Berat sungguh ujian pelakon merangkap usahawan, Serina Datuk Redzuawan ini. Apabila kedua ibu bapanya dimasukkan ke hospital kerana penyakit masing-masing.
Menerusi instagramnya, Serina memohon agar mendoakan mamanya yang bakal menjalani pembedahan memotong kaki disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi.
Maklum Serina,
“Ya Allah.. mula mula dapat berita pasal mama nak kena operate potong kaki, rasa berpusing dunia kejap. Jadi kelu tak boleh berkata kata, tak tau macam mana nak bagi tau pada mama hakikat ni, doktor pakar minta anak sampaikan sendiri pada ibu.
I tau mama tentu kecewa & menangis. I kuatkan hati doa banyak pada Allah beri kekuatan, lepas i pujuk dan explain kenapa kena potong juga sebab nak selamatkan nyawa mama, dia boleh terima & redha. Dia nangis sedih. I peluk cium dia bagi semangat.
Nak ucap terima kasih juga pada Abang @abibsyedali @scarlett_requiem Wawa datang lawat mama, beri motivasi & semangat.
Moga Allah SWT membalas jasa baik kalian. Doakan mama selamat operation ya semua. Ujian yang berat for me & keluarga. I redha atas ketentuan Allah SWT.”
Sebelum itu, Serina juga berkongsi keadaan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang alami sakit kayap.
“Tadi (ketika status dimuat naik) lawat papa di Hospital kena sakit kayap. Papa kata sakit terasa panas kulit macam terbakar dan bisa.
Ada gelembung air , I pun tak boleh imagine sebab tak pernah kena. Tapi kesian bila dengar. Papa ni jenis antibodi kuat, jarang sakit. Tapi bila dah sakit memang nak kena rest sepenuhnya.
Rina doakan papa @_chefwan58 cepat sembuh dan di lindungi Allah swt selalu Aminn..”
Baca sini : Mak ayah sila contohi kesabaran Chef Wan jaga ibunya, Cik Ani yang dah lanjut usia.
Kedua ibu bapa Serina ini sudah berpisah lama. Bagaimanapun, ramai sedia maklum betapa Chef Wan begitu menjaga kebajikan bekas isterinya. Malah, tak pernah sekalipun chef terkenal ini mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah pada bekas isterinya.
Malah, menerusi akaun instagram Chef Wan sendiri memaklumkan akan membenarkan isterinya tinggal di rumahnya selepas pembedahan kaki yang bakal dijalankan di Hospital Kuala Lumpur itu.
Prosedur tersebut perlu dilakukan akibat gangrene (sel kulit mati yang menyebabkan bertukar hitam). Perlu tindakan segera sebelum jangkitan berbahaya pada organ lain dalam tubuh.
“Saya beritahu anak perempuan saya, apa yang boleh saya buat selepas pembedahan nanti, adalah mengupah seorang jururawat untuk menjaganya di rumah bersama ibu saya.”
“Susah untuk anak-anak tengokkan mamanya memandangkan mereka pun masing-masing sibuk dengan kerja
.”“Sekurang-kurangnya saya ada pembantu rumah dan pemandu yang boleh membawanya jalani dialisis tiga kali seminggu.”
“Dia ibu pada anak-anak saya. Sementara hayatnya yang bersisa ini, biarlah saya memberi keselesaan padanya.”
“Tak kan kita nak sia-siakan dia.” Doanya yang memohon Allah memberinya kekuatan.
Kata Chef Wan lagi, arwah ayahnya dahulu juga meninggal dunia akibat kencing manis.
MW : Semoga Serina bertabah dengan ujian ini dan didoakan kedua ibu bapanya cepat sembuh dari penyakitnya.
Sumber/ Foto : Serina Redzuawan, Chef Wan