Ketika ini seluruh dunia sedang diuji dengan penularan wabak COVID-19. Perintah kawalan pergerakan (PKP) mahupun perintah berkurung di rumah menyebabkan ramai yang terkesan apabila kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Lebih-lebih lagi yang bekerja sendiri dan bergantung pada gaji harian. Malah sangat meruntun jiwa apabila ada yang menghadapi terputus barangan keperluan harian untuk meneruskan kelangsungan hidup diri dan keluarga.
Banyakkan bersabar dan belajarlah redha dengan setiap ketentuannya. Percayalah setiap ujian dan musibah yang menimpa itu adalah salah satu cara penghapus dosa-dosa kita dan berdoalah semoga ia akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”
(Sahih Bukhari No: 5641) Status: Hadis Sahih1. Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah.
2. Setiap muslim perlu sentiasa bersabar dan reda apabila ditimpa dengan penyakit, keletihan, kesedihan, mahupun kesusahan termasuk musibah wabak Covid 19.
3. Wabak Covid 19 menyebabkan semua orang mengalami kesusahan dan kepayahan. Mereka yang berada di frontliner seperti staf Kementerian Kesihatan, pasukan keselamatan terpaksa bertugas sepanjang masa dan terdedah dengan jangkitan virus. Bagi yang sihat terpaksa kuarantin di rumah sebagai langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan Covid 19. Ada yang terputus sumber pendapatan kerana tidak bekerja.
4. Sebagai Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai penghapus dosa dan peninggi darajat agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.
5. Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya. Usahlah kita menyalahkan antara satu sama lain diatas musibah ini.
6. Semoga dosa kita terampun walaupun kesakitan dan kesulitan yang kita lalui mungkin kecil berbanding dengan orang lain. Mungkin ibarat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh.
7. Disamping akur dengan arahan pihak berkuasa, marilah kita menyerahkan segala musibah kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir yang diajar oleh Rasulullah kepada sahabat: Nabi SAW bersabda:
يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ
“
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’ (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (HR. Bukhari no. 7386)
8. Setiap kesusahan mahupun keperitan itu sebagai penghapus dosa dan peninggi darajat. Hadis Nabi SAW:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
Daripada ‘Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada satupun musibah (kesusahan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya.” (Sahih Muslim No: 4665) Status: Hadis Sahih
9. Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap musibah serta kesusahan yang dilalui seperti penularan wabak Covid 19 sekarang.
10. Allah mendatangkan wabak penyakit tersebut untuk kita bermuhasabah, mendekatkan diri kepada Allah diatas kelemahan dan kesilapan kita. Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan mengangkat darjat kita di sisi Nya.
11. Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit atau kesakitan, akan digugurkan segala dosanya dan ditinggikan darajat. Moga kita bersabar dengan setiap ujian musibah mahupun penyakit
Baca Lagi Di Sini: Setiap Kali Jiwa Rasa Sedih, Resah, Lemah & Terbeban Dengan Hutang, Amalkanlah Doa Yang Diajar Nabi Ini
MW: Semoga kita menghadapi kesusahan, kepayahan, kesedihan dan keperitan ini dengan banyakkan bersabar dan redha. Berdoalah dan gantung harap semoga Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
Sumber:1 Hari 1 Hadis