Ujian Paling Besar Bagi Seorang Isteri, Bersabar Dengan Suami

Share

Selagi hidup kita tak akan terlepas daripada berdepan dengan ujian. Hakikatnya Allah uji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya yang tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Semua wanita yang bergelar isteri pasti mengharapkan suami yang dapat memahami dirinya dengan baik. Dia mengharapkan suaminya dapat belai dia selalu. Ada di sisi bila diperlukan.

Berikut perkongsian Imam Muda Hassan Adli

Ujian Paling Besar Bagi Seorang Isteri

Rupanya ramai isteri mula kecewa dan menyesal berkahwin dengan suaminya, sebab apa yang diharapkan tidak kesampaian. Bahagia yang diharap dukacita yang dapat. Inilah dilema yang banyak ditempuhi oleh ramai isteri.

Banyak yang mengadu perkara ini pada saya, tapi secara rumusan yang teman boleh buat, kebanyakannya berpunca dari isu yang kecil, akhirnya semakin besar, dan berjangkit-jangkit dengan isu lain pula.

Kebanyakan isteri penat disebabkan oleh mental dan emosi, tak sama bagi suami. Suami kebanyakannya penat fizikal, tidak pada emosi. Oleh kerana itu, para isteri akan melupakan kebaikan suami yang banyak dengan memfokuskan pada satu kesilapan suami, sebab wanita fokus pada kelemahan suami dengan 1000 emosi. Lenyaplah segala kelebihan dan kebaikan yang ada pada suaminya.

Bersabar Dengan Suami

Bukan bermaksud saya memihak kepada suami semata-mata, tapi ini sebagai peringatan buat para isteri. Nabi SAW pernah sebut antara sebab kenapa wanita paling ramai menjerumuskan diri ke neraka, antaranya kerana di saat berdepan dengan satu keburukan suami, si isteri boleh lupa kebaikan suaminya yang lain.

Jadi apa nak buat bagi para isteri? Bila terlihat satu kesilapan suami, cepat-cepat alihkan emosi benci, menyampah, meluat dengan suami kepada melihat kebaikan suami sebelum-sebelum ini pada kita. Jangan hanya fokus pada 1 kelemahan, tapi fokuslah pada 10 kebaikan suami, paling tidak ia akan menyeimbangkan emosi dan mental seorang isteri.

Artikel ini diolah daripada artikel asal Mingguan Wanita   Imam Muda Hassan Adli

Baca artikel yang berkaitan di sini: Isteri Kian Hilang Rasa Hormat Pada Suami, Rumah Tangga Jadi Hambar

Isteri Bila Terlampau Berdikari, Lama-lama Rasa Tak Perlu Suami Dalam Rumah Tangga

Isteri Kalau Suka Layan ‘K-drama’ Suami Jangan Marah, Itu Cara Dia Elak Emosi ‘Burnout’

 

Published by
Has