Uli Tepung Buat Dumpling Sendiri, Rebus Dalam Sup!

Share

Bagi mak-mak yang gemar masakan cina, Sup Dumpling ini antara menu kesukaan. Memang boleh beli je kulit dumping yang sedia ada jual di pasaran, tapi lebih puas hati dan berbaloi bila kita buat sendiri. Terjamin halal dan bersih.Nak uli tepung dan nak buat kulitnya pun mudah je. Paling penting jenis sup ini antara menu sihat dan sedap sesuai bagi yang sedang berdiet, sebab tak menggunakan minyak dan guna kaedah rebus.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli
ini sebagai rujukan;

“Hari ni saya masak sup dumpling sempena hari jadi suami. Nak buat kek saya tak reti. Jadinya saya uli tepung buat dumpling. Senang. Saya share resepi (rujuk gambar) sebab jarang-jarang saya buat dumpling ni. Semoga bermanfaat ya.”

Sup dumpling bersama sos cili bawang putih

Bahan-Bahan:

(Inti)

Tauhu
Isi daging ayam
Daun bawang
Lobak merah
Cendawan shitake

(Kulit Dumpling)

2 cawan tepung gandum (cawan ikea)
1 cawan tepung ubi
1 cawan air suam
1 sudu teh garam

(Sup)

Air
2 hirisan halia
1 biji bawang putih
1 asam keping
1 setengah kiub pati ayam
Daun bawang diikat

Cara Membuat:

1.Cincang semua sekali bahan-bahan untuk inti dan gaul bersama perencah Nasi Goreng Cina.

2.Kemudian gaulkan kesemuanya bahan-bahan untuk buat kulit dumpling, uli tepung dan jadikan doh.

3.Uli doh senipisnya dan tekap guna cawan ikea.

4.Siap kulit dan inti. So, apa lagi masukkan la inti ke dalam kulit nya. Bila dah pegang kulit nya, jadi teralih bentuk. Mencabar sedikit bahagian ni. Pada sesiapa yang tak tahan sabar part ni, sila beli kulit dumpling yang instant ya. Senang. Haha.

5.So, siap dumpling. Kita rebus ke dalam sup.

Siap.

Info Ekstra!

  • Acuan tu saya beli kat kedai RM2 The Store. Dia pakej dgn kayu uli tepung tu. Lebih kurang acuan karipap. Tapi macam yang saya beli ni, kecik je.. acuan karipap besar lagi.

Baca Lagi Di Sini:

MW: Jadi buat peminat sup dumpling boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini. Mudah je, menu sihat sesuai untuk yang nak berdiet.

Sumber: Zurina Zulkefli

Published by
Suhaidah Abd Wahab