Ulang Tahun Ke-48, Che Ta Sambut Kesyukuran Berbentuk Kuliah Dhuha & Jemput Pendakwah

Share

Pada tanggal 9 Mac selebriti yang juga bergelar ahli perniagaan Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta genap 48 tahun.

Malah mengabadikan memori dan kenangan setiap detik yang terjadi, isteri kepada Zain Saidin ini turut memuat naik video dan gambar di laman Instagramnya.

Sehari sebelum tarikh lahirnya, Che Ta mengambil inisiatif mengadakan majlis kesyukuran berbentuk kuliah Dhuha di premis acara Aman House di ibu kota dengan mengundang pendakwah bebas, Syamsul Debat.

Che Ta Sambut Ulang Tahun Ke-48 Penuhi Dengan Majlis Ilmu

Bercerita lanjut mengenai majlis tersebut, Che Ta akui sudah lama kenal rapat dengan Syamsul Debat.

“Rancangnya nak jemput Ustaz Syamsul Debat sebelah malam. Tapi kerana jadualnya padat, sempat sebelah pagi saja. Kerana petangnya dia ada kerja di Ipoh, Perak.

“Kami mula kenal rapat pun sewaktu dia muncul sebagai penampilan istimewa menerusi drama Janda Kosmopolitan. Malah dia pun pernah undang saya dalam siri perkongsian ilmu dianjurkannya.

“Ikutkan saya sudah selalu adakan acara seumpama ini atau membabitkan hal syurgawi. Malah saya pernah anjurkan majlis keraian atau ulang tahun kelahiran dengan menjamu anak yatim makan. Jadi ia bukan benda baru pun saya mengundang pendakwah,” ujarnya.

Senang Cara Syamsul Debat Kongsi Ilmu & Nasihat

Ibu kepada tiga cahaya mata itu pun menyenangi cara Syamsul Debat berkongsi ilmu dan nasihat.

“Ada usikan dan lawaknya memang betul betul kena tepat kepada batang hidung sendiri. Ia jadi teguran bermakna dan cerminan untuk diri sendiri

“Macam tempoh hari, saya ajak keluarga dan teman rapat untuk sama sama mendengar kuliah daripadanya. Jujur rasa tak puas mendengar kuliahnya ketika itu sebab dia perlu bergegas ke tempat lain.

“Tak apa ada rezeki lain, boleh ajak dia lagi,” sambungnya.

Baca Disini Juga:

Wanita Kalau Dah LAMA Kahwin, Jangan Abai Penjagaan Diri – Che Ta

Sakit Terseliuh, Bertongkat Pun Tetap ‘Letoopan’ Che Ta Ni..

Che Ta Kongsi 6 Tip Nak Pilih Handbag Sesuai & 7 Pantang Larang ‘Haram’ Dibuat Pada Beg Tangan!

Usikan Nakal Bila Zain Tidak Hadir

Pada sebelah malam pula sehari sebelum hari lahirnya, majlis diteruskan lagi dengan bertemakan hitam putih. Tetamu lelaki diwajibkan memakai sut, manakala perempuan pula kena menyarung gaun.

Dalam keseronokan mengadakan majlis berkenaan, Che Ta tak lepas daripada perhatian dan usikan nakal apabila suaminya tidak kelihatan.

“Memang kawan saya pun pelik kenapa suami tak ada pada majlis diadakan. Sampai ada yang ingat kami ada apa apa ke? Zain sebenarnya ada kerja penggambaran sebuah drama untuk Awesome TV. Memang tak boleh nak buat apa.

“Tapi kalau ada yang perasan, dia ada muat naik video di laman Instagramnya mengucapkan selamat hari lahir saya di samping pelakon Azhan Rani. Malah pada sambutan ulang tahun perkahwinan adik saya (Jaja) dan meraikan ulang tahun kelahiran saya juga, Zain dapat hadir,” ujar duta produk penjagaan kulit dan kecantikan Mylea itu.

Sumber Foto: Instagram Rozita Che Wan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh