Setiap manusia pastinya gembira setiap kali dianugerahkan nikmat dari Allah SWT. Tidak kiralah nikmat kesihatan, kekayaan atau pun kesenangan. Seperti mana nikmat Allah datang daripada pelbagai cara, begitu juga dengan ujian Allah. Ujian Allah datang tanpa diduga dan tidak tentu masa. Namun percayalah setiap ujian yang mendatang, pastinya ada hikmah di sebaliknya.
Kali ini seperti biasa aku tidak melepaskan peluang untuk pulang beraya bersama keluarga di kampung. Biar pun jalan sesak hingga memakan masa berbelas jam lamanya, aku sanggup gigihkan diri bersama anak-anak masih kecil pulang ke kampung tercinta, jauh nun di Jitra, Kedah.
Awalnya kami tidak merancang untuk pulang ke kampung memandang cuti pendek dan pasti bakal jem tahap “azab”. Namun sudah tersurat barang kali, akhirnya kami mengambil keputusan pulang juga beraya bersama keluarga. Memandangkan anak kedua dan ketiga kurang sihat, maka sedari awal aku persiapkan bekalan ubat-ubatan dari klinik pakar kanak-kanak berdekatan rumah untuk di bawa pulang bersama.
Rupa-rupanya perjalanan yang berjam-jam lamanya dalam kenderaan membuatkan anak ketiga ku, Addien, kembali demam dan batuknya makin parah. Pulang sahaja dari kampung dan suami pula pulang ke Johor untuk meneruskan kursus, aku membawa anak ku ke klinik.
Ads
Masuk sahaja ke bilik doktor dan melakukan pemeriksaan rutin, doktor mula gelengkan kepala. “Demam kuat, suhu tinggi, kahak pun banyak ni. Saya rasa ada jangkitan dan perlu ke hospital segera. “
Saat itu, otak terus berfikir bagaimana mahu tinggalkan tiga lagi anak ku yang masih kecil jika Addien perlu ditahan di hospital. Setelah melakukan perancangan sebaiknya, aku gagahkan diri membawa si kecil ke hospital dan memang tiada pilihan. Perlu diwadkan dan paling minima seminggu aku perlu berada di hospital menemani Addien.
Ads
Biar pun kalut, aku cuba menjadi perancang terbaik. Mujur suami, keluarga terutamanya, termasuklah kawan-kawan sepejabat tidak lokek menghulurkan bantuan. Di wad, walaupun sibuk menjaga anak yang sedang sakit dan perlukan perhatian 100 peratus. Aku tetap bersilat siapkan tugasan-tugasan yang terbengkalai.
Aku bersyukur kawan-kawan amat memahami dan memberi ruang secukupnya untuk aku siapkan bahan tanpa sebarang tekanan biar pun sampai ke tarikh akhir. Terima kasih semua. Ramai juga yang datang melawat sebagai tanda memberi sokongan agar ummi terus kuat hadapi ujian kali ini.
Ads
Jujur aku katakan, tidak sangka jika selama ini air mata ku mudah sahaja menangis dan bergenang apabila melihat anak kecil menangis di ambil darah berkali-kali. Kali ini langsung tidak terpalit perasaan sedih tatkala melihat anak sendiri disuntik berkali-kali. Ternyata Allah lapangkan dada dan hapuskan perasaan sedih serta gusar di dalam hati tatkala berhadapan dengan ujian sebegini.
Dia juga memudahkan anak yang bongsu agar tidur lena biar pun tidak berada di dalam dakapan umi tercinta kerana sedang menyusu ibu sepenuhnya. Biar pun Allah datangkan ujian, tetapi Allah permudahkan beberapa perkara supaya hamba-Nya tidak merasa terlalu berat bebanan yang ditanggung. Terima kasih Allah atas ujian kecil-Mu kali ini. Alahamdulillah kini Addien kembali sihat.
****Datanglah pelbagai bentuk ujian, sis tak kisah tetapi sis kisah kalau ujian berbentuk suami “gatai” …kikikiki…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang seronok dan puas hati apabila dapat merasa hasil tanaman sendiri. Lebih-lebih lagi buah bidara ni payah nak jumpa dan boleh tahan mahal juga harganya jika dibeli. Rupanya kena ‘sarung’ buahnya dengan kain ‘net’, barulah buahnya elok besar dan tak rosak dikerjakan lalat buah.
Ini tip yang dikongsikan oleh Puan Rosliza Basiran mengenai penanaman Pokok Bidara Epal sebagai panduan.
Buah Bidara Epal. Alhamdulillah,baru kali ni nampaknya menjadi. Tapi kena sarung kalau tak lalat buah dah inject dulu akan jadi kering, kecut, berlubang hitam dan kuning.
Saya beli anak pokok Bidara. Dahan yang sudah bertut dari pokok induk.
Ambil masa tak lama dalam 5 ke 6 bulan untuk berbuah. Sebab masa beli pun dah ada putik.Beli pokok tut. Cuma nak dapat buah yang betul-betul jadi, ambil masa dan buah beberapa kali tapi tak dapat makan. Ambil masa, kami beli pun masa mula-mula pkp sebab masih belajar cara penjagaan.
Ambil masa lama nak dapatkan buah yang besar macam nie. Berbuah beberapa kali tapi baru ni dapat yang besar .
Pokok bidara memerlukan air yg banyak terutama semasa berbunga dan berbuah. Bila buah kuning dan kering itu tanda-tanda air kurang.
Masa berbunga kena jaga air. Kalau nampak daun macam kecut sebab tak cukup air. Siram pagi dan petang tiap-tiap hari kalau tak hujan.
Cantas dahan pokok supaya tumbuh tunas baru dan buah pun cantik.
Rasa buah bidara ni sedap dan rangup macam buah epal hijau. Cuma tak masam macam epal hijau.
Pokok Bidara Berduri tu Bidara kampung. Orang buat berubat guna daunnya. Buahnya kecil dan pahit. Pokok Bidara yang tak berduri tu bidara epal, buah lebih besar dan sedap dimakan.Dapat bezakan walaupun nampak sama daun, buahnya.
Mingguan Wanita: Seronok bila dapat merasan hasil tanaman sendiri. Jika ada nak tanam pokok bidara ini di rumah, boleh jadikan tip ini sebagai panduan.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak penggemar pancake atau nak cuba kelainan untuk buat sarapan pagi atau minum petang, boleh cuba resipi Japanese Fluffy Pancake ini. Nampak sungguh gebu, lembut dan sedap dinikmati dengan jem strawberi, aiskrim mahupun whipped Cream. Cara nak buat pun mudah sangat, bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak, masak atas kuali non stick je.
“Japanese fluffy pancake.. kegilaan apakah ini, dua hari berturut-turut buat. First time akak makan di Labsoy cafe uptown Damansara .. mahai giler ! Cafe kat Damansara kan..Kalau nak puas makan cuba laa buat sendiri. Recipe chef google.
Ok darling-darling semua.. ni resipiya untuk 1 adunan, alang-alang doublekan ye takut tak cukup!
Bahan-Bahan:
(A)
2 biji kuning telur
40 gm superfine flour
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen vanilla
25 gm fresh milk full cream
*Campurkan semua bahan-bahan A.
(B)
2 biji putih telur
25gm gula castor
1/2 sudu kecil jus Lemon (tak letak pun tak pe ganti cuka)
Cara Membuat:
1. Whisk (putar) putih telur, gula castor dan jus lemon sampai kental.
2. Kemudian satukan dengan adunan bahan-bahan A tadi.
3. Masak atas non stick pan, lihat video google kalau nak dapat yang cantik-cantik pluffy dan tinggi.
Selamat mencuba ya!
Jangan lupa letak butter atas non stick pan.
Bertambah sedap hidang dengan strawbery atau raspbery compote atau jem!
Juga boleh makan dengan ice cream atau whipped cream.
Boleh rujuk perkongsian video cara-cara untuk membuat Japanese Fluffy Pancake ini disini;
MW: Cukup mudah nak buat Japanese Fluffy Pancake Gebu ini ikut resipi yang dikongsikan. Pasti puas hati makan,malah lebih jimat bila buat sendiri.
Bagi peminat laksa, rebus laksa kering memang memakan masa yang agak lama barulah ia betul-betul masak dan lembut. Rupanya ada cara mudah dah cepat untuk rebus laksa kering ni, malah jimat masa dan jimat gas tak perlu rebus lama-lama.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Suzana Saad ini sebagai rujukan;
Dulu saya kalau nak buat laksa, malas bab nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tokeh laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pi cari ikan.
Ini caranya:
1. Rendam laksa kering tu semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam tu, rebus hingga mendidih dalam 10 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan dalam air panas tu 1 jam.
4. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh ye.
5. Biarkan dalam penapis macam tu ja, dah boleh makan.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...