Generasi usahawan perlu bijak merebut peluang untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi. Ia penting untuk memastikan perniagaan dapat berkembang pesat dan kekal relevan dalam persaingan global yang sememangnya semakin mencabar setiap masa.
Pelan Khas Bantu Usahawan
Menyedari keperluan ini, U Mobile tampil sebagai peneraju dengan melancarkan pelan U Biz Fibre 10Gbps, direka khusus untuk membantu usahawan melangkah lebih jauh dan mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat dunia.
Dengan kelajuan luar biasa, U Biz Fibre 10Gbps adalah kunci untuk memastikan perniagaan anda tidak hanya bersaing, tetapi juga memimpin dalam era digital yang serba pantas ini.
Ads
Tahukah anda, dengan serendah RM1899/bulan, pelan ini memberikan kelajuan internet yang sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding pelan fiber perniagaan standard, yang biasanya di sekitar antara 100MBps hingga 2GBps.
Hakikatnya, dunia perniagaan digital bergantung kepada teknologi tinggi, pelan Internet 10GBps menawarkan solusi yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi berdaya tahan menyahut cabaran masa depan.
Ads
Ia bukan sekadar pelan internet, tetapi satu lonjakan teknologi yang membolehkan perniagaan terus berinovasi dan berkembang dalam era digital yang penuh persaingan.
Serangan Siber Jejas Bisnes?
Bimbang serangan siber atau penggodam akaun ‘mengganggu’ perjalanan bisnes anda? Pelan ini turut disertakan dengan Secure DNS (Domain Name System) tanpa kos tambahan untuk memberikan lapisan keselamatan tambahan terhadap serangan siber dan pelanggaran keselamatan. Kesemua ciri khas ini mempunyai nilai tambah yang amat berbaloi untuk pemilik perniagaan yang mengutamakan keselamatan data dalam sistem operasi.
Selain Secure DNS diberikan secara percuma dalam pelan ini, U Biz Fibre 10GBps turut menawarkan satu alamat IP awam tetap secara percuma untuk perniagaan yang memerlukan satu server tunggal. Bagi perniagaan yang mengendalikan pelbagai server, mereka boleh mendapatkan sehingga lima alamat IP tetap dengan tambahan RM300/bulan (harga runcit asal RM500/bulan).
Ads
Pelancaran U Biz Fibre 10GBps yang terbaru merupakan pelan tertinggi dalam rangkaian U Biz Fibre U Mobile, yang direka untuk memenuhi keperluan sambungan fiber perniagaan tanpa mengira saiz. Malahia memberikan nilai fleksibiliti kepada perniagaan dalam mengurus dan menyelaraskan keperluan rangkaian mereka dengan lebih efisien dan kos efektif.
Pelan yang telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada Julai 2023, kesemua pelan U Biz Fibre kini didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan dan boleh didapati di Berjaya Times Square dan Pavilion Damansara Heights, serta beberapa lokasi tambahan yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
Satu ketika dahulu Norazlin Nordin, 45, pernah bertugas sebagai seorang penjawat awam manakala suami, Mohd Arifin Shah pula bekerja sebagai Jurutera Kanan di sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka negara. Namun, pasangan suami isteri ini tetap mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung keperluan keluarga kecil mereka.
Hutang Belajar
Tertekan dengan hutang pengajian suami ketika melanjutkan pengajian di luar negara yang perlu dilunasi, wanita ini mencari solusi lain bagi merungkai kemelut kewangan yang membelenggu dirinya.
Kekusutan itu menemukan dia dengan Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd, yang akhirnya memberi impak besar dalam kehidupannya.
“Walaupun saya dan suami mempunyai pekerjaan tetap, tetapi saya secara peribadi perlu memperuntukkan sejumlah bajet saban bulan bagi melunaskan hutang pengajian ketika melanjutkan pelajaran ke luar negara satu masa dulu.
“Dalam masa yang sama kami berdua inginkan kebebasan kewangan dan kebebasan masa sebelum berusia 40 tahun. Berbagai usaha kami lakukan untuk mencari pendapatan tambahan.
“Kami pernah menjual pakaian kanak-kanak, pakaian Muslimah, berniaga kain pasang, menjual tudung dan juga kerongsang. Selain itu kami juga pernah membuat pelaburan saham, MLM dan tidak ketinggalan menyertai pelaburan skim cepat kaya. Sebenarnya ia sedikit pun tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya kami berdua menanggung kerugian yang bukan sedikit.
“Sejujurnya kami hampir putus asa, saya kemudian menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana kerana beranggapan sebaik lulus nanti, gaji bulanan kami juga akan naik sekitar RM400 ke RM500 sebulan.
“Saya dan suami juga bersepakat untuk tinggal berasingan untuk tempoh lima tahun lamanya. Saya sanggup berkorban kerana ketika itu gaji yang ditawarkan kepada suami cukup lumayan,” kongsinya mengenai fasa sukar yang dilalui demi merencana perjalanan kewangan mereka dan menjadi sebahagian daripada memori suka duka rumah tangganya.
Stigma Negatif Tentang MLM
Selaku orang yang bekerja di dalam lapangan profesional, Norazlin agak skeptikal dengan MLM. Baginya konsep niaga sebegini punya pelbagai isu tersembunyi dan tidak menguntungkan.
“Sebagai seorang yang berkerjaya di bidang profesional ketika itu, MLM sememangnya terkeluar daripada senarai pilihan menjana pendapatan tambahan. Bagi saya secara peribadi MLM itu merupakan perniagaan untuk golongan kelas bawahan. Mungkin juga sebelum ini saya sering disogokkan dengan berita tak benar berkenaan MLM membuatkan saya cukup negatif apabila berbicara mengenainya.
“Benarlah kata pepatah lama, tak kenal maka tak cinta. Persepsi saya dan suami terhadap MLM berubah sebaik kami membaca sebuah buku berjudul, Rich Dad Poor Dad karya jutawan terkemuka dunia Robert Kiyosaki. Menurut penulisan beliau, MLM merupakan perniagaan yang paling mudah kerana sistem yang telah sedia ada untuk diikuti dan bermodal kecil.
“Saya kemudian menjadi pengguna produk di bawah Sahajidah Hai-O (SHOM) dan berpeluang merasai sendiri keberkesanannya. Berpuas hati dengan mutu produk, saya mula mengkaji Biz Plan SHOM dan mula aktif menjana pendapatan tambahan dengan menjual produk. Alhamdulillah, lama kelamaan minat dan pendapatan bertambah,” jelas wanita ini yang tidak menyangka MLM yang dibenci satu ketika dahulu hadir membawa rezeki luar biasa buat diri dan keluarganya.
Keberhasilan Yang Melegakan
Jika sebelum ini, walaupun pendapatan gabungan dirinya dan suaminya mencapai angka belasan ribu sebulan, dia cukup berkira dalam membelanjakannya kerana tidak mahu membazir. Namun, stigmanya berubah secara total selepas empat tahun pertama menuai hasil tambahan bersama SHOM.
“Dulu ketika makan gaji, kami cukup berkira-kira untuk reward diri sendiri. Kami tidak pernah melancong ke luar negara kerana merasakan kos yang diperlukan cukup besar, rasa sayang duit dan membazir. Walau bagaimanapun, empat tahun pertama bersama Hai O secara sambilan, saya layak menerima insentif berupa melancong ke luar negara secara percuma sebanyak sembilan kali.
“Rezeki empat tahun pertama telah membawa saya ke serata dunia, antaranya Shanghai, Perth, Kunming, Lake Toba, Istanbul, Beijing dan Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah juga secara percuma.
“Selain itu Swiss, Paris, German, Jerman, London, Itali dan Austria antara destinasi percutian yang saya jejaki bersama MLM yang saya pandang rendah satu ketika dulu. Sehingga kini lebih daripada 40 kali saya mendapat insentif melancong secara percuma. Apa yang sungguh menyeronokkan adalah insentif ini saya menikmatinya bersama suami dan beratus lagi rakan bisnes,”ujarnya lagi.
Target Tercapai
Ibu kepada empat orang cahayamata ini bersyukur kerana ada ramai pemimpin-pemimpin hebat dalam kumpulannya. Sehingga Februari 2020 ada 176 orang CDM (pangkat tertinggi). Jualan berkumpulan dalam masa sembilan tahun kebelakangan ini pula telah melebihi RM745 juta. Yang paling mengujakan beliau dan suami telah menerima pendapatan enam angka sebulan selama enam tahun!
Sebenarnya sebelum memilih janaan pendapatan menerusi medium ini, Norazlin dan suami amat mengambil berat peningkatan kerjaya. Mereka pernah menyasarkan mahu memandu sebuah kereta idaman mewah di usia melangkah ke angka 40 tahun.
“Sebelum terlibat dalam bisnes ini secara peribadi kami memasang impian untuk memandu sebuah kereta mewah di usia menjengah angka 40 tahun. Alhamdulillah dengan slip bonus bisnes, kami berjaya membeli kereta idaman yang diimpikan iaitu Honda Civic, Mercedes C-Class, Mercedes E-Class, BMW 5 Series berserta dua buah rumah. Apa yang lebih membahagiakan, kesemuanya sudah pun dibuat full settlement.
“Selain itu kami juga telah pun membeli sebuah lagi rumah impian dan hasil ilmu pengurusan kewangan dan bonus daripada berniaga, kami berkesempatan untuk membeli lot tanah, kebun kelapa sawit, emas fizikal, saham dan beberapa pelaburan lain yang kami lakukan sebelum berusia 38 tahun lagi. Alhamdulillah, banyak sasaran kami tercapai dan berjaya direalisasikan sebelum usia 40 tahun hasil komited dalam bisnes.
“Sejujurnya untuk sukses dalam bidang ini, anda perlulah berguru dengan mentor yang betul dan telah terbukti berjaya. Elakkan sifat negatif dan hati kena sentiasa baik. Apabila kita berjaya, jangan lokek membantu mereka yang sedang memanjat tangga kejayaan.
“Saya bersyukur kerana tiap langkah saya, diiringi dengan usaha serta dorongan berterusan suami. Kini tiba masa kami pula, membantu mereka yang di bawah untuk sama-sama sukses dan membebaskan diri daripada belenggu kewangan, hidup lebih bahagia dan gembira,”akhiri wanita ini dalam melakar kejayaan cemerlang di dunia niaga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum ini tentu kita berfikir dua kali sama ada ingin meneruskan hasrat untuk membeli rangkaian telefon Huawei kerana peranti HUAWEI kini tidak lagi disertakan dengan aplikasi Google.
Sekarang, kita tidak perlu bimbang kerana HUAWEI telah memperkenalkan gedung aplikasinya tersendiri iaitu HUAWEI AppGallery untuk semua perantinya.
Jadi walaupun tanpa google tiada masalah, Huawei AppGallery akan sempurnakan kehidupan kita semua. Amat memudahkan, kebanyakan aplikasi yang sering digunakan di negara ini terdapat di AppGallery.
Dengar sahaja mungkin membuatkan anda tertanya-tanya apakah yang menarik tentang HUAWEI AppGallery? Tonton video ini membandingkan Google Play Store vs HUAWEI AppGallery :
Apa yang perlu kita tahu adalah kini pengguna tidak perlu risau lagi kerana apa saja aplikasi dan perkhidmatan Google Play Store, Huawei AppGallery juga mempunyai aplikasi dan fungsi yang serupa.
Jika Google Play Store hanya terkenal dengan aplikasi Gmail, berbeza sekali dengan aplikasi emel HUAWEI, ia mampu menyambungkan lebih daripada satu domain emel termasuklah Gmail.
Perkara ini dalam bahasa mudahnya dapat membantu pengguna mengakses emel peribadi dan pejabat dengan hanya satu aplikasi.
Di samping itu, peranti mudah alih HUAWEI AppGallery juga memiliki fungsi dan aplikasi lain yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita setaraf dengan Google iaitu:
HUAWEI Cloud
HUAWEI Cloud menyediakan kemudahan penyimpanan sehingga 50GB percuma selama setahun berbanding Google yang hanya menyediakan storan 15GB percuma.
HUAWEI Video dan HUAWEI Music
Bagi menandingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV, HUAWEI Video memberikan akses premium percuma selama tiga bulan.
HUAWEI MEETime
Biar pun kita dalam keadaan pencahayaan rendah atau keadaan rangkaian yang lemah, HUAWEI MEETime tetap memberikan prestasi audio dan resolusi video yang stabil dengan peranti HUAWEI lain.
Dalam masa yang sama, pengguna juga dapat berkongsi skrin dengan rakan bagi mendapatkan pandangan untuk membeli-belah atau membantu mak,ayah menggunakan telefon mereka dengan menunjukkan langkah demi langkah.
Selain itu, HUAWEI MEETime juga mengizinkan pengguna menikmati panggilan yang menarik, pertemuan yang produktif dan pemandangan berlainan biarpun hanya di alam maya.
Di samping itu, aplikasi HUAWEI Theme atau Member Center juga merupakan kelebihan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google semata-mata diwujudkan bagi memenuhi semua keperluan pengguna.
HUAWEI AppGallery dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.
Di samping itu, aplikasi HUAWEI Theme atau Member Center juga merupakan kelebihan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google semata-mata diwujudkan bagi memenuhi semua keperluan pengguna.
HUAWEI AppGallery dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.
HUAWEI telah memperkenalkan satu ciri baru iaitu Quick Apps yang terdapat di HUAWEI AppGallery yang membenarkan pengguna menggunakan mana-mana aplikasi di bahagian Quick Apps tanpa perlu memuat naik lagi.
Quick Apps ialah fungsi eksklusif yang dicipta HUAWEI di pasar aplikasi mereka, AppGallery.
Berfungsi sama seperti aplikasi lain tetapi pengguna tidak perlu membuang masa dan data untuk memuat turun aplikasi kerana ia boleh berfungsi serta merta.
Jangan ketinggalan, sebilangan besar aplikasi popular yang sering digunakan rakyat Malaysia kini terdapat di Huawei AppGallery.
Dengan kepelbagaian aplikasi yang ditawarkan AppGallery, menggunakan peranti HUAWEI pastinya akan lebih menyeronokkan dan mudah.
Dapatkan produk terbaru (HUAWEI Siri P40, HUAWEI MatePad Pro, HUAWEI Watch GT2e) di HUAWEI Online Store
Kulit yang cantik tanpa sebarang cela sememangnya menjadi dambaan setiap wanita. Namun begitu, tidak ramai yang dianugerahkan kulit yang cantik, bersih serta sihat semulajadi. Rata-rata wanita berdepan dengan pelbagai masalah kulit.
5 Jenis Masalah Kulit Muka Yang Wanita Wajib Tahu
Kulit Muka Berjerawat
Kulit muka berjerawat merupakan masalah kulit muka yang paling sering dialami oleh semua orang. Antaranya seperti jerawat yang disebabkan horman yang biasanya muncul ketika menstruasi, jerawat halus-halus atau jerawat pasir dan jerawat batu.
Pelbagai faktor yang menyebabkan kulit wajah kita berjerawat seperti faktor hormon, faktor pemakanan, jangkitan bakteria, stres, penggunaan kosmetik yang tidak sesuai, tidak menjaga kebersihan kulit dan banyak lagi.
Kulit Muka Berjeragat
Pasti ramai yang berdepan dengan masalah jeragat kan? Lazimnya, jeragat terhasil disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang roma muka terutamanya dibahagian dahi, pipi, dagu dan hidung.
Jeragat terjadi disebabkan oleh kulit terlalu sering terdedah kepada pancaran sinaran UV, kehamilan, hormon, pengambilan ubat-ubatan dan beberapa faktor lain.
Kulit Muka Kering
Selain daripada faktor cuaca, pemakaian produk kecantikan yang tidak bersesuaian dengan kulit juga boleh menjadi punca kulit kering.
Oleh itu, sebelum membeli sesuatu produk kecantikan atau kosmetik, pilih produk yang bersesuaian dengan jenis kulit muka anda dan pastikan ianya selamat digunakan kerana penggunaan produk yang salah akan memburukkan lagi keadaan kulit muka anda.
Kulit Muka Berminyak
Masalah kulit muka berminyak memang merimaskan dan membuatkan kebanyakan wanita berasa tidak selesa. Kulit berminyak juga boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan diri.
Kulit berminyak terjadi disebabkan oleh faktor keturunan, penggunaan produk penjagaan kulit secara berlebihan atau penggunaan produk yang tidak sesuai, pengambilan ubat-ubatan, perubahan musim, hormon, stres dan sebagainya.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, penjagaan kulit muka yang sempurna sangat perlu dititikberatkan. Risau nanti timbul pula masalah kulit yang lain sekiranya tidak dijaga dengan sempurna.
Kulit Muka Kusam
Kulit muka kusam sering terjadi pada wanita yang tidak mendapatkan rehat yang cukup selain selalu berdepan dengan stres yang berpanjangan. Rehat yang cukup amat penting untuk memastikan kulit muka segar dan sihat.
Satu lagi punca yang menyebabkan kulit muka kusam adalah tidak menjaga kulit muka dengan betul. Muka perlu dicuci dengan sempurna agak kulit kembali segar dan bermaya. Jangan lupa juga untuk minum air secukupnya.
Rungsing kan? Usah risau, segala masalah kulit pasti ada cara untuk merawatnya. Rangkaian produk daripada Dermaskinshop dapat membantu menyelesaikan masalah kulit anda.
Suplemen Kecantikan Heliocare Fern Plus
Melalui gabungan teknologi eksklusif FERNBLOCK® + EKSTRAK DELIMA, Heliocare Fern 120mg Plus mengawal dan menyekat enzim utama yang bertanggungjawab terhadap penghasilan melanin. Mengandungi ekstrak Delima, L-Cystine, Vitamin C dan B3, produk ini terbukti secara klinikal untuk membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri.
Heliocare Ultra Gel SPF 90
Heliocare Ultra Gel SPF 90 merupakan gel pelindung matahari khas buat wanita yang kerap terdedah di bawah sinaran cahaya matahari. Gel ini melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh pancaran sinaran UV.
Neostrata Enlighten Pigment Lightening Gel
Bagi wanita yang mempunyai masalah pigmentasi, Neostrata Enlighten Pigment Lightening Gel dapat membantu anda mengurangkan masalah pigmen kulit dengan ketara. Gel ini juga berkesan membantu merawat masalah berkaitan perubahan warna kulit seperti tompok-tompok hitam dan masalah tona kulit tidak sekata.
Exuviance Evening Restorative Complex
Garis-garis halus dan juga kedutan di muka merupakan masalah yang tidak disukai oleh wanita. Atasinya dengan Exuviance Evening Restorative Complex. Pengunaan secara konsisten bukan sahaja menyelesaikan masalah penuaan kulit, malah ia juga boleh membuatkan kulit anda lebih lembut, lembab dan berseri.
Exuviance Professional Rejuvenating Treatment Masque
Berikan nafas baru pada kulit anda dengan dengan pemakaian mask ini. Exuviance Professional Rejuvenating Treatment Masque dapat membersihkan kulit daripada segala kotoran di samping berfungsi sebagai agen anti-penuaan.
Kesemua lima produk di atas boleh didapati dengan hanya di hujung jari anda. Dermaskinshop merupakan platform dalam talian dikendalikan oleh Neoasia (M) Sdn Bhd yang menawarkan pelbagai rangkaian produk kecantikan yang menepati kehendak dan masalah kulit anda.
Misi utama Dermaskinshop mensasarkan setiap wanita cakna akan masalah kulit masing-masing dengan memilih dan menggunakan produk yang tepat dan diperakui oleh pakar dermatologi serta diyakini selamat.
Rebut peluang mendapatkan penjimatan RM15 untuk pembelian pertama anda di www.dermaskinshop.com.my dengan menggunakan kod promosi di bawah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.