Pada tanggal 9 Mac selebriti yang juga bergelar ahli perniagaan Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta genap 48 tahun.
Malah mengabadikan memori dan kenangan setiap detik yang terjadi, isteri kepada Zain Saidin ini turut memuat naik video dan gambar di laman Instagramnya.
Sehari sebelum tarikh lahirnya, Che Ta mengambil inisiatif mengadakan majlis kesyukuran berbentuk kuliah Dhuha di premis acara Aman House di ibu kota dengan mengundang pendakwah bebas, Syamsul Debat.
Che Ta Sambut Ulang Tahun Ke-48 Penuhi Dengan Majlis Ilmu
Bercerita lanjut mengenai majlis tersebut, Che Ta akui sudah lama kenal rapat dengan Syamsul Debat.
"Rancangnya nak jemput Ustaz Syamsul Debat sebelah malam. Tapi kerana jadualnya padat, sempat sebelah pagi saja. Kerana petangnya dia ada kerja di Ipoh, Perak.
Ads
"Kami mula kenal rapat pun sewaktu dia muncul sebagai penampilan istimewa menerusi drama Janda Kosmopolitan. Malah dia pun pernah undang saya dalam siri perkongsian ilmu dianjurkannya.
"Ikutkan saya sudah selalu adakan acara seumpama ini atau membabitkan hal syurgawi. Malah saya pernah anjurkan majlis keraian atau ulang tahun kelahiran dengan menjamu anak yatim makan. Jadi ia bukan benda baru pun saya mengundang pendakwah," ujarnya.
Senang Cara Syamsul Debat Kongsi Ilmu & Nasihat
Ibu kepada tiga cahaya mata itu pun menyenangi cara Syamsul Debat berkongsi ilmu dan nasihat.
Ads
"Ada usikan dan lawaknya memang betul-betul kena tepat kepada batang hidung sendiri. Ia jadi teguran bermakna dan cerminan untuk diri sendiri
"Macam tempoh hari, saya ajak keluarga dan teman rapat untuk sama sama mendengar kuliah daripadanya. Jujur rasa tak puas mendengar kuliahnya ketika itu sebab dia perlu bergegas ke tempat lain.
"Tak apa ada rezeki lain, boleh ajak dia lagi," sambungnya.
Usikan Nakal Bila Zain Tidak Hadir
Ads
Pada sebelah malam pula sehari sebelum hari lahirnya, majlis diteruskan lagi dengan bertemakan hitam putih. Tetamu lelaki diwajibkan memakai sut, manakala perempuan pula kena menyarung gaun.
Dalam keseronokan mengadakan majlis berkenaan, Che Ta tak lepas daripada perhatian dan usikan nakal apabila suaminya tidak kelihatan.
"Memang kawan saya pun pelik kenapa suami tak ada pada majlis diadakan. Sampai ada yang ingat kami ada apa apa ke? Zain sebenarnya ada kerja penggambaran sebuah drama untuk Awesome TV. Memang tak boleh nak buat apa.
"Tapi kalau ada yang perasan, dia ada muat naik video di laman Instagramnya mengucapkan selamat hari lahir saya di samping pelakon Azhan Rani. Malah pada sambutan ulang tahun perkahwinan adik saya (Jaja) dan meraikan ulang tahun kelahiran saya juga, Zain dapat hadir," ujar duta produk penjagaan kulit dan kecantikan Mylea itu.
30 Julai ini merupakan hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Istiadat kali ini disifatkan sebagai satu detik indah bersejarah yang akan menjadi kenangan untuk Seri Paduka berdua. Kerana, Seri Paduka akan bersemayam di atas takhta singgahsana kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.
Peristiwa ini bakal mencatat bingkisan sejarahnya yang tersendiri.
Ini kongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dalam rakaman video Datuk Rizalman,
Tunku Azizah tak dapat menahan emosi sedih, tuturnya, “Saya menangis sedih sebab ayahanda, bonda dan tuanku (ayahanda mentua) tak ada. Jadi sedihlah.”
Hati Raja Permaisuri Agong menjadi semakin sebak, “Sebab saya dan tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahanda dan bonda menggunakan takhta semasa menjadi Agong.”
“Dan saya dan tuanku akan menggunakan singgahsana itu juga. Itu yang saya hiba sungguh.” katanya tak dapat menahan air mata terkenangkan ayahanda bonda yang telah tiada.
Mohon Doa Saya Dan Tuanku Dapat Jalankan Tugas Sebaiknya
Dalam pada itu, Tunku Azizah turut mohon agar rakyat mendoakan. “Doakan saya dan tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat. Dapat menjalankan kerja-kerja dan tugas-tugas kami sebagai Yang Dipertuan Agong dengan sebaiknya dan berkhidmat kepada rakyat.”
Dalam masa yang sama, Datuk Rizalman juga tak dapat menahan air mata dan sama sebak mendengar kata-kata yang dituturkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah.
