Umie Aida Terima Menantu, “Ibu Doakan Danial & Haniz Sentiasa Dalam PeliharanNYA & RahmatNYA”

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Datin Seri Umie Aida yang selamat menerima menantu. Umie meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus, 27, selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Hanis Zahira Mohd Ghazali pada 12 Disember.

 

“Pesanan Ibu buat @danfirdaus12 Berpegang teguhlah kepada Al Quran dan As-Sunnah. Insya Allah selamat dunia akhirat. Amin.

“Belailah isteri mu dengan penuh kasih sayang. Ibu doakan danial & haniz sentiasa dalam peliharanNYA dan rahmatNYA. Aamiin.. #gembirasebak” begitulah entri di Instagram yang ditulis oleh Umie, sememangnya ucapan tersebut mengundang sebak.

Umie Aida Doa Semoga Anak Menantu Lahirkan Keluarga Bahagia

Sama cantik sama padan.

Malah menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Umie turut memuat naik sebuah video yang menyaksikan detik istimewa saat pasangan itu disatukan sebagai suami isteri.

 

“Alhamdulillah, kami mendapat keluarga baharu. Semoga melahirkan keluarga bahagia dan sakinah,” ungkap Umie.

“Rasa macam Danial masih kecil lagi. Tetapi, Danial sudah berusia 27 tahun. Isterinya hanya berusia setahun tua daripadanya,” tambah Umie yang tidak menyangka anak ditatang bagaikan minyak yang penuh sudah bergelar suami orang.

“Saya mendoakan Danial dan Haniz dapat menjaga kerukunan rumah tangga. Jangan cepat melatah,” katanya yang turut tak sabar mahu menimang cucu pertama.

Baca Disini Juga

Umie Aida Kongsi Dengan Peminat Ilmu Rahsia Al Fatihah, Doakan Semua Dalam Keberkatan Dan RahmatNya

“Nikmatnya Kurniaan Allah Kepada Perempuan Yang Mampu Mengandung..” Erma Fatima

Seri pengantin, walaupun pernikahan serba sederhana namun segalanya berjalan lancar.

Jodoh Biarlah Mereka Pilih Sendiri

Umie juga berasa sangat bersyukur kerana segala yang dirancang akhirnya selamat disempurnakan.

“Bagaimanapun, apabila PKP kena ikut syarat tertentu pula. Itu semua ketentuan. Saya tanya anak, mahu bernikah tahun ini atau macam mana. Benda baik eloklah dipercepatkan. Tak perlu tangguh.

“Akhirnya, mereka bertunang dan bernikah, tahun ini.

“Sebenarnya, saya teruja apabila Danial menyuarakan hasrat mahu ke fasa perkahwinan.

“Nampaknya, anak saya serius dalam soal jodoh ini. Saya tidak meletakkan syarat untuk anak-anak mencari pasangan hidup. Biarlah pilih sendiri bagi membina kehidupan bersama orang disayangi.

Haniz Anak Yang Baik

“Alhamdulillah, saya melihat Haniz anak yang baik apabila kali pertama bertemunya. Jumpa pula keluarga Haniz, masyaAllah, rezeki Allah bagi. Besan saya pun baik-baik,” ungkapnya yang begitu gembira.

Danial yang juga pemain keyboard kumpulan Neon Band itu disatukan dengan pilihan hati di Masjid Damai di ibu kota dengan dihadiri 50 tetamu.

“Majlis ini bagaikan kenangan indah biarpun majlis berlangsung serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” sambung Umie.

Pasangan pengantin bersama keluarga tercinta.

MW: Tahniah Buat Umie Aida sekeluarga menerima menantu, semoga pernikahan yang dibina anak sulung akan kekal hingga ke Jannah.

Sumber: BH Online
Sumber Foto: Instagram Datin Seri Umie Aida & Instagram dan Betty Rahmad

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh