Berita

UiTM Uni-Spa Sediakan Peluang Tambah Pendapatan Pelajar Dalam Bidang Kecantikan & Kesihatan

Share

UiTM Uni-Spa sediakan peluang tambah pendapatan pelajar. Sebagai pelajar kadangkala kita tidak hanya mahu bergantung kepada ibu bapa dan juga wang pinjaman pendidikan. Ada kalanya rasa tanggungjawab menjadikan seorang pelajar itu mahu berdikari dengan menjana pendapatan sendiri tanpa mengganggu jadual pembelajar di universiti.

Pelbagai program telah dibangunkan bagi menggalakkan para pelajar menjana pendapatan sambil belajar. Walaupun fokus utama mereka adalah belajar, namun dalam masa yang sama mereka boleh mengambil peluang dengan menjalankan aktiviti perniagaan bagi menampung kos sara hidup di kampus.

UiTM Uni-Spa Sediakan Peluang Tambah Pendapatan Pelajar

Dek kerana itu juga UiTM Uni-Spa di bawah Program Inkubator mahu membantu para pelajar membina kerjaya usahawan dalam bidang kecantikan dan kesihatan semasa masih menuntut di universiti. Program ini juga menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah pendapatan, sekaligus membantu mereka menampung kos sara hidup sehari-hari.

Bentuk Pelajar Holistik & Seimbang

‘Buah tangan’ terbaharu dalam Program Inkubator Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM dan hasil kolaborasi bersama FMMC Teguh Resources ini antara lain untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Entrepreneurial Nation” menjelang 2030, selain membentuk pelajar yang holistik dan seimbang serta mengukuhkan kecenderungan mereka untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya.

Program ini telah dirasmikan oleh Professor Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) MASMED UiTM dan disaksikan oleh barisan Pengurusan Tertinggi MASMED UiTM serta FMMC Teguh Resources.

Antara modul yang disediakan adalah Jatidiri Usahawan Muslim, Model Business Canvas, Pengenalan Industri Kecantikan dan Kesihatan, serta Digital Marketing.

Selain itu, pelajar boleh memilih modul kemahiran seperti Urutan Sukan dan Bekam, Mobile Facial Spa, dan Muslimah Hair Stylish.

Kurangkan Kadar Pengangguran Graduan

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar dari segi kemahiran dan pendapatan tambahan, tetapi juga kepada komuniti dengan menawarkan rawatan kecantikan dan kesihatan pada harga mampu milik.

Penubuhan inkubator ini dijangka dapat membuka peluang baru kepada pelajar untuk membina kerjaya sendiri, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Ini juga akan menyokong perkembangan usahawan muda dan memperkukuh ekonomi tempatan dengan penciptaan peluang pekerjaan.

Baca Disini : ‘Sentiasa Kekal Konsisten, Agar Tak Ketinggalan.’ Graduan Perakaunan UiTM Diiktiraf 10 Terbaik Dunia

Tolonglah Cari Inisiatif Luangkan Masa Bersama Anak-Anak, INI TIP DIDIK Mereka Elak Masalah Sosial 

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

Published by
Norhayati Suboh