Anak diejek pondan, ibu kongsi anak remaja lelaki jenis suka duduk rumah. Alam remaja adalah zaman meneroka bagi sesetengah remaja lelaki. Agak jarang remaja suka duduk di rumah dan membantu ibu ayah.
Satu perkongsian dari seorang ibu di Dong YaQun di fb menuai komen bila mana berkongsi tentang anak sulungnya yang suka membantunya di rumah namun digelar pondan hanya kerana anaknya itu jarang keluar melepak bersama rakan sebaya.
Diejek Pondan Kerana Suka Duduk Rumah
Kongsi, Dong YaQun, anak sulungnya itu banyak membantu meringankan bebannya sebagai ibu dalam mencari rezeki, membantu menguruskan adik-adik yang masih kecil selain suka duduk di rumah saja.
Baca perkongsian darinya.
Inilah anak sulung saya yang digelar pondan.
Dia ni sejenis remaja lelaki yang suka duduk di rumah dan boleh buat kerja rumah. Kerja di dapur dia buat. Masa adik dia masih kecil dia boleh menjaga adik dia.
Ibu Kongsi Anak Sulung Lelaki Jarang Melepak Di Luar
Dia boleh pangku adik dia sambil susukan dengan botol susu. Kadang-kadang dia sendiri yang buatkan adik dia susu biar pun waktu tu dia masih di sekolah rendah. Kadang-kadang dia akan mandikan adik dia.
Sehingga sekarang umur adik dia sudah 6 tahun tapi dia masih lagi mandikan adik dia. Dia tidak pernah tu lepak atau tidur di rumah kawan-kawan dia kecuali rumah sepupu dia. Itu pun jarang sekali.
Dia tidak pernah melawan cakap mama dan dady dia. Dia jenis diam bila ditegur. Menjawab bila ditanya. Mungkin inilah sebabnya dia digelar macam pondan.
Sampai begitu sekali penilaian orangkan. Lelaki yang berjiwa lembut tidak pandai melawan ibu bapa, yang suka menjaga adik-adiknya, yang suka duduk di rumah saja tidak suka lepak-lepak dengan kawan-kawan digelar pondan.
Aduh, aneh-aneh manusia sekarang.
Lelaki sejati itu tidak semestinya seorang lelaki yang pandai merokok, pandai minum, suka berkelahi atau yang suka melepak ya. Dunia-dunia ada-ada saja. Hihiii sekian semua.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memotong kuku merupakan antara rutin mingguan yang ramai lakukan sebagai salah satu cara untuk menjaga kebersihan diri. Namun ia sama sekali bukan rutin bagi seorang Jururias Kuku dari Cordelia ‘Dee Dee’ Adams yang menyimpan kuku selama 30 tahun menyifatkan dia tidak menyesal menyimpan kuku sepanjang 12 inci walaupun segelintir orang ramai menanyakan soalan ‘tidak sopan’ atau ‘geli’ terhadapnya.
Simpan Kuku Sejak 1989
Laman berita Oddity Central melaporkan, Cordelia yang mula menyimpan kuku sejak tahun 1989 ketika menjadi jururias kuku menyatakan dia sudah terbiasa melakukan semua kerja seharian di rumah tanpa mematahkan kuku panjangnya itu.
“Perkara yang seronok apabila anda menjadi perhatian kerana mempunyai kuku panjang yang luar biasa,” kata Cordelia yang memberitahu Truly dan menambah perkara paling tidak disukainya apabila orang ramai menanyakan soalan ‘tidak sopan’ seperti bagaimana dia menjaga diri atau makan menggunakan kukunya.
Lakukan Kerja Harian Seperti Biasa
Wanita yang berasal dari Indiana, Amerika Syarikat (AS) menyatakan semasa mula menjaga kuku menjadi panjang seperti hari ini, dia telah melakukan semua kerja harian seperti orang lain tanpa merosakkan ‘khazanah’ pentingnya itu.
Malah, Cordelia sudah mahir belajar cara menulis, memandu kereta dan memegang barangan di tangannya meskipun sepuluh kukunya kelihatan terjurai semasa melakukan aktiviti tersebut.
“Kadang-kadang kuku menghalang pandangan mata, jadi jika saya hendak memegang sesuatu, semua yang dipegang itu seperti hilang akibat terlindung daripada kuku,” katanya.
Walaupun wanita itu boleh melakukan banyak benda seperti orang lain, dia masih perlu membiasakan diri untuk menyeret jari untuk menjawab penggilan telefon, menaip mesej dan membasuh baju demi menjadikan hidupnya lebih selesa.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Bagaimanalah agaknya boleh simpan kuku yang sangat panjang dan tak pernah potong selama 30 tahun. Rasanya kerja-kerja harian pastinya terbatas, malah paling penting kebersihan diri pasti terabai.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...