“Umi Tolong Peluk Zara, Sakit…” Demi Bantuan Rawat Anak Hidap Aplastik Anemia Ibu Ini Tolak Tepi Rasa Malu

Share

Luahan hati seorang ibu bernama Saneeha Sulaiman yang lebih mesra dengan panggilan Umi Zara ini meruntun hati sesiapa saja yang membacanya. Catatan sayu itu tentang anak kecilnya, Nur Syifa Zara, 4 tahun yang menghidap penyakit Aplastik Anemia iaitu sejenis penyakit sum-sum tulang yang tidak berfungsi untuk menghasilkan darah sendiri.

Betapa susahnya mereka setiap kali mahu ke hospital. Kerana tiada kereta, Umi dan suami, anaknya yang sakit Zara malah baby 9 bulan menunggang saja motosikal dari Damansara Damai ke PPUM.

Apa yang menjadi keperluannya kini adalah tambang perjalanan ulang aliknya ke PPUM, bantuan susu dan lampin pakai buang. Anda baca luahan ini, rasai kepedihannya dan hulurkanlah sumbangan.

 

Ya Allah Tak Kuat Umi Rasa

Saya tak pandai nak mula macam mana, nak bicara macam mana

Hanya luahan hati seorang ibu

Nur Syifa Zara permata hati Umi
Kaulah kekuatan Umi
Kalau lah semangat Umi

Siapa percaya anak Umi yang comel hidap penyakit Aplastik Anemia
Sejenis penyakit sumsum tulang tak berfungsi untuk menghasilkan darah sendiri.

Setiap kali si comel ini sakit atau lemah
Dia akan panggil Umi

“Umi tolong Zara Umi”
Tolong peluk Zara
Zara sakit”

Ya Allah sayu hati ini. Hiba perasaan. Dalam pelukan Zara akan tenang.

Tapi hati Umi tak tenang sayang. Tak kuat Umi rasa.
Tapi Umi kena kuat demi anak Umi.

 

Kegembiraan Ini Hanya Seketika

4 tahun lepas Umi tak ada anak
Allah pertemukan kita
Dengan kasih sayang
Kau membesar betapa bahagianya saat itu
Dan saat bahagia bila
Allah hantar kan khabar yang Umi hamil
Ya Allah sekian lama menanti akhirnya tercapai jua

Tapi kegembiraan
Ini hanya seketika
Allahuakbar
Allah uji Umi
Dengan khabar sakit anak Umi boleh bawa maut

Ya Allah ujian apakah ini?
Baru doktor katakan Umi risiko hamil di usia 40
Dengan darah tinggi lagi
Ini pula Zara sakit tenat
3 nyawa di hujung tanduk

 

Badan Zara Senang Lebam, Senang Berdarah

Zara sakit Aplistik Anemia
Sejenis sum sum tulang tak berfungsi
Seolah kilang darah dah tutup
Zara senang dijangkiti
Atau jatuh sakit. Zara tak ada darah putih

Badan Zara senang lebam senang berdarah
Dan darah yang susah untuk berhenti
Zara tak ada darah platelet

Yang paling Umi risau bila Zara jatuh. Paling takut pendarahan dalaman
Atau pendarahan otak
Ini yang paling Umi takut.

Umi akan pastikan Zara cek atau tambah darah setiap minggu.

Walau minggu ni Umi dah pecah tabung untuk tambang grab bawa anak Umi ke PPUM
Abah sakit minggu ni abah kena serang asma
Kita tak boleh naik motor, kena naik grab
Tapi Umi tak ada duit
Nasib Umi ada tabung duit syiling dapatlah buat tambang grab

Umi bersalin dengan selamat walau pun cesaer
Walau pun berpantang dekat wad menjaga Zara
Pantang Umi entah kemana
Adik pun ikut jaga kakak dekat wad
Masa di usia adik baru semingu adik dah tidur atas simen kat wad jaga kakak.

 

Suami Bekerja Kilang, Memang Tak Cukup

Saya tak kerja, saya kena jaga Zara sepenuh masa

Kami dapat bantuan dari Zakat 2017
RM3000 setahun zakat bayar ke hospital kos tambah darah

2018 kami tak dapat apa-apa bantuan dari Zakat

Dan kami dapat bantuan hospital PPUM untuk ringankan bil Zara

Kos ulang alik naik grab ke hosptl
Kos-kos yang terpaksa beli ubat kat farmasi luar
Itu kena cari sendiri

Dengan hanya suami yang bekerja kilang memang tak cukup
Itulah untuk rumah sewa
Untuk ubat pampers dan dan susu Zara

Kalau nak berjimat
Kami akan bangun pukul
4 pagi ke PPUM
Berasak dengan baby naik motor

Kemudian suami ke Shah alam sambung kerja
Kami tak ada kereta
Hanya motor itulah kaki kami

Tolak Ke Tepi Malu Umi

Umi tolak ke tepi malu Umi
Demi Zara, Umi minta bantuan
Dan sumbangan orang ramai untuk ringankan beban kami

Umi nak kerja nak menjahit
Tapi Umi tak ada mesin jahit

Masa susah kami jual semua barang yang mana boleh jual untuk menampung kos-kos rawatan.

Pada sesiapa yang ingin
Bagi bantuan ringankan beban kami
Salur kan bantuan anda ke akaun

No Akaun

Maybank : 512213319167 atas nama Mohamad Zamri Khalid (Ayah)

Maklumat lengkap
Boleh hubungi Umi Zara / FB : Nur sz
No. Telefon : 0182775337

Siapa yang nak melawat kami pun boleh, di alamat : Lg29 saujana apartment jln PJU 10 1c Damansara Damai 47830, Selangor

Ada Rezeki Orang Derma

Ketika Mingguan Wanita menghubungi Umi, menurutnya buat masa ini Zara doktor nasihatkan berulang alik dari rumahnya di Damansara Damai ke hospital PPUM.

Buat masa ini doktor suruh kami ulang alik setiap 3 hari sekali. Sebab kat wad banyak kes batuk dan selesema. Tak baik untuk Zara. Sebab dia tak ada darah putih senang dijangkiti.”

Jadi, selang tiga hari dia akan ke hospital untuk urusan rawatan. Ibu ini akan mengambil grab jika masa rawatan yang singkat. Dan dibawa sekali anak kecilnya, Mohammad Zariff Rizqin, 9 bulan. Walau bermotosikal tetap si kecil ini tak ditinggalkan.

Kalau time tengah bulan kami naik motor dengan baby sekali. Baby masih menyusu badan, Sekarang dah ajar susu botol.”

Bila jarak ke seminggu sekali kami naik motor. Nak jimat untuk keperluan dia nanti. Ni sebab 3 hari sekali. Kesian dia penat.

Alhamdulillah hari ini naik grab. Ada rezeki yang orang derma. Boleh lah bagi keselesaan buat Zara.”

Tambah ibu ini lagi, disebabkan penyakit anaknya itu ada banyak perkara yang perlu dipantangkan. Zara juga tak boleh ambil makanan yang ada bakteria baik. Keju tak boleh malah makanan kena betul-betul masak. “Haiwan apa pun dia tak boleh dekat, walaupun dengan kucing sebab alahan.”

Sememangnya tak mudah untuk menjaga Zara. Dalam keadaan suami yang sakit, ibu ini punya anak kecil. Umi tetap meneruskan kehidupan dan ujian tuhan dengan ketabahan.

Saya terima takdir Allah dengan REDHA. Dia adalah semangat saya. Dia adalah kekuatan saya. Hanya dia. Demi dia. Semuanya untuk dia. Dia adalah kekuatan ku.” Inilah pegangan Umi yang membuatkan dia mahu terus berada di sisi Zara. Mengasihi anak kecil ini selagi hayat di kandung badan.

Zara Minta Belon Harga RM4.50 Pun Umi Tak Boleh Tunai

Akui Umi, Zara sangat petah berkata-kata. Dia anak yang sangat bijak. “Selalu minta nak pergi ke sekolah. Ada kawan-kawan. Macam Upin dan Ipin katanya

.

Tapi doktor tak beri Zara terdedah sangat. Kesian kat dia. Bila tak dapat nak tunaikan permintaan dia sedih rasanya. Hati ibu mana yang kuat, bila permintaan anak tak dapat nak tunaikan.”

Kadang dekat wad dia minta macam permainan. Tengok budak sebelah main, dia pun nak juga. Umi terpaksa pujuk dengan bermacam helah. Sedih je bila anak minta belon harga RM4.50 pun tak dapat tunaikan.”

 

Lawatan pegawai Zakat Selangor daerah Petaling ke rumah Umi Zara.

InsyaAllah Bantuan Zakat Dipermudahkan Untuk Tahun Ini

Setelah perkongsian ibu ini menjadi tular, ada di kalangan individu menghulurkan sumbangan. Begitu juga dengan Zakat Selangor daerah Petaling yang telah membuat kunjungan ke rumah Umi pada 5 Februari lalu.

Saya baru nak hantar borang selepas mereka buat lawatan hari itu. InsyaAllah katanya lulus tahun ini.” ujar Umi ketika ditanya tentang bantuan zakat.

Pada tahun 2017, adik Syifa turut telah menerima bantuan perubatan daripada Zakat Selangor sebanyak RM3,000.

Seperti yang dimaklumkan oleh Lembaga Zakat Selangor, bantuan perubatan yang disalurkan kepada penerima adalah mengikut tempoh tertentu yang diluluskan. Oleh itu, pemohon perlu membuat permohonan baru jika tempoh penerimaan bantuan tersebut telah tamat.

Zakat Selangor akan menyalurkan bantuan perubatan kepada keluarga Adik Syifa mengikut keperluan mereka.

Semoga dengan bantuan zakat yang diterima kelak akan meringankan dugaan keluarga Adik Syifa. Zakat Selangor turut mendoakan Adik Nur Syifa sembuh segera,” maklum Zakat Selangor dalam updatenya di laman rasmi facebook Lembaga Zakat Selangor.

Sumber/Foto/Video : Prinz Firusi, Lembaga Zakat Selangor

Published by
Netty Ah Hiyer