Surah Al Fatihah itu ada banyak rahsia kebaikannya. Inilah yang dikongsikan oleh pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum binti Rahmad Ali dalam instagram miliknya. Tentang ilmu rahsia Al Fatihah yang mengandungi banyak kebaikan kepada pengamalnya.
“Assalammualaikum, hari ini kita kongsi ilmu rahsia Al Fatihah. Semoga ilmu yang kita pelajari ini kita kongsikan dan kita amalkan. Dan semoga kita semua diberkatinyaNya dan di dalam rahmatNya. Amin.” Kongsi pelakon hebat filem thriller, Dukun ini lagi.
10 Rahsia Al Fatihah
1. Al Fatihah – Seringkali dibaca untuk arwah.
2. Al Fatihah – Tanpa membacanya solat kita tidak sah.
3. Al Fatihah – Menjadi petunjuk bagi yang buntu dan resah.
4. Al Fatihah – Jika merindui seseorang, maka bacalah Al Fatihah.
5. Al Fatihah – Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yang bermasalah.
6. Al Fatihah – Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al Fatihah – Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
Ads
8. Al Fatihah – Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al Fatihah – Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al Fatihah – Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.
Ini Pula Fadhilat Amalan Hadiahkan Al Fatihah
Dalam perkongsian itu, Datin Seri Umie Aida turut menyertakan video yang mengandungi fadhilat amalan menghadiahkan surah Al Fatihah ini. Antara isinya adalah :
“Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berudasa untuk tidak terlupa mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.
Ads
“Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan.
Al Fatihah mula menjadi amalan bapa yang dimaksudkan. Yang mana surah ini dibaca selepas solat. Lalu dihadiahkan pada rasulullah SAW, kedua arwah ibu bapa, isteri kesayangannya dan anak-anaknya.
“Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.” Ini yang dikongsikan dalam video berkenaan.
Sahabat-sahabat gruopku yang baik cuma hadiahkan Al Fatihah mudah saja kan berapa minit sangat masa diperlukan, tapi perkara yang mudah takkan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Ads
Kita mungkin biasa membaca Al Fatihah sebagai wirid selepas solat, namun selepas ini jangan lupa niatkannya sebagai hadiah.
Sebut satu persatu nama penerimanya secara automatik. Dengan hanya satu amalan pahala kita akan jadi berganda-ganda. sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Buat Perkara Yang Allah Suka
Mulai sekarang, kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain pasti akan kembali pula kepada kita.
Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah menghadiahkan Al Fatihah untuk rasulullah SAW, kedua ibu bapa kita untuk suami isteri kesayangan serta anak anak permata hati kita.
Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Amin.. insyaAllah, moga mendapat keberkatan berterusan hingga ke jannah.
Mudah-mudahan penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT.
Cukup menyayat hati, tiada siapa yang sangka percutian di sebuah hotel bertukar tragis apabila seorang ahli keluarga terjatuh dari tingkat hotel. Dugaan yang cukup hebat buat keluarga ini.
Kisah menyayat hati ini dilaporkan di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah bangunan hotel
Terjatuh Dari Tingkat Hotel, Kanak-Kanak Lelaki Maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa berusia 12 tahun dikatakan terjatuh sehingga ke beranda tingkat empat bangunan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi melalui talian kecemasan 999.
Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
“Kejadian berlaku di sebuah hotel di Kota Kinabalu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat hotel berkenaan.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi turut ditamatkan pada jam 7.53 pagi,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga ahli keluarga tabah hadapi dugaan ini. Salam takziah.
Hanger hilang tu memang kerap sangat jadi kat rumah. Sebabnya lepas iron, sangkut baju, bila dah lepas guna lupa langsung letak dekat mana. Belilah banyak mana, kalau attitudenya sama penyangkut baju tetap entah ke mana-mana.
Tuan Mohd Azrin Roselan (AzrinRos)ini berkongsi bagaimana tiba-tiba mendapat idea menghasilkan rak penyangkut baju untuk menggantung hanger-hanger yang suka hilang.
Bila dah terhasilnya rak penyangkut kreatif dari paip PVC ni, bukan saja isteri bahagia, dia pun dapat menjimatkan kos nak menggantikan hanger-hanger yang hilang tu. Sebabnya dengan kos RM20 beliau dapat menyelesaikan masalah hanger hilang sekali gus menggembirakan hati isterinya.
Perkongsiannya
“Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.”
“Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.”
“Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.”
“Suami yang baik, suami yang senangkan isteri.”
Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20.
Bahan-bahan
Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
Gam paip PVC
Kos upah DIY Penyangkut Baju: Air Sirap.
Cara Buat Rak Penyangkut Baju
1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat rak penyangkut baju DIY.
2. Pasang paip 5″ pada elbow dan T joint untuk bahagian A
3. Pasang paip 5″ pada T joint untuk bahagian B
4. Pasang bahagian A dan B
5. Sambung paip 8”
6. Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C
7. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian.
Nota
Siaplah sudah rak simpan penyangkut baju.
Penyangkut baju yang hendak digunakan boleh gantung pada pemegang
Bahagian bawah boleh jadikan simpanan penyangkut baju
Sila LIKE dan SHARE
Sumber/Foto: Mohd Azrin Roselan (AzrinRos) via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini, ternyata membawa pelbagai cerita tersendiri. Di sebalik kejayaan manis yang diperolehi, pasti ada usaha pahit getir yang perlu dilalui. Kekurangan diri dan masalah kesihatan yang dihadapi bukanlah satu halangan untuk memperolehi keputusan cemerlang dan dianugerahkan pelajar terbaik dalam peperiksaan ini.
Penghidap Skoliosis
Tepukan gemuruh hadirin mengiringi langkah seorang penghidap Skoliosis, Nabila Irdina Mat Yaacob, 18, naik ke pentas utama saat namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Kategori Pelajar Terbaik SPM Berkeperluan Khas sempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dengan pencapaian 12A.
Nabila Irdina adalah antara 60 calon cemerlang peperiksaan itu di Selangor tahun lalu dengan pencapaian 9A+ hingga 12A+ yang diraikan pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2019 di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) di sini, hari ini.
Penyakit Fizikal Kekal
Calon Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang itu berkata, penyakit fizikal kekal yang mula dikesan sejak lima tahun lalu itu menyebabkan tulang belakangnya membengkok yang mengakibatkan dia terpaksa menahan kesakitan apabila duduk dan menulis terlalu lama, selain mudah letih serta sukar bernafas.
“Pernah ketika minggu peperiksaan SPM November lalu, saya tidak dapat menggerakkan tangan kanan kerana banyak membuat latihan dan menulis nota semasa mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.
“Saya terpaksa menggunakan tangan kiri untuk belajar dan sangat sukar kerana bukannya kidal, namun saya bersyukur sahabat di asrama sangat membantu memudahkan urusan saya dengan sama-sama belajar, menyuap makanan, mengikat rambut serta memakaikan tudung.
“Alhamdulillah, apabila pada hari kertas peperiksaan tiba, tangan saya kembali sembuh dan boleh menjawab soalan dengan baik,” katanya yang bergenang air mata tatkala mengimbau penderitaan itu.
Rezeki Daripada Allah SWT
Anak ketiga daripada enam beradik itu mengakui tidak menyangka memperoleh keputusan itu memandangkan hanya mencatatkan 8A pada percubaan SPM lalu dan menganggap semuanya rezeki daripada Allah SWT, usaha berterusan dan sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan keluarga.
Beliau berkata, guru SBPI Rawang yang mempraktikkan budaya kekeluargaan turut memberi sumbangan besar terhadap pencapaiannya itu kerana sanggup meluangkan masa sehingga tengah malam bagi membantu pelajar mengulang kaji di asrama, memberikan kata-kata harapan setiap hari dan sering bertanya khabar di dalam kelas.
Tip Kejayaan
Diminta berkongsi tip kejayaan kepada pelajar lain, Nabila Irdina berkata, setiap orang boleh berjaya asalkan gigih berusaha dan memiliki semangat tinggi.
“Allah jadikan setiap manusia memiliki kelebihan masing-masing, jadi berusahalah sebaik mungkin, jangan jadikan kekurangan diri, contohnya masalah kesihatan sebagai alasan untuk tidak berjaya.
“Belajar menggunakan jadual tersusun, miliki azam, buat baik kepada ibu bapa dan orang keliling, hormat guru, jaga hubungan sesama manusia, lakukan amalan agama serta berdoa, kita pasti berjaya,” kata pelajar aliran Sains Tulen itu.
MW: Tahniah buat adik Nabila Irdina Mat Yaacob, ternyata walaupun mempunyai masalah kesihatan tidak menghalang untuk mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...