Ujian derita isteri & ibu anak 8, 20 tahun kahwin saling menyayangi tapi suami cintai wanita lain. Suami nak kahwin lain, Allah luluhnya hati isteri.
Apatah lagi sudah 20 tahun hidup bersama, sedihnya tak terungkap.
Ujian Derita Isteri & Ibu Anak 8
Perkongsian Ustazah Asma’ Harun ini memberi pengajaran buat isteri-isteri yang dilanda masalah rumah tangga.
“Ujian rumah tangga bermula saat sah sebuah ikatan suami isteri sehingga ke akhir hayat kerana ia tidak bermusim tetapi sentiasa ada. Mungkin berpunca daripada pasangan, anak, Ibu Bapa, mertua, dll.
Apa yang dilalui oleh sahabat ini amat menguji hati, namun beliau seorang yang kuat kerana mampu bertahan dan memilih untuk mencari hikmah di sebalik ujian hebat ini. Lagi-lagi ketika usia perkahwinan sudah pun 20 tahun, mempunyai 8 cahaya mata, mereka saling menyayangi tetapi timbul perasaan suami cinta terhadap wanita lain.
Sebenarnya wanita ini berjaya mengawal situasi dan emosi, memberi pertimbangan kepada suami dalam membuat keputusan dan melihat ujian ini sebagai hikmah yang disediakan oleh Allah SWT kepada beliau sekeluarga, suatu tindakan yang wajar dicontohi. Benarlah kata beliau, kita manusia biasa, pasti akan bersedih dan kecewa apabila diuji dengan insan tersayang.
Ujian ini bertujuan menguatkan hambanya dengan dua perkara:
- i) Mengingatkan hambaNya agar sentiasa meletakkan pergantungan yang tinggi hanya kepada Allah.
- ii) Ikhtiar seseorang hamba dalam kembali berdoa kepadaNya bagi setiap masalah.
Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): “Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka peroleh kejayaan.”
(Surah al-Baqarah: 186)
Tuan puan,
Dalam pm inbox ramai yang berkongsi, terpaksa lalui cabaran yang sukar daripada keluarga. Kes curang yang pelik² suami atau isteri, sumbang mahram, dera, cerai, dadah, pornografi, dll. Allahu Akbar… Ampuni dosa-dosa kami dan bantulah kami ya Allah. 😔
Kerap kali perkara begini berlaku di belakang pasangan sama ada di tempat kerja, ketika sedang berurusan, tidak menjaga pandangan, terlalu bebas batas pergaulan. Bermula dengan bual kosong, kemudian saling berkongsi cerita lalu timbul rasa selesa, maka berakhir dengan malapetaka seperti yang dilarang agama.
Jika benar cinta, ia bukan pada ketika kamu suka dan bahagia sahaja, tetapi tetap sama walau sedang dalam ujian, derita dan terluka. Siang berganti malam, hujan berganti panas, cinta juga boleh berganti benci, saat hati sedang dilanda badai yang tak bertepi.
Ramai pasangan bahagia dan setia itu bukan kerana banyak melalui detik bahagia dan gembira, tetapi kerana berjaya menempuh satu demi satu ujian dan derita.
SubhanAllah, dia sedar bahawa semuanya bersifat sementara, masa akan berjalan, berubah bersamanya segala rasa. Sebab itulah lidah sangat penting dijaga, walau pelbagai ayat yang terbuku ingin dihemburkan, namun tetap ditahan, itulah satu kemenangan.
Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ ۚ فَاِنْ كَرِهْتُمُوْهُنَّ فَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّيَجْعَلَ اللّٰهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْرًا
Maksudnya: “Dan bergaullah dengan mereka (pasangan) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
(Surah An-Nisa’: 19)
Pesanan kasih sayang buat semua pasangan, usaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan apa jua masalah rumah tangga dengan cara terbaik dan penuh kasih sayang. Tidak semua orang sekeliling bersimpati dengan nasib yang menimpa, ada yang turut merasa hiba, ada juga yang turut menambah racun perasa.
Saya sentiasa mendoakan sesiapa sahaja yang diuji dengan badai rumah tangga dipilih Allah untuk disatukan kembali hati. Walau peritnya ujian menimpa diri, tiada dendam tersimpan di hati, suami bangkit berusaha memperbaiki hubungan dan menjadi pemimpin sejati, si isteri pula menjadi seorang yang bijak membuat pertimbangan diri dan emosi. Ingatlah ada amanah anak-anak yang sentiasa perlu kita ingati.
Moga semua terus kuat dan bahagia sampai Syurga,” kongsi Asma’ Harun.
Baca Disini : “Pergi Bukan Guna Duit Ustazah Pun, Kenapa Nak Sibuk.” Ustazah Asma Tak Sedih DiKecam
“Macamana Nak Menegur Kesilapan Orang Tanpa Terasa Hati? Kuatkan Hati Doa Berterusan” Ustazah Asma’
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Semoga Allah Berikan Kekuatan Buat Wanita Ini’ Komen Orang Ramai
Ramai yang mendoakan agar ibu kepada lapan orang anak ini diberikan ketabahan.
Mingguan Wanita : Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah. Semoga wanita ini reda dengan takdir hidupnya.
Sumber : Facebook Ustazah Asma’ Harun
Sumber Foto : CANVA
RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI