Waktu kecil anak yang memiliki berat badan berlebihan mungkin nampak comel. Namun apabila semakin membesar, kesannya tidak mampu mengawal berat badan lagi. Anak-anak perlulah dikawal pemakanan mereka sejak dari kecil. Sebagai mak ayah, jangan terlalu ‘layankan’ tekak anak, memanjakan mereka dengan memberi makanan yang tidak sihat selalu.
Namun demikian, jika memiliki anak yang obesiti ini, sokongan harus terus diberikan buat mereka. Beri galakkan untuk menurunkan berat badan dan mengawal pemakanan mereka. Dapatkan nasihat doktor jika memerlukan melakukan pembedahan pintasan atau gastrik bypass, jika sampai tahap membahayakan kesihatan serta menyukarkan pergerakan seharian.
Berjaya Hilang 100kg
Pernah digelar budak paling gemuk di dunia, Arya Permana, 13, berasal dari Kampung Cipurwasari di Jawa Barat Jawa Barat, Indonesia kini mampu tersenyum selepas berat badannya berjaya hilang lebih 100 kilogram (kg).
Arya, merupakan anak kedua hasil perkahwinan Rokayah dan Ade Somantri lahir dengan berat 3.17kg.Tiga tahun lalu, pada usia 10 tahun,berat Arya mencecah 192kg. Kehidupannya tidak seperti kanak-kanak lain di mana dia sukar berjalan selain terpaksa bersekolah di rumah.
Manjakan Anak
Pada mulanya Rokayah dan suaminya melihat peningkatan Arya sebagai ‘sihat’ dan mereka tidak risau langsung.Bapanya, Ade Somantri,48 mengakui dia dan isteri memanjakan Arya sejak berusia lima tahun.Ketika itu Arya suka makan mee segera, air gas berkabonat dan ayam goreng.
Ads
“Dulu kami gembira melihat dia semakin sihat dan beranggapan dia gembira dan anak yang sihat.Jika dia mahu minum atau makan makanan manis, kami beri sahaja. Jika dia mahu makan mi segera, kami masakkan untuknya.
“Tetapi beberapa tahun kemudian, selepas dia semakin besar dan beratnya tidak dapat dikawal, kami mula sedar dia sebenarnya sakit dan memerlukan rawatan.”
“Arya selalu lapar dan biasanya akan makan dua kali ganda dari orang dewasa makan pada satu-satu masa. Dia selalu penat dan mengadu semput.
“Dia hanya makan dan tidur dan bila tiada apa lagi yang boleh dibuat, dia akan masuk ke dalam kolam mandi dan duduk disitu beberapa jam.”
Ads
Pembedahan Pintasan Gastrik
Disebabkan berat berlebihan mampu memberi risiko kepada nyawanya, kedua ibu bapa Arya memutuskan untuk membuat pembedahan pintasan gastrik. Sekaligus dilaporkan menjadi kanak-kanak termuda yang pernah melalui pembedahan pintasan gastrik ini.
Menurut Ade, pada awalnya dia tidak mahu anaknya dibedah namun selepas doktor menerangkan dan menunjukkan prosedur pembedahan, dia akhirnya setuju.
“Jika dulu dia makan dua pinggan besar lima kali sehari, tetapi sekarang dia akan muntah jika makan berlebihan,
“Semenjak melakukan pembedahan pintasan gastrik tersebut, hanya 7 sudu makanan sudah cukup buat Arya kenyang,” katanya.
Ads
Kehidupan Lebih Gembira
Disamping prosedur itu, Arya juga menjalani diet yang ketat dan sihat iaitu ikan bakar, sup, buah dan sayur-sayuran sekaligus membantu penurunan berat badannya.Selepas beberapa inisiatif dilakukan beratnya turun kepada hampir 86kg.
Bagi Arya, dia kini lebih gembira kerana boleh berjalan kaki ke sekolah sejauh 1 km, bermain dan berenang bersama kawan-kawannya. Berbanding dahulu, tidak mampu melakukan apa-apa.Bukan itu sahaja, keyakinan dirinya juga semakin meningkat dengan saiz fizikal berat badannya kini.
Arya juga berharap dapat melakukan pembedahan bagi membuang kulit berlebihan setelah kehilangan hampir separuh berat badan asalnya, selepas menjalani peperiksaan nanti.
MW: Semoga perkongsian ini menjadi peringatan buat mak ayah agar memantau serta menjaga pemakanan anak-anak sejak dari kecil. Jangan terlalu memanjakan mereka dengan makanan yang tidak sihat dan minuman manis yang boleh menjadikan anak-anak berlebihan berat badan atau obesiti. Sekaligus boleh menyebabkan pelbagai penyakit buat mereka.
Siapa sangka rupanya ada kerjaya sebagai ‘Penunggu Professional’ yang sanggup beratur panjang berjam-jam lamanya demi upah lumayan. Malah pelanggan sanggup membayar upah yang tinggi kerana terhad dengan masa dan mempunyai komitmen lain.
Upah RM903 Sehari
Seorang lelaki berusia 31 tahun dari United Kingdom memilih bekerja sebagai ‘penunggu profesional’ semasa waktu lapang dengan meraih 160 pound (RM903) sehari.
Lapor Oddity Central, Freddie Beckitt sanggup beratur panjang selama berjam-jam bagi setiap pelanggan yang terdiri daripada golongan kaya yang menggunakan khidmatnya.
Sudah berkecimpung selama tiga tahun dengan menjadikan sebagai karier sambilan, penulis fiksyen dari Fulham itu mampu meraih 20 pound (RM112) sejam.
Sanggup Beratur Panjang
Beckitt malah berharap dapat beratur lebih lama supaya dapat menumpukan tugas itu sebagai kerjaya sepenuh masa.
“Saya sanggup beratur panjang asalkan ada yang sudi membayar bagi melakukan tugas itu.
“Saya mengiklankan perkhidmatan itu dalam Taskrabbit yang menawarkan pelbagai tawaran pekerjaan pelik dan pelanggan hanya perlu memilih perkhidmatan yang diinginkan,” katanya.
Pelanggan Golongan Berada
Menurut Beckitt, kebanyakan pelanggannya adalah golongan berada yang tidak mempunyai masa untuk beratur mendapatkan tiket bagi sebarang acara popular yang diadakan.
“Saya pernah beratur selama lapan jam bagi membeli tiket pertunjukan V&A Christian Dior.
“Masa sebenar hanyalah tiga jam, tetapi pelanggan meminta saya mengambil tiket dan menunggu mereka tiba di acara itu. Saya tidak kisah asalkan dibayar 20 pound sejam,” katanya.
Mingguan Wanita: Asalkan kreatif, sanggup beratur panjang berjam-jam lamanya pun boleh dijadikan sumber pendapatan & kerjaya. Memang gigih sungguh beratur lama-lama.
Kejayaan demi kejayaan terus diraih oleh penyanyi Ernie Zakri apabila merangkul anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di acara SCTV Music Awards anjuran stesen televisyen (TV)Indonesia, semalam.
Menerusi perkongsian Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32 di laman Instagram miliknya, ibu kepada seorang cahayamata ini teruja apabila lagu nyanyiannya, Masing Masing yang menjadi runut bunyi drama di stesen TV Indonesia itu meraih pengiktirafan.
“Terima kasih semua, alhamdulillah. Ini pertama kali saya masuk TV Indonesia.
“Masya-Allah, rezeki yang luar biasa. Terima kasih SCTV, Universal Music Malaysia dan Indonesia,” katanya selepas menerima anugerah.
Lagu Masing-Masinh merupakan ciptaan Ade Govinda dan Nabila V itu berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi sinetron berjudul Luka Cinta.
Pelantun lagu Aura ini juga merupakan artis Malaysia kedua memenangi anugerah dalam SCTV Music Awards selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meraih trofi Artis Asing Paling Ngetop pada 2004.
Masing Masing berjaya mengenetepikan lagu Cinta Pertama Dan Terakhir ‘soundtrack’ bagi sinetron My Heart, Ku Dengannya Kau Dengan Dia (Di Antara Dua Cinta), Kehilanganmu (Naik Ranjang) dan Takkan Berpaling Darimu (Saleha).
Dalam masa sama, Ernie dan Ade sempat membuat persembahan di atas pentas penuh gemilang tersebut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila sebut jalan-jalan dekat utara ini, boleh terbayangkan harga makanan yang murah. Dan tentulah seronok bawa anak ramai bercuti ke Negeri Jelapang Padi.
Dr Yazeed Hair Johari yang berkesempatan membawa keluarga bercuti di utara berkongsi pengalaman menarik menikmati suasana dan pemandangan kampung, tepi sawah bendang di Jerlun, Kedah.
Selain harga makanan yang dikatakan ‘terlalu murah’, penginapan homestay mereka sekeluarga duduk ini juga berbaloi untuk dicuba.
Tentunya pemandangan kampung dekat Jerlun yang cantik itulah memukau pandangan sepanjang bercuti di sana.
Jalan-jalan Dekat Utara, Pilih Homestay Di Alor Star
Kenapa aku pilih home stay ni di alor star ?
Nak review homestay yang best ni. Tapi kalau kau golongan kayangan sila skip post ni. Sesuai untuk orang bandar yang dah lama tak tengok kampung.
Hari tu, aku ada mintak followers rekemen homestay dekat alor star ni. So Aku pilih suggestion yang ni. Jarak dia 15km dari bandar Alor Star.
Takkan balik kedah duduk hotel. Kalau takat duk hotel, dekat KL lagi banyak pilihan.
Duduk area bendang la best. Kau ada? Takdeee? Lemahhhh
Aku pilih Homestay D paddy, di Jerlun Kedah.
Kenapa aku pilih rumah ni?
Lokasi Jalan-jalan Dekat Utara
Tak jauh dari bandar Alor Star (15km)
Aku prefer keluar skit dari bandar.
Yang penting aku nak duduk di tengah bendang dan tali air.
Meriah sebab on the way ke Jerlun ni banyak kedai2-kedai street food dan buah tepi jalan. Rasa macam balik raya.
Fasiliti
Rumah baru bina.
Ada 3 bilik , 2 tandas.
Ada dapur.
Semua bilik ada aircond dengan kipas.
Dapur lengkap untuk masak.
Yang penting, rumah dan tandas bersih.
Aktiviti
Refer pada gambar. Pada aku cantik gila semua pemandangan dekat sini.
Laut tak jauh dari rumah homestay ni.
Tali air yang panjang dan lebar.
View bendang luas gila.
Paling best, surau dekat boleh jalan kaki. Boleh join orang kampung solat. Memang syok.
Kedai makan banyak yang dekat. Kedai runcit pun dekat.
Sarapan pagi ala kampung memang banyak. Semua sedap.
Harga
Pada aku harga dia terlalu murah . Aku rasa macam tak patut pun ada.
Rumah bersih, complete semua ada.
RM150 sahaja semalam. Tak ada deposit.
Tuan Rumah
Tuan rumah memang sempoi sejak dari hari first aku deal dengan dia.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.