Sebagaimana harimau mempunyai ‘belangnya yang tersendiri’, begitu juga anak-anak kita dengan potensi diri masing-masing. Malah, kekuatan jati diri dan dalaman setiap anak-anak adalah unik untuk kita cungkil dan pupuk dari usia awal.
Sebagai ibu bapa, semestinya kita ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak. Malah kita juga mengharapkan anak-anak berjaya di dalam hidup sehingga meletak jangkaan yang tinggi untuk mereka, dan menjadikan pencapaian akademik atau fizikal sebagai ‘kayu ukur’ mudah untuk mengukur kemajuan dan potensi anak-anak. Sayangnya, cara ini bukan saja tidak tepat malah meletakkan tekanan yang lebih besar terhadap anak-anak.
Setiap anak itu unik, dan apa yang didefinasikan sebagai ‘kekuatan’ hadir dalam pelbagai bentuk dan cara. Bukan sekadar mendapat gred yang baik, perhatikan sama ada anak anda mampu menghadapi keputusan yang kurang baik dengan hati yang terbuka dan tekun untuk memperbaiki diri. Lebih dari kemampuan fizikal, adakah anak anda menggunakan kekuatan mereka untuk menolong rakan sekolah, atau keluarga di rumah?
Sudah tiba masanya untuk ibu bapa melihat dan menyedarinya kekuatan dalaman sebagai potensi yang perlu dicungkil dan dipupuk untuk membesarkan anak-anak yang bernilai murni dan lebih berkeyakinan diri.
Malah anda juga boleh mentakrifkan semula ukuran ‘kejayaan’ anak-anak, dan membantu mereka untuk lebih cemerlang dalam minat dan potensi yang sedia ada dalam diri mereka. Contohnya, anak yang gemar melukis dan mewarna setiap hari, mungkin mempunyai potensi sebagai arkitek atau pereka di masa hadapan.
Faham dengan situasi dan ingin membantu menzahirkan kekuatan sebenar anak-anak, jenama Biskut Tiger ingin memperkasakan ibu bapa untuk mengenali potensi dan memupuk kekuatan sebenar anak-anak dari dalam.
Sarat dengan kebaikan nutrient sebenar, Biskut Tiger mendorong perjalanan anak setiap hari dan memberikan mereka tenaga yang diperlukan. Diperbuat dengan gandum dan susu, ia kaya dengan 5 vitamin utama (vitamin A, B1, B2, B9, D) dan 3 mineral (kalsium, zat besi, zink) yang diperlukan dalam diet harian kanak-kanak.
Sebagai jenama biskut kegemaran ibu bapa di Malaysia, Biskut Tiger amat sesuai sebagai bekalan makanan sekolah atau snek ringan untuk menemani anak anda dalam pelbagai aktiviti seharian. Dengan nutrisi yang cukup dan tepat, anak anda kini bersedia untuk menjadi versi diri mereka yang terbaik.
Pemilik nama sebenar Datin Hajah Nor Fouziah Mohd Gous atau Datin Fouziah Gous, selebriti dan usahawan terkenal tanahair sememangnya begitu menitik beratkan kekuatan jati diri pada anak-anaknya.
Isteri kepada Datuk Mohd. Zhafran Md Yusof ini merupakan ibu kepada dua orang anak comel yang sihat dan cergas iaitu Muhammad Zeeshan, 6 dan Zaheen Yusof, 4. Dengan usia anak-anak yang masih muda, Fouziah mengakui pencapaian akademik yang cemerlang bukan sesuatu yang beliau tekankan.
“Sebagai ibu yang memahami potensi anak-anak, seboleh mungkin saya akan cuba melihat di mana kelebihan mereka. Cara ini sebenarnya lebih berkesan untuk membantu anak-anak melakar kejayaan mengikut kekuatan dalaman mereka.
“Anak-anak juga dapat melalui setiap fasa perkembangan tanpa perlu melalui tekanan untuk mencapai kejayaan akademik semata-mata. Saya enggan mengukur kejayaan berdasarkan gred apatah lagi sekiranya mereka tidak mencapai sebagaimana yang kita harapkan, membandingkan pula mereka dengan rakan-rakan seusia.
Saya yakin, Zeeshan dan Zaheen mempunyai kekuatan tersendiri yang jika saya pupuk, akan mendorong mereka mengukir kejayaan tersendiri,” ujarnya.
Datin Fouziah juga turut berkongsi pengalamannya untuk mengenali potensi diri anak-anaknya.
“Banyak yang saya pelajari menerusi pemerhatian dan pemahaman tingkah laku dan tindakbalas mereka. Dari situ saya melihat kecenderungan masing-masing.
“Hanya dengan menyedari kekuatan sebenar anak-anak, kita dapat memupuk potensi mereka. Dari situ kita boleh mula bertindak.
“Kekuatan sebenar tidak terhad kepada sifat fizikal atau pencapaian intelektual semata-mata. Ia merangkumi nilai murni seperti keyakinan diri, kecekalan, murah hati dan sebagainya.
“Kedua-dua anak saya sangatlah berbeza perangai mereka. Contohnya yang sulung Zeeshan sangat teratur, semasa makan pun tertib untuk tidak membuka mulut. Adiknya pula, Zaheen, apabila makan coklat contohnya, pasti comot. Peribadi yang berbeza ini kadang-kala membawa kepada ketidaksefahaman apabila si abang melabel si adik sebagai kotor dan comot. Ini agak merisaukan saya kerana Zeeshan perlu dididik untuk lebih memahami, terutamanya apabila dia berkawan kelak dan agar Zaheen tidak terasa kecil apabila bercakap dengan abangnya.
“Sebagai seorang ibu dan penjaga, kita perlu menjadi contoh dan pendidik tegas untuk mengajar anak dalam membezakan apa yang baik dan tidak baik. Kepada Zeeshan, saya selalu menasihatinya untuk bertolak ansur dan membimbing Zaheen yang masih kecil. Dari kecil lagi, saya membiasakan diri untuk berbual dengan anak-anak saya seperti orang dewasa supaya mereka memahami tanggungjawab sebagai abang dan adik, di dalam keluarga.
“Sebagai ibu, saya sedar kita perlu banyak kesabaran untuk memupuk jati diri anak-anak yang kita ingini. Lakukannya dengan kasih saying dan tolak ansur, dan semoga anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat,” kongsinya lagi.
Pelakon, pengacara dan selebriti media sosial, Norreen Iman juga turut akui sebagai ibu dia sebenarnya perlu mengenal pasti potensi diri anaknya.
“Kejayaan” membawa banyak maksud. Namun, ia sering disalahertikan dengan pencapaian akademik, pertandingan atau jumlah pingat dan sijil. Ibu ayah kita dahulu mungkin tidak melihat lebih jauh bahawa kejayaan anak sebenarnya lebih daripada itu.
“Ianya peringatan juga untuk saya supaya tidak melihat kejayaan pada kad laporan akademik sebagai mutlak. Potensi anak-anak kita amatlah besar, dan ianya peranan ibu atau bapa untuk mengenali, mencungkil dan menggalakkan anak-anak untuk mendalami potensi dan minat mereka. Saya arif bagaimana sokongan ibu bapa cukup bererti di usia muda dan mampu mencorakkan masa depan anak-anak.
“Kejayaan anak-anak tidak harus terbatas kepada pencapaian intelektualnya. Setiap mereka adalah unik dengan kekuatan masing-masing. Saya percaya setiap anak memiliki nilai kreativiti tersendiri. Sebagai contoh, anak perempuan saya lebih gemarkan aktiviti kesenian seperti menari, menyanyi dan melukis.
“Rekod akademik cemerlang hanyalah salah satu bentuk kejayaan. Anak-anak yang pandai uruskan diri tanpa disuruh juga adalah satu kejayaan. Baik akhlak pun satu kejayaan. Apa sahaja nilai baik yang ditunjukkan adalah satu kejayaan,” ulas Norreen yang juga merupakan pengacara rancangan Sembang Wanita yang disiarkan menerusi Facebook Mingguan Wanita.
Sebagai ibu bapa, adakah anda juga melihat potensi anak-anak itu lebih dari pencapaian akademik dan fizikal semata-mata? Sambil kita kekal berada di rumah, gunakan masa berharga dengan anak-anak untuk menilai semula definasi ‘kejayaan’ dan cungkil potensi mereka untuk melakar jalur belang tersendiri.
#KekuatanSebenarZahirDariDalam
Sumber Foto : Instagram Fouziah Gous & Instagram Norreen Iman