12 tahun inilah, penerbit terkenal ini berkongsi rasa hati. “Video ketika Julia Junid berumur 12 tahun. Ketika ini anak Mama dah 3 kali habis baca Quran.
Ads
“Dah ulang 3 kali baca barulah Mama bawa waktu Umrah. Ya (Julia) baca khatam Quran di dalam Masjidil Haram, dan kita ke rumah keluarga Abang Z. Ya (Julia) baca lagi di rumah Abang Zack di Makkah di depan mak Abang Zack, seorang Hafazan.
Abah Kata ‘Macamlah Abah Tak Dapat Tengok Ya Kahwin’
Sambung Datuk Ziela lagi sekembali daripada umrah itu dan tiba di Kuala Lumpur, beliau membuat satu majlis khatam Al Quran untuk anak sulungnya secara besar-besaran.
Abah kata, “Apalah Mama buat besar-besar. Macamlah nanti Abah tak dapat tengok Ya Kahwin.” Itulah tutur suaminya sewaktu arwah melihat pelamin khatam Al Quran untuk anak sulungnya pada tahun 2004.
Ads
Mama kata, “Sebab Ya (Julia) dah 3 kali habis baca Quran dan kita tak pernah buat apa-apa.” Nasib juga Mama buat macam itu. Sekurang-kurangnya abah tengok Ya (Julia) di atas pelamin.
“Mama abadikan dalam video khatam sempena majlis perkahwinan Ya agar kita dapat rasakan yang Abah turut ada bersama kita meraikannya.
Semoga Allahyarham Abah berbahagia di dalam syurga Firdaus Allah. Allahummagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.
Malah kata ibunya lagi sewaktu selesai khatam Al Quran baru-baru ini, Julia menitiskan air mata terkenangkan Abahnya.
“Baaarokalloohu Laka Wa Baaroka ‘Alaika Wa Jama’a Bainakumaa Fiii Khoirin.” “Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.”
“Saya kongsi kan dengan my dear followers video yang ditayangkan sewaktu majlis reception anak saya, agar kalian juga dapat berkongsi bersama dengan saya.” Luah Datuk Ziela Jalil di laman instagram miliknya.
Ternyata ramai di kalangan followers Datuk Ziela yang memuji kebijaksanaan ibu ini membesarkan anak-anaknya dengan didikan yang baik. Malah ada yang berasa kagum dan terpanggil untuk mencontohi wanita berjiwa kental ini.
70 tahun terpisah, lelaki ini sanggup merentas 350 kilometer untuk bertemu ibu kandung yang telah sekian lama dirindui.
Ternyata pencarian dan penantian dirinya selama ini untuk bertemu ibu kandungnya akhirnya tercapai juga walaupun ibu sudah tua dan uzur.
70 Tahun Terpisah
Seorang lelaki di Dhaka, berusia dalam lingkungan 80-an bersatu semula dengan ibunya yang berumur hampir 100 tahun minggu lalu setelah berpisah kira-kira 70 tahun.
Pertemuan dua beranak itu dilakukan menerusi bantuan media sosial.
Abdul Kuddus Munshi sebelum ini dihantar ke rumah seorang bapa saudaranya ketika dia berusia 10 tahun.
Namun, dia terputus hubungan dengan keluarganya selepas melarikan diri dan menjadi anak angkat kepada dua beradik perempuan.
“Ini merupakan hari yang paling gembira dalam hidup saya,” kata lelaki tersebut yang berusia 82 tahun itu kepada AFP dari Brahmanbaria, timur Bangladesh.
Pada April lalu, Abdul Kuddus yang merupakan seorang ahli perniagaan menghantar satu video di Facebook untuk meminta bantuan pengguna laman sosial itu bagi mencari keluarganya.
Seorang saudara Abdul Kuddus kemudian berjaya mengesan keluarga ahli perniagaan tersebut dan kemudian menghubunginya.
Untuk Bertemu Ibu Kandung
Saudara jauhnya itu menyatakan bahawa ibu ahli perniagaan itu, Mogola Nessa masih hidup.
Justeru, Abdul Kuddus yang merupakan seorang bapa kepada tiga anak lelaki dan lima anak perempuan pergi menemui ibunya yang tinggal sejauh 350 kilometer dari bandar Rajshahi.
Pada minggu lalu, dia menemui ibunya itu yang mengecam ahli perniagaan itu sebagai anaknya melalui tanda yang terdapat pada tangannya.
“Ibu saya amat tua dan dia tidak dapat bercakap dengan sempurna. Dia menangis apabila berjumpa dengan saya. Saya memberitahunya anak lelakinya sudah kembali dan dia tidak perlu lagi bimbang,” katanya seperti dilaporkan oleh AFP. – Agensi
Mingguan Wanita : Tidak dapat bayangkan perasaan seorang ibu dan juga anaknya perlu memendam rasa rindu berpuluh-puluh tahun. Syukur kedua-duanya dapat disatukan semula sebelum menutup mata.
Tunang Suka Berhutang. Golongan wanita janganlah jadi bodoh ya, jika tahu bakal suami punya masalah kewangan janganlah susahkan diri.
Pada hari ini banyak kes yang kita dengar wanita yang bekerjaya terpaksa menanggung suami yang tidak bekerja dan mempunyai hutang keliling pinggang.
Jadilah wanita bijak ya! Takut nanti hidup merana lepas berkahwin kerana terpaksa menanggung ‘biawak hidup’.
Tunang Suka Berhutang, Wanita Tolong Jadilah Cerdik!FB
Seperti mana perkongsian dari Facebook saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol ada benarnya. Wanita hari ini kebanyakkannya berpelajaran tinggi dan janganlah susahkan masa depan sendiri dek kerana tersalah memilih teman hidup.
“Cinta itu kadangkala boleh membutakan mata. Jadilah cerdik agar diri kita tidak diperguna.🥰
Zaman sekarang sebelum decide nak terima pasangan kita tu, selain dari check darah kat klinik untuk ujian HIV, kena semak juga ctos report depa dahulu.
RM25 je kalau kita beli online tau… Kalau depa banyak alasan nak beri, hati²lah. Something fisshylah tu.😅
Fikir 10,000 Kali Sebelum Berkahwin
Kalau bakal pasangan jenis suka berhutang dan tak pandai uruskan kewangan, baik adik fikirkan 10,000 kali sebelum nak terima dia jadi teman hidup kita.
Takut nanti kita terpaksa bela biawak hidup yang menyusahkan hidup kita dikemudian hari…😓
Zaman sekarang semua orang nak cepat…Cepat senang, cepat kaya dan nak cepat bebas dari masalah kewangan.
Maka jalan termudah adalah mencari pasangan yang berduit atau mudah membuat pinjaman, begitulah modus operandinya.
Ingat dik,
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian kena kejar Ah Longlah jawabnya…
Silap² ditinggalkannya kita begitu saja,” nasihatnya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...