Tya Arifin kongsi alahan pada debu punca anak sulung sukar bernafas dan sering bersin. Selebriti Indonesia yang kini popular di Malaysia yang juga menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin atau nama lengkapnya Nurtria Wulandari Arifin, 27, berkongsi punca anaknya sebelum ini mengalami masalah susah bernafas dan sering bersin.
Tya yang juga isteri kepada Asyraf Khalid dan ibu kepada dua cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa Asyraf ini sememangnya seorang yang gemar berkongsi perihal anak-anak menerusi akaun Instagramnya.
Kali ini Tya berkongsi sesuatu yang cukup bermanfaat terutama pada ibu yang anak mereka mempunyai alahan.
Pengacara dan pelakon jelita ini menerangkan, sebelum ini dia beranggapan anak sulungnya Arif Jiwa mempunyai alahan pada makanan. Justeru itu dia menahan dari memberi anaknya makan coklat, keju dan beberapa makanan lain.
Namun tanggapan itu meleset dan setelah melakuka rawatan alahan di sebuah klinik anaknya rupa-rupanya mempunyai alahan terhadap debu.
“Sebelum ini arif memang suka ada masalah susah nafas, bersin bersin.
“Suka datang suka pergi dan datang lagi,” tulis Tya.
Bukan itu saja malah menerusi sebuah hantaran video dia telah membawa Arif ke sebuah klinik bagi menjalani ujian alahan.
“Pergi ke klinik, ingatkan batuk atau selsema. Minumlah ubat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi.
“Karna tak puas lagi, so datanglah ke dokter allergic untuk test.
“Jadi buat test allergic pada susu ke, cheese ke, kacang ke, coklat, sampai haiwan peliharaan pun di test, tu yang kenapa belakang Arif titik titik.
“Hasilnya,
“Arif memang allergic debu / dusk.
Kena selalu lihat;
Baca Disini Juga;
“Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih. Biarlah Mak Iti Berpantang Dengan Tenang” Tya Arifin
Kekal Cantik & Sihat, Tya Ariffin Kongsi 4 Tip Kuruskan Badan Selepas Bersalin
Tya Terpaksa Tinggalkan Keluarga & Kerjaya, Tak Pernah Kesal Kahwini Asyraf
Pesan Tya para ibu pastikan alahan sebenar anak. Malah dia juga berasa kasihan pada anaknya kerana selama ini tidak membenarkan Arif makan coklat.
“Jadi ibu-ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasian arif selama ini kena menahan makan coklat cheese etc, ternyata debu je.
“Good news for him.
“Semoga bermanfaat ibu ibu,” luah Tya yang bersyukur kerana mengetahui masalah sebenar Arif lebih awal.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Tya Arifin
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita