Mantan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ini sememangnya terkenal dengan tulisan yang terselit kata-kata lucu dalam perkongsiannya.
1 Ramadan lalu, ucapan selamat berpuasa yang ditulis oleh beliau mengundang rasa terhibur di hati orang ramai. Terutama yang mengikuti media sosial bapa anak dua ini.
Lucunya apabila ayah ini tersilap faham maksud ‘date’ yang anak sulungnya sedang perkatakan.
Pada pemahaman ayah, anaknya sedang meminta keizinan untuk berjanji temu. Walhal, anak sulungnya, Kingston sedang meminta izin menikmati kurma yang ada di atas meja.
Ucapan Selamat Berpuasa Dari Datuk Lee Chong Wei
Bulan Ramadan menjelang. Chong Wei sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.
Ads
Semoga bulan Ramadan yang suci ini memberi rezeki dan kekuatan baharu kepada semua, terutama ketika negara beransur ke phasa endemik. Marhaban Ya Ramadan, selamat menjalani Ibadah puasa.
Kepada non muslim, jom kita sama-sama memberi penghormatan kepada kawan-kawan kita yang menunaikan ibadah puasa. I pun sudah berpesan kepada Kingston agar lebih bertolak ansur ngan kawan-kawan melayu kelas dia terutamya sessi rehat di sekolah. Ingatkan cerita Syihan & Amli puasa last year.. yang tak ingat scroll balik je.
Sidenote : Chong Wei dan Mew Choo juga telah membeli kurma untuk kawan-kawan Muslim, santapan berbuka puasa. Semalam baru beli, I pon letaklah kat atas meja makan. Kurma tu dalam kotak.
Tetiba Kingston muncul. Aku masa tu tengah baca berita kat telepon, sambil minum Teh Bawangchaji MY – 霸王茶姬 . Kingston tetiba tanya dalam English. Jarang dia pakai English.
Ads
Kingston :” Papa , can I have a date ?”
Tersembur teh aku. “ You are too young to have a date!! Anyway pretty or not first?“
Kingston :” Erm, skin a bit crumbled “
Me : “ Alamak old lady ka ?”
Kingston :” What old lady, I mean the date in the box.”
Baru then I tahu I dah dimalukan apabila I baca kotak kurma tu tertulis “Medjoul Dates”.
Rata-rata yang membaca perkongsiannya berasa lucu malah terhibur sama. Lagi-lagi sikap toleransi yang bapa ini ajarkan kepada anak-anaknya.
Ads
Iaitu agar menghormati rakan-rakan kelasnya yang beragama Islam dan sedang berpuasa.
Malah, ada juga yang mengakui Datuk Lee Chong Wei ini seorang yang pandai membuat humor dalam penulisannya.
Untuk makluman, Datuk Lee Chong Wei mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Datin Wong Mew Choo dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Terrance Lee dan Kingston Lee.
Setiap kafe pastinya mempunyai konsep dan strategi pemasaran tersendiri dalam menarik para pelanggan untuk datang berkunjung.Lari daripada tema kebiasaan yang mengetengahkan konsep ceria, romantis dan menenangkan, sebuah kafe yang terletak di utara Bangkok mempunyai sebab tersendiri memperkenalkan konsep ‘kematian’ dalam mempromosi perniagaan mereka.
Dekorasi Kafe
‘Kafe kematian’ Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe di cat warna hitam, mempunyai keranda putih serta dihias dengan kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.Skeleton juga ditempatkan ditengah-tengah kafe bagi mengingatkan pengunjung bahawa kematian boleh berlaku pada bila-bila masa.
Keunikan Nama Menu
Menu minumannya pula mempunyai nama seperti ‘kelahiran’, ‘penuaan’, ‘kesakitan’ dan ‘kematian’. Malah untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar sambil memikirkan saat-saat bagaimana menghadapi kematian mereka nanti.
Pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata pemilihan konsep kematian lebih daripada sekadar gimik. Konsep ini dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini,memberi kesedaran terhadap kematian serta menggalakkan masyarakat untuk berbuat baik.
Jadi jika berkesempatan datang ke Bangkok, boleh cuba datang ke sini dan rasai sendiri pengalaman di kafe kematian ini.
Ketika ibu lain bergembira dengan cahaya mata mereka, Noreidatun Alias (Eida), 30 tahun terpaksa menerima hakikat berperang dengan emosi sukar mencari dana rawatan anak bongsunya, Puteri Nur Jannah, 1 tahun 8 bulan yang ketika ini disahkan jantung berlubang.
Puteri yang dilahirkan beberapa bulan selepas kematian bapanya akibat sesak nafas secara tiba-tiba bermasalah dengan dua lubang pada jantungnya. Terkini lubang pada jantung puteri bersaiz ASD1mm dan lubang dua bersaiz VSD 4.8mm.
“Dia perlukan pembedahan tapi kena tunggu sampai berat badan yang sesuai.” Kerana ketika ini berat badan Puteri tak membolehkan pembedahan diteruskan ke atasnya.
“Bagi menyempurnakan pembedahan jantung, Puteri memerlukan dalam anggaran RM45000 hingga RM80000.” Jumlah ini bergantung dengan keadaan jantungnya ketika itu.
Puteri Perlu Dibedah, 2 Anak Lagi Perlu Ditanggung.. Ibu Ini Susah Hati
Dengan pekerjaannya sebagai jurulatih PLKN secara kontrak, gajinya cuma RM1300 sebulan. Setiap bulan juga dia perlu membiayai kos rawatan bulanan dan menyara perbelanjaan dua orang anak lelakinya, Muhammad Khairul Aqashah dan Muhammad Zakwan. Sudah tentu jumlah gaji sebegitu tetap memberi beban kewangan kepada ibu tunggal ini.
“Masalah jantung juga memerlukan Puteri perlu mengambil susu Nutren Junior. Harga 1 tin mencecah RM69.90 dan sebulan Puteri akan gunakan sampai 8 tin.”
“Pening kepala saya fikirkan. Nak tak nak, saya terpaksa fikir juga. Tak tahu mana nak kumpul dana untuk pembedahan Puteri, mana nak fikir beli susunya, mana nak penuhi keperluan dua orang anak lelaki yang masih kecil.
“Allah.. Sekarang pun setiap tiga bulan sekali Puteri buat pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim dan enam bulan sekali di Hospital Pulau Pinang. Ubat-ubatan jantung tu jangan ceritalah..dah jadi makanan dia.”
Kebimbangannya makin ketara memandangkan tahun hadapan kontrak kerjanya akan tamat. Bermakna hilanglah sumber pendapatan utamanya nanti.
Eida juga tiada rumah sendiri. Ketika ini, dia menumpang teduh di rumah ibu bapanya di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, Kedah. Tapi ibu bapanya juga bukan orang yang senang. Mereka juga ada masalah tersendiri yang pastinya membuatkan ibu muda ini terpaksa menebalkan muka menghubungi editorial Mingguan Wanita agar kisahnya didengar rakyat Malaysia.
Diharapkan rakyat Malaysia yang prihatin sudi membantu Eida menyara kelangsungan hidupnya. Kerana di dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain.
Jika mahu menyalurkan bantuan kewangan, boleh salurkan ke:
Akaun: CIMB Bank
Atas Nama: Noreidatun binti Alias.
No akaun : 7023127277
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ajal dan maut ditangan tuhan.Semua yang ada pada kita, pasangan, anak-anak dan keluarga hanyalah satu pinjaman. Sampai masa akan kembali bertemu pencipta. Hanya kesabaran dan perlu redha dalam aturan setiap ketentuan takdirnya.
Ternyata tuhan lebih menyayangi.Terkini dilaporkan satu-satunya cucu lelaki kepada Pakar Bedah Mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad,59 telah meninggal dunia pagi tadi jam 9.50am. Perkara ini dikongsikan oleh Prof Muhaya didalam Instagramnya.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah.”
Sistem Sokongan Hayat Diberhentikan
Menurut Prof Muhaya, sistem sokongan hayat yang dipasang terhadap cucunya telah diberhentikan awal pagi tadi.
“Jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk. Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga.”
Minta Doa & Sokongan
Sebelum ini, Prof Muhaya ada berkongsi keadaan cucunya, Muhammad Ahmad Aiman yang tenat setelah dimasukkan ke hospital, serta meminta sokongan serta doa buat kesejahteraan cucunya.
“Minta semua doakan cucu kami Muhammad Bin Ahmad Aiman yang sedang tenat di Atur Allah takdir terbaik dunia akhirat . Terima kasih atas doa dan sokongan”
Selain Muhammad, Prof Muhaya turut mempunyai 3 orang cucu perempuan yang lain.Muhammad yang kini berusia dua tahun setengah merupakan anak kepada Dr Noor Atiyah Azmi. Muhammad mempunyai masalah semilobar holoprosencephaly iaitu kecacatan dari lahir yang mengganggu perkembangan otak.
MW: Salam takziah buat keluarga, semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian yang ditakdirkan ini